Dalam kesungguhan melakukan ibadat untuk mengejar apahal berganda ketika 10 malam terakhir Ramadan, ralat sungguh rasa hati bila tiba-tiba datang haid. Risau sebab tak boleh nak buat solat sunat dan membaca Al-Quran sedangkan jika dibuat besar sungguh ganjarannya pada hujung bulan berpuasa ni.
Menerusi posting di akaun TikTok ninja_iraa, sebuah video perkongsian dari pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang datang hadi di hari-hari terakhir Ramadan.
Ustaz Wadi telah menyenaraikan empat amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan malam Lailatul Qadar. Menurutnya, bagi wanita yang datang haid pada 10 malam terakhir tak perlu risau kerana dalam Islam hanya tak dibenarkan untuk solat, berpuasa dan menyentuh Al-Quran.
“Ada berpuluh-puluh kebaikan lain boleh dibuat. Contoh pertama, berdoa. Doa untuk orang Islam ‘Ya Allah, bagilah hidayah untuk semua umat Nabi Muhammad. Ya Allah, ramai yang sakit, sembuhkanlah umat Islam. Banyakkan berdoa..”
@ninja_iraa Amalan2 buat wanita yang haid pada 10 malam terakhir Ramadhan #amalanwanitahaidsemasaramadhan #10malamterakhir #malamlailatulqadar #lailatulqadar #ustazwadiannuar #quereraa #dakwah_islam #islamicquotes #hijrah #fypシ゚viral #fypp #cintaallah #cintamuhammad #bismillahfyp ♬ bunyi asal – Quereraa🖤
Ustaz turut berkongsi salah satu amalan terbaik yang lain adalah bersedekah. Ustaz Wadi juga ada menyebut, setiap malam boleh ‘transfer’ duit RM10 ke sana sini. Selain itu, wanita yang ‘bercuti’ juga boleh mengamalkan beberapa zikir dan berkhidmat kepada keluarga yang bangun untuk melakukan ibadat pada malam Lailatul Qadar.
Antara zikir yang boleh diamalkan adalah Zikir lailahaillallah, seratus kali. Subhanallah wabihamdih, seratus kali. Hasbunallah wan’mal wakil, seratus kali. Subhanallah alhamdulillah lailahaillallah Allahuakbar, seratus kali.
Terakhir, apabila kita menyediakan sahur atau memasak untuk orang yang beribadat di malam-malam terakhir. Sebagai contoh apabila suami, anak-anak atau orang lain di dlaam rumah bangun malam untuk beribadat, seseorang wanita itu boleh sediakan minuman atau makanan untuk mereka.
“Banyak ibadat yang boleh dibuat, jangan tinggal malam-malam 10 terakhir ni. Semoga Allah bagi kita rajin dan hidayah..”
Dengan perkongsian dari Ustaz Wadi ini diharapkan kaum isteri atau para ibu yang terkekang untuk solat dan membaca Al-Quran kerana datang haid, sama-samalah kita lakukan ibadah yang lain untuk merebut ganjaran pahala dari Allah SWT.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)