Semua orang punya cara tersendiri untuk menyimpan. Ada yang gemar menyimpan dengan membuat potongan dari gaji bulanan seperti biasa namun ada juga yang menyimpan duit dari lebihan hasil pekerjaan sampingan.
Macam-macam cara namun semua ini dilakukan demi kepuasan. Kisah tabung penyu yang dikongsikan semula oleh Nor Diana Abdullah ini begitu menarik. Simpanan dari tabung biasa kini bertukar menjadi satu tabungan emas. Memang menarik.
KISAH TABUNG PENYU
Dulu sebelum mengenali emas, saya ada Tabung Penyu. Tabung duit kertas RM20.
Saya pantang jumpa duit RM20. Bila jumpa, automatik saya akan simpan sebagai “duit selit” dalam dompet.
Saya sanggup pecah duit RM50 daripada korbankan duit penyu saya. Saya takkan belanja guna duit-duit penyu saya.
Setelah genap RM1000, saya akan masukkan duit penyu ke dalam bank.
Malangnya, duit kertas tetap duit kertas. Bila duit penyu bergaul dengan kawan-kawannya dalam bank dan berubah menjadi angka, saya mudah keluarkannya untuk dibelanjakan. Duit penyu saya hilang entah ke mana.
Selepas saya kenal emas, saya masih membela duit penyu. Tetapi strategi kali ini berubah sikit.
Apabila genap RM1000, saya tukarkan duit penyu kepada barang kemas
Alhamdulillah, 10 grm brg kemas setia bersama saya dari tahun ke tahun.
Begitulah kisah tabung penyu saya. Penyu saya bukan sebarang penyu, penyu saya penyu emas. Hehe..
Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI