Baru 3 tahun tapi 11 buah negara Ameer Fareeq dah lawati. Mungkin ramai yang anggap buat apa bawa anak kecil bercuti bukannya faham apa-apa. Sebenarnya cara inilah buat anak belajar sesuatu yang baru berdasarkan pengalaman dan pangamatannya di negara orang.

Bagi Nurul Khalisah Ahmad Nazri, minatnya dan suami travel sebelum kahwin kini diturunkan pula kepada Ameer Fareeq supaya dia dapat belajar secara lebih meluas. Pembelajaran untuk anak bukan sekadar membaca, menulis dan bermain tapi melancong juga salah satu darinya.

Dari Umur 1 Tahun Bawa Anak Pergi Cuti Tanpa Mengamuk. Ibu Ini Kongsikan Tip Dalam Pa&Ma TV

“Seawal usianya 1 tahun 3 bulan saya dah bawa Ameer Fareeq bercuti ke mana sahaja kami pergi. Alhamdulillah sepanjang percutian, tiada apa-apa masalah dan semuanya berjalan lancar.

“Nak tahu anak selesa atau tak masa bercuti, saya mula biasakannya dengan bercuti dalam negara dulu. Bila nampak anak dah boleh berdikari dan ikut jadual saya dan suami baru mula terbang ke negara luar.

IKLAN

Dari Umur 1 Tahun Bawa Anak Pergi Cuti Tanpa Mengamuk. Ibu Ini Kongsikan Tip Dalam Pa&Ma TV

“Ramai juga yang tanya macam mana kami urus bila anak mengamuk atau tak selesa. Caranya mudah je, bawa siap-siap mainan kesukaannya dan kena tahu cuaca di tempat kita nak bercuti.

IKLAN

“Lagi satu sebelum nak pergi bercuti saya dan suami akan bercerita dengan anak apa yang menarik ditempat yang kami nak pergi. Contoh bila kami nak ke Australia, kami akan cakap nanti masa di sana dapat tengok kangaru, dolphin, penguin dan dari situ anak jadi teruja,” katanya semasa berkongsi pengalamannya di rancangan Pa&Ma di Astro Prima dan Maya HD.

Dari Umur 1 Tahun Bawa Anak Pergi Cuti Tanpa Mengamuk. Ibu Ini Kongsikan Tip Dalam Pa&Ma TV

IKLAN

Khalisah juga menyatakan, sepanjang percutian gajet tak akan diberikan pada anak walaupun masa tu dia mengamuk. Kami anggap masa cutilah waktu emas untuk kami sekeluarga dan sebolehnya nak anak teroka apa sahaja selagi tak membahayakan dirinya.

“Dari sudut positif bawa anak bercuti ni, saya lihat Ameer Fareeq tak takut orang, mudah mesra, suka explore sesuatu yang baru dan jadi lebih berani,” jelasnya.

Nak dapatkan tip yang lebih banyak lagi mengenai apa kebaikan bawa si kecil bercuti, boleh tengok rancangan Pa&Ma jam 9 malam ini di Astro Prima & Maya HD.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI