Pendakwah yang juga aktif dengan kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak saat menziarahi suami dan keluarga kepada wanita yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
Menurut Ebit Lew, dia amat kagum dengan keperibadian arwah yang dikatakan sangat gemar melakukan perkara yang baik dan menjaga amalan agama.
“Sebak rasa ziarah suami, ibu bapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik dari Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad saw.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah Nurul Nazihah dan hadiahkan syurga Firdaus buat Nurul Nazihah.
“Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah,” tulisnya.
Video pertemuan tersebut dikongsikan sendiri Ebit Lew menerusi akaun Instagram miliknya.
Lantaran itu, Ebit Lew berharap agar suami serta keluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
Ads
“Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwah ini.
“Sampai tadi mereka menangis gembira terharu diziarah. Berkongsi mereka terpilih oleh Allah kerana sayang Allah pada mereka. Sayu lihat wajah suami, mak ayah dan adik beradik arwah.
“Baik-baik semuanya. Semoga terus kuat dan tabah ya. InsyaAllah jumpa semula di sana nanti dalam syurga. Amin,” kongsinya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat pertemuan tersebut selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
Terdahulu, dua orang dilaporkan maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.
Mangsa yang maut adalah penumpang Proton Wira, Nurul Nazihah, 28 dan seorang lagi mangsa tidak dikenal pasti.
Ads
Baru-baru ini, tular video, suami Nurul Nazihah menangis sambil memanggil arwah isterinya setelah melihat kenderaan yang dinaiki mereka hangus terbakar dan ditenteramkan orang ramai.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Bagi menyokong kempen membanteras rasuah yag dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Kedia Karangkraf, Datuk Dr Haji Husammuddin Yaacub, Ideaktiv turut menyertai kempen ‘RasuahBusters’ ini.
Kempen ‘RasuahBusters’ ini mengajak orang ramai dan organisasi bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekaligus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
‘RasuahBusters’ digerakkan oleh media utama Sinar Harian membuka ruang untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah mahupun sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di Malaysia.
Untuk mendukung usaha ini, Ideaktiv giat mengadakan kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk segenap generasi masa kini dan akan datang. Kemudian ia akan diikuti fasa setersunya yang mengajak orang ramai untuk bertindak agar amalan rasuah diubah secara menyeluruh.
Anda boleh bertindak dengan mendaftar sebagai sukarelawan sekarang!
Bagi membasmi amalan rasuah ini,ayuh kita berganding bahu menjadi masyarakat bermaruah dan berdiri bersama sebagai frontliners ‘RasuahBusters’!
Mulakan langkah anda dengan menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan kepada :
rasuahbusters@gmail.com atau hubungi (WA) : 019-3823635, 019-6680920
Klik (sini) untuk menyertai#RasuahBusters atau kunjungi laman berikut :
Besarnya pengorbanan ibu, apatah lagi ketika saat melahirkan anak. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata apabila dijemput ilahi selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin.
Arwah Siti Nurfatma Daud, 34, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada pertengahan November lalu selepas melahirkan anak ketiganya namun bayinya juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selepas dua minggu menerima rawatan di hospital, Fatma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi 27 November lalu.
Allahyarham meninggalkan suami, Asri Nawani bersama dua lagi anak yang masih kecil, Habib dan Hafiya.
Sementara itu, ramai yang mencemburui pemergian arwah selain menyifatkannya sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Salah seorang sahabat arwah berkata, wajah arwah juga dalam keadaan berseri-seri dan tersenyum.
“Arwah pergi dengan senyuman yang penuh barakah. Kali pertama di depan matu ku lihat jenazah tersenyum manis sekali. Allahurabbi.. pengakhiran hidupmu husnul khatimah. Aku cemburu,” ujar Aline Rrahim.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Kurniakan kepadanya syurgaMu ya Allah,” ujar Wan Nor ZaiHasra.
Sejak akhir-akhir ini, kes cubaan menculik melibatkan kanak-kanak begitu membimbangkan ibu bapa. Walaupun kisah-kisah berkaitan penculikan tular baru-baru ini dikatakan palsu dan salah faham, tetapi ibu bapa seharusnya lebih berwaspada untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Baru-baru ini, seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendakwa tiga anaknya nyaris dibawa lari berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.
Disyaki cuba buka pintu kereta
Kisah tersebut telah tular di media sosial selepas klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada stesen minyak itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Hizam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat si ibu, ketika kejadian, dia singgah sebentar di kedai makan untuk membeli sarapan sementara anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta kerana cuaca hujan.
Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) telah memandu dalam keadaan perlahan dan telah berhenti di bahagian belakang kereta saya.
Dakwa wanita ini lagi, dia melihat seorang lelaki telah keluar dari kereta tersebut dan berdiri di sebelah pintu kereta Nissan Almera miliknya. Lebih mencurigakan apabila wanita ini mendakwa lelaki terbabit melihat keadaan di dalam kereta melalui tingkap selain seperti cuba membuka pintu keretanya.
Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan.
Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.
Video Penuh:
Berdasarkan percakapan, wanita ini mengesyaki lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk tujuan keselamatan dirinya dan anak-anak.
Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati para ibu bapa supaya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Mereka turut meluahkan rasa syukur kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak itu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.