
Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie menyatakan rasa syukur dan bangga melihat pencapaian anak saudaranya yang dijaga sejak berusia 3 tahun.
Menurutnya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie adalah anak kepada arwah adiknya dan merupakan amanah yang besar buat dirinya.
“Ini Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, anak saudara saya. Besar panjang dah. Lebih tinggi dari saya.
“Ayah dia meninggal ketika itu saya di angkasa.”
Tambahnya lagi, Aiman merupakan permintaan terakhir adiknya dan ketika itu Dr. Sheikh masih lagi berada di angkasa untuk menjalankan misi Malaysia ke angkasa.
“Ketika itu Aiman baru berusia 3 tahun. Jadi penjaga sah Aiman, itulah permintaan terakhir arwah adik.”
Dr. Sheikh turut berbangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh Aiman dalam SPM dan Aiman turut mendapat tawaran dalam bidang Perubatan namun memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Undag-undang.
“Cemerlang dalam SPM. Di tawarkan dalam bidang Medical tapi lebih berminat untuk buat Undang-undang.”
“Saya kurang suka tapi dah itu minatnya. Semoga Allah memberkatinya dunia dan akhirat. Amin”
“Al-Fatihah buat arwah adik saya, Ajil”
Kredit: Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lain Pada Kakak Abang Dia Hat Ni” Suami Buat Kejutan, MUA Bellaz Nak Kongsi Wajah Anak!

Selamat melahirkan anak keempatnya semalam yang diberi nama Nur Aisywara Nealofa, MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz tampil berkongsi sipi-sipi wajah puteri kesayangannya di media sosial.
Pun begitu kongsi Bellaz lagi, tidak mahu menyorok wajah puterinya, kata Bellaz wajah Nur Aisywara akan dikongsikannya sebaik dibenarkan pulang ke rumah kelak.
Paling menarik kata Bellaz, anak keempatnya kali ini lain dari wajah tiga anaknya sebelum ini.
“Insyallah lepas Bellaz keluaq ward kita released muka Aisywara.
“Lain pada kakak abang dia hat ni,” kongsinya.
Pun begitu wajah comel Nur Aisywara Nealofa yang baru dikongsi Bellaz awal pagi tadi mengundang perhatian wargamaya.
Mana tidaknya, bukan hanya berkulit putih kemerah-merahan bahkan bibir mungilnya yang merah bak delima jelas memperlihatkan kecantikan Baby Aisywara, persis ibunya.
Kejutan hamil di Mekah
Terdahulu, melalui entri yang dikongsikan oleh Bellaz bersempena awal Muharram hari ini, Bellaz turut berkongsi kisah kehamilannya yang bermula di Mekah.
“Salam maal hijrah buat semua aunty dan uncle yang beragama islam. Alhamdulillah Nur Aisywara nealofa sihat di awal muharam ini.
“Awal muharam hari yang penting dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah.
“Di kota Makkah la Nur Aisywara Nealofa hadir dekat rahim mama. Test kat Malaysia dia tak naik 2 line, duk sana dalam 2 minggu test-test naik rezeki ya Allah. Suprise kat sana.
“Bellaz doakan ibu-ibu semua yang menanti diberikan zuriat secepat mungkin. aminnnn Amin,” tulisnya lagi.
Suami buat suprise
Dalam pada itu, beberapa entri berlainan Bellaz turut menarik perhatian. Paling mengujakan pastikan ibu anak empat ini pastinya kejutan yang dilakukan oleh suaminya di hospital.
Sebagai tanda penghargaan melahirkan anak keempat mereka, suami Bellaz turut membuat kejutan comel untuknya.
“Halah-halah, hilang sakit sikit tengok Mat Nuart buat suprise lagu ni.
“Simple-simple tapi nampak sweet ikhlas tu hehe. Sweet no walaupun anak no 4 aicewahh cewahh.
“Tq na B lebiuuu, jangan duk beli jiwa nak tambah sudah. Tengok dah kan pengorbanan bini lahir anak semalam macam mana. Pakat teriak, habis hang aku,” kongsi Bellaz sayu.
Tahniah diucapkan buat Bellaz dan semoga berpantang dengan baik di samping anak-anak tersayang.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“5 Tahun Umi Tunggu Adik. Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi”

Hanya tinggal beberapa hari untuk menyambut kehadiran orang baru, kegembiraan hati seorang ibu bertukar saat menyedihkan apabila mengetahui anak yang dikandung 9 bulan tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum tarikh bersalin.
Apa yang lebih menyedihkan kandungan ini telah dinantikan selama 5 tahun selepas kehadiran dua orang anak sebelum itu.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang ibu, Sofea Shafie di Facebooknya dengan meluahkan rasa sedih akan kehilangan anak dalam kandungannya lebih-lebih lagi apabila segala persiapan menyambut kelahiran cahaya matanya itu telah hampir siap sepenuhnya.
5 tahun menanti
Sakitnya bila kena berpantang sorang-sorang tanpa anak syurga umi disisi. Kuat kan diri ini ya Allah.Selalunya tengok orang lain yang di uji.Tapi kali ni tak sangka Allah uji diri ini. Segala persiapan dah dibuat untuk menyambut kehadiran anak umi.
Umi tak sabar sangat nak jumpa, nak peluk cium adik. 5 tahun umi tunggu adik. Tapi Allah pinjamkan adik 9 bulan sahaja di rahim umi. Hanya badan kaku tak bernyawa yang umi sambut. Cantik sangat adik, bibir masih merah,kulit seputih salju kemerahan. Masya Allah. Sakit melahirkan adik tidak sesakit melihat adik diam kaku tidak bergerak.
Umi bahagia sangat bila dapat tau umi mengandung. Segala persiapan ibarat menyambut anak sulung, teruja sangat-sangat. Umi tak sangka sebab adik sihat-sihat saja dalam perut umi, setiap hari aktif bergerak, lagi 3 hari je nk due, adik pergi meninggalkan umi. Menangis kakak Aisya dan abang Akiff bila tahu adik yang selalu tendang-tendang di perut umi, sudah tak bergerak lagi. Menangis-nangis depa suruh umi hidupkan balik adik. Allahh. Umi tak kuat.
‘Allah lebih sayangkan adik’
Umi redha tapi umi rindu. Allah lebih sayangkan adik. Umi dah cuba buat yang terbaik untuk adik. Tapi umi tau, walaupun sebanyak mana umi sayangkan adik, tapi Allah lebih sayangkan adik. Berlari-lari lah sayang di syurga bersama kakak adik yang umi keguguran dulu. Dua anak syurga umi sedang menanti umi di sana. Semoga asbab pemergian adik dan kakak, dapat menarik umi dan abi kesyurga.
Untuk yang bertanya. Anak syurga saya meninggal di dalam perut pada hari Jumaat 21/02/2020. Tiada sakit apa-apa. Selepas solat zohor, tiba-tiba baby tak bergerak. Bila terus ke klinik, doktor sahkan jantung baby dah stop.
Sepatutnya due 24/02/2020. Buat ibu-ibu diluar sana, pesanan saya, pantau lah pergerakan baby betul-betul. Jangan terlalu stress, jangan push diri buat kerja walaupun kita mampu. Sebab kita tak tau keadaan baby di dalam, bila kita tak larat akan beri kesan pada baby juga di dalam. Buat yang termampu sahaja. Selebihnya serahkan pada suami.
Berpantang tanpa anak disisi
Pada 22/02/2020, saya selamat melahirkan anak syurga ini secara normal dengan berat 3.4kg dan diberi nama Muhammad Ammar bin Aliff Haikal.Mudah sangat melahirkan adik. Bila pergi hospital untuk induce, doctor cek laluan dulu, alhamdulillah dah ada bukaan 4cm tanpa sakit apa-apa masa ni. Doktor pecahkan air ketuban, lepas tu terus sakit. Sakit yang tak sampai sejam, terus adik selamat dilahirkan. Terima kasih Allah sebab permudahkan.
Rindu yang sakit, tiada penghujungnya
Al fatihah buat anak-anak syurga yang lain. Doakan saya semoga kuat untuk menempuh ujian dari Allah, doakan saya kuat menempuh setiap hari berpantang tanpa anak disisi. Doakan saya kuat.. Itu saja yang saya harapkan dari semua sekarang ni. Saya tak meratapi. Tapi izinkan saya untuk meluah. Hanya ini dapat menenangkan rasa sarat rindu buat anak syurga umi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Umi redha walaupun pahit untuk telan. Rindu yang sakit, tiada penghujungnya. Penantian yang perit untuk dilalui.
Sumber: Sofea Shafie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lahir 2016/2017, Daftar Tahun Satu Sesi 2023/2024 Dibuka Mulai 1 Mac

Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online.
Borang pendaftaran murid ke Tahun 1 sesi 2023 dan 2024 boleh diisi melalui Sisten Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) – public.moe.gov.my).
Ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Tarikh permohonan Murid Tahun Satu
– 1 Mac 2022: Tarikh Buka
– Akan Dikemaskini: Tarikh Tutup
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/2024
Untuk makluman, kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
– 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
– 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara membuat permohonan
i) Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut:
1) Aplikasi permohonan/pendaftaran secara online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:
Berikut dikongsikan cara mendaftar murid Tahun Satu secara online:
1) Layari laman SPATKPM
2) Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
3) Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA
4) Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:
1) Maklumat prasekolah/tadika
2) Profil kesihatan
3) Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut:
1) Salinan permohonan online
2) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta satu salinan)
3) Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (Salinan asal beserta satu salinan KP ibu dan bapa
4) Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
5) Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6) Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7) Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8) Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Selamat membuat pendaftaran untuk anak Tahun 1 2023/2024. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Kredit: semakan.my
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI