Empat tahun menanti zuriat, kini apabila anak ada depan mata seolah macam masih bermimpi dan tak percaya. Begitulah yang dirasai oleh Nur Liyana Abdul Rahman yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui teknik IVF.

Mungkin sesetengah orang cakap beruntungnya sekali buat IVF dah berjaya, tapi ia sebenarnya mengambil masa setahun (April 2017-April 2018) untuk dapat memeluk Tyara Luthfia yang dilahirkan 3 Januari lalu.

Dari Seorang Yang Takut Jarum, Demi Zuriat Saya Kuat! Segala Sakit Hilang Tengok Wajah Anak

Berikut perkongsian dari Nur Liyana yang mungkin boleh memberi inspirasi dan percaya jika itu adalah waktu terbaik Allah nak bagi rezeki, tak cepat atau lambat.

Saya berkahwin 17/ 10 / 2014 . Kami pasangan yang kuat bekerja untuk LEEYANARAHMAN sampai lupa yang kami belum ada anak . Jadi kami mula buat pemeriksaan dengan doktor pada April 2017 .  Dah banyak ujian yang kami lalui. April 2017 , sy ada buat HSG TEST di hospital swasta dan keputusannya memang tiada apa-apa masalah. Semuanya okey.

Jadi doktor cadangkan untuk kami untuk kami cuba manual dulu sebab doktor cakap kami masih muda . Bagi doktor kami muda tapi kami tak rasa muda pun kerana keluarga kami yang rata-ratanya berkahwin, dua tiga bulan itu terus mengandung.

Memang diakui kadang-kadang agak stres bila dengar berita kehamilan dari ahli keluarga lain. Kita yang dah kahwin lama ni belum di beri rezeki. Nak tak nak saya kena berkorban kalau mahu zuriat sendiri.

Setiap bulan saya dan suami buat pemeriksaan di hospital dan setiap bulan juga doktor bagi Clomid. Ada satu bulan itu doktor ada cadangkan untuk kami suami isteri pergi bercuti selepas makan Clomid. Clomid adalah ubat untuk subur dan matangkan ovum kita.

IKLAN

Rawatan saya sehingga April 2018 . Disebabkan dah rasa putus asa dengan cara ni, saya ambil keputusan untuk buat IVF.

Dari Seorang Yang Takut Jarum, Demi Zuriat Saya Kuat! Segala Sakit Hilang Tengok Wajah Anak

Cucuk perut sampai lebam

Keputusan buat IVF itu saya rasa yang terbaik untuk kami buat masa itu. Masa buat perbincangan untuk mulakan IVF, waktu itu juga period saya datang dan esoknya saya terus boleh mulakan buat suntikan. Kuasa Allah, alhamdulillah!

IKLAN

Dari seorang yang takut jarum, demi nak anak saya kena kuat. Mula hari kedua period tu , suami yang suntik di bahagian perut saya setiap hari ‘inject pregestrone’ sampai lebam. Sakit Tuhan je tahu.

Perjalanan IVF sangat pedih. Kena egg pickup, suntik proluton, bermacam-macam jarum saya pernah cuba. Tapi saya kuatkan diri untuk dapatkan seorang bayi.

23 April kami buat pemindahan embrio. Doktor masukkan 2 embrio tapi satu je yang bertahan iaitu Tyara.

Selepas melalui proses itu , saya mula jaga makan. Makan tak boleh sembarangan macam dalam pantang.

Dalam tempoh itu juga saya hanya baring je selama sebulan. Bila dah buat pemeriksaan dan positif mengandung, saya betul-betul jaga dan selama 2 bulan saya bedrest . Suami memang tak bagi saya bergerak langsung walaupun naik tangga.

IKLAN

Dari Seorang Yang Takut Jarum, Demi Zuriat Saya Kuat! Segala Sakit Hilang Tengok Wajah Anak

Bersalin normal

Biarpun ramai yang cakap IVF ini memang kena czer tapi saya kuatkan diri dan selalu bercakap dengan bayi masa dalam perut supaya dia keluar secara normal. Saya jaga pemakanan dan alhamdulillah saiz bayi pun tak besar tak kecil jadi saya pilih untuk normal secara induce.

Bila dah bersalin , rasa sakit contraction selama 6 jam dalam labour room terus hilang bila tengok muka anak sendiri. Alhamdulillah Tyara sihat tanpa jaundice.

Pemakanan masa hamil

Bila orang tanya apa pemakanan sewaktu saya hamil antaranya

Daging merah, Brocoli, Pisang, Kekacang, Hati, Bayam, Kerang, Telur, Oat, Delima, Madu. Kurma dan kismis

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI