Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak-anak.
Malah kita sendiri punsemasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground?
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Liyana Raya di play ground la otot dan sendi kita dirangsang. Sebab itu kita jadi kuat. Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita untuk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang apabila menulis dan menggunting,kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata!
Kenapa jadi macam ni?Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.
Ads
Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Kanak-kanak perlu bergerak.Kita dulu memang boleh duduk diam eh? Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?
No point bagi anak duduk diam.Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni. Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati: – Anak akan sukar fokus – Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas – Anak kurang keyakinan diri – Anak tidak boleh mengawal emosi
Sebab dengan adanya playground,anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. – Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak! – Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.
Ads
Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah: – We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini… sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon! HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance untuk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana…… so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dengan jatuh dan menahan sakit,maka anak kita semakin kebal jadinya.
– Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah…. dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kadang-kadang kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yang membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda-benda seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yang kita dapat.
Ads
– Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap… change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya macam mana nak elak daripada jatuh.
Kita,kalau orang tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini. “Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yang anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama macam kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.
Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa… tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje….. anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama macam kita dulu-dulu. Sebab anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan seperti ini namun kerana stage of play anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.
Biasalah anak-anak, ada ketikanya jika rasa nak panggil ibu, mama, mummy ikut suka je. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada waktunya boleh menimbulkan syak wasangka pula.
Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra terpanggil mama sedangkan sebelum itu memanggil isterinya, Ayu dengan panggilan dibu.
Jika anak itu, tidak minat membaca lagi, ibu ayah boleh rangsang kepintaran anak dengan cara melukis dan mewarna. Secara rawak ramai ibu bapa risau jika anak tidak tahu membaca dan menulis. Betulkan? Memang betul anak-anak perlu tahu semua ini sebelum melangkah ke sekolah rendah. Namun harus diingat anak-anak perkembangan setiap anak berbeza-beza. Jika anak itu, tidak minat membaca lagi, ibu ayah boleh rangsang kepintaran anak dengan cara melukis dan mewarna.
Ya betul! Hampir kebanyakan kanak-kanak suka melukis dan mewarna. Banyak kebaikan mewarna kepada kanak-kanak. Apabila kanak-kanak melukis, mereka belajar cara berkomunikasi menggunakan simbol. Kereta yang dilukis oleh anak kecil mungkin tidak menyerupai kereta sebenar jika dilihat dari sudut pandangan orang dewasa, tetapi sebenarnya mereka belajar cara berkomunikasi idea dan perasaannya.
Melakar dan mewarna halaman kertas yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan aktiviti penyelesaian masalah. Menerusi lakaran dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih peka terhadap persekitaran fizikal. Mereka belajar tentang bentuk, saiz dan warna.
Ingat kanak-kanak melukis berdasarkan apa yang dilihat menerusi pemikirannya bukan berdasarkan pemerhatian tentang persekitarnya. Kanak-kanak tidak menitik beratkan sesuatu yang dilihatnya. Kanak-kanak kecil keupayaannya tidak sama seperti mana kanak-kanak yang lebih berusia atau orang dewasa melukis tentang sesuatu untuk kelihatan menyerupai objek sebenar.
Ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Menerusi kefahaman tahap perkembangan kanak-kanak melukis dan melakar kita tidak akan merasa atau menilai lukisan atau lakaran yang dihasilkan itu tidak memberi makna atau keindahan. Sebaliknya kita akan memahami perkembangan anak dan maklumat yang ingin disampaikan menerusi idea spontan.
Lakaran Lukisan Mengikut Tahap Umur
Setiap apa yang anak-anak lukis itu ada maknanya mengikut tahap usianya. Bagi peringkat pertama semasa kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun lakaran atau lukisan lebih kepada lakaran rawak yang merupakan tanda awal kanak-kanak secara universal. Tanpa mengira bangsa, budaya dan kelas kehidupan semua kanak-kanak melalui tahap lakaran rawak. Mereka mencuba menggunakan pelbagai alat untuk melakar dan meninggalkan kesan tanda pada kertas. Pada perkingkat ini kanak-kanak merasa seronok meneroka dan membuat penemuan. Jangka masa peringkat ini bergantung kepada galakkan dan dorongan orang dewasa, kesihatan kanak-kanak, pertumbuhan otot, koordinasi, intelegen dan kuantiti dan kekerapan peluang untuk melakukan lakaran rawak.
Peringkat kedua usia kanak-kanak antara 2 tahun hingga 4 tahun peringkat ini dikenali sebagai kawalan rawak yang lebih signifikan kepada bentuk-bentuk geometrik seperti bulat, bujur, empat segi, tiga segi dan palang pada lukisan kanak-kanak. Kanak-kanak dapat berupaya untuk mengawal otot dan mula untuk mencuba mengatur persekitarannya. Garisan beralun dan berombak dengan jalinan pelbagai corak bulat dihasilkan oleh kanak-kanak.
Pada peringkat ketiga usia kanak-kanak antara 3 tahun hingga 5 tahun, apabila kanak-kanak sudah mula mengenali objek, mereka melukis mengikut nama objek. Walau pun lakaran objek itu tidak dapat dikenalpasti oleh orang dewasa, hasil lakaran itu lebih kepada tingkah laku untuk menamakan objek yang mempunyai signifikan. Pada kanak-kanak objek yang mereka lukis mudah dikenalpasti.
Mesti Tahu
Sekiranya kanak-kanak berusia 5 tahun masih lagi di peringkat lakaran bukan bermakna lambat pembelajarannya atau kesan ketidakupayaan belajar. Mereka perlu menguasai kawalan otot untuk menghasilkan lakaran.
Peringkat simbol atau gambaran apabila kanak-kanak mengikut usia 5 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula menyedari pemikiran boleh dinyatakan menerusi perlambangan. Oleh itu, mereka akan melukis apa yang dirasa, bukan tentang perkara yang sebenarnya.
Contohnya jika kanak-kanak tadika disuruh melukis kucing. Kucing yang dilukis mungkin lebih besar daripada kanak-kanak sebab kucing itu lebih penting dalam kehidupannya. Kemungkinan juga kanak-kanak akan melukis kucing berwarna merah kerana merah adalah warna kegemarannya.
Ibu bapa perlu sedar bahawa setiap kanak-kanak perkembangan lukisannya adalah berbeza dan tidak sama sebagaimana perkembangan yang lain. Oleh yang demikian jangan mengabaikan lakaran kanak-kanak kerana peringkat ini adalah situasi penting sebagai sebahagian proses pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.