Biasanya isteri dalam pantang, suami akan hantar ke kampung atau mak yang akan jaga. Itu mentaliti kita sejak dulu lagi kan. Sekarang ni pun dah banyak servis jaga ibu dalam pantang disediakan untuk lebih memudahkan semua pihak.

Namun bagi sesetengah pasangan suami isteri, mereka lebih selesa menguruskan sendiri tanpa melibatkan orang lain. Walaupun orang kata tak sempurna tapi asalkan semuanya terjaga itu dah cukup baik. Sekurang-kurangnya belajar sikit-sikit dan bila beranak lagi dah tahu macam mana nak uruskan.

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Perkongsian dari Siti Nor Q mengenai suami yang uruskan semuanya masa dia dalam pantang sejak anak ke-3 hingga ke-6 boleh jadi inspirasi untuk pasangan lain.

Orang kata belajar dari pengalaman. Masa anak pertama dan kedua masih dalam proses nak belajar lagi bila dah masuk anak seterusnya kenalah pandai-pandai sendiri.

Ni post bukan nak up suami. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang suami buat bila saya beranak ramai bagi dia.

Dan boleh juga jadi rujukan untuk suami yang tak tau nak susun jadual nak buat cmna bila jaga sendiri isteri dalam pantang.

Pastu masak masakan yang paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Ads

Dalam pantang semenjak anak ke3-6. Memang suami momy yang jaga.
Pagi-pagi sebelum dia pergi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak ke sekolah. Pastu terus dia masuk dapur rebus air mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy. Pukul berapa bangun tu, bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua.

Air mandian dah siap rebus. Dia datang tuang dalam baldi sesiap dalam bilik air. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Pastu saya mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil dia settlekan balut tungku.

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Momy keluar bilik air dan dah siap semua. Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pergi kerja dan hantar kakak ara sekolah. Anak-anak yang lain mereka uruskan diri sendiri nak pergi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari. 

Dak aura aisyah dan baby Zidane. Kejap lagi suami balik tengah hari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan air lap dengan kain sementara nak tunggu dia mandi tengah hari ni.

Ads

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Macam belah pagi, memang momy free hanya duduk atas katil sambil bertungku, sambil up status fb, sambil reply wasap dan mesej, paling tak pun lena bila baby lena.
Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dapat la lelap kejap pagi-pagi.

Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berhenti sambung berhenti sambung sampai kul 12 tengah hari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku panas tapi biar je.

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Bila dedi balik tengah hari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah.
Yeayy. Wangi dah semua orang. Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.

Ads

Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya fikir apa. Dia kata. Fikir nak masak apa malam ni dan esok.

Ha baru tau. Cmna kita fikir selama ni. Kikikiki.
Tak masak lagi pun awal dah fikir nak masak apa kan.

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Tengah hari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg pergi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpalah. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak-anak pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest. Time ni la nak rest banyak pun. Time tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini pergi pos barang la, amik barang la jumpa orang la.

Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10. Sampai ada tanya tips apa momy buat kat dedi. Paling best ada yang tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa.
Mandrem ngan jamu kampung ja.

Dari Tak Pandai Apa-Apa, Sejak Pantang Anak Ke-3 Hingga Ke-6 Semua Suami Buat

Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.”
InshaAllah mak. Selagi ada jodoh akan ku jaga sebaiknya😍😍

Sumber: Siti Nor Q

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI