Alternatif kepada rawatan di hospital, Almy telah bertindak menyewa mesin fototerapi bagi membuat rawatan sendiri di rumah. Almy juga telah mencuba pelbagai petua bagi memulihkan bayinya seperti mandi air kucai dan mandi air gula batu.
fizzalmy Punya dok lari taknak admit,taknak sewa benda alah ni utk anak.. akhirnya tewas. .. ngan mama dia tewas ????.. segala petua buat,mandi air kucai la,air gula batu la..
Harini terpaksa sewa kat umah sbb taknak admit.. air mata mama pun gugur. Bila tgk anak kena dok dlm ni.. doakan my little princess Ayra cepat sembuh ya dari demam kuning ni semua .. amin amin
Hari kedua rawatan fototerapi di rumah, Almy menyatakan rasa sedih setiap kali meletakkan bayinya di dalam mesin fototerapi. Air matanya pasti jatuh. Namun wanita yang kuat semangat ini berkata dia perlu kuat demi kesihatan si kecil ini, suami dan anak-anak yang lain.
Ads
fizzalmy Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh..
Tapi demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita?????
Para peminat memberikan kata-kata semangat buat Almy dan berkongsi tip untuk memulihkan jaundis bayinya.
Kebiasaannya ibu bapa tak perasan lubang pada gigi anak-anak terutama gigi geraham. Namun selepas anak merengek sakit kerana makanan terlekat pada lubang tersebut, barulah kita akan memeriksanya.
Seperti perkongsian Dr Azila Mohd Kasim, ibu bapa kena peka perubahan pada gigi anak bagi mengelakkan anak rasa trauma yang berpanjangan.
Soalan biasa yang ditanya ibu bapa yang membawa anak yang berusia sekitar 4-5 tahun ke klinik gigi.
Doktor Azila, kenapa gigi anak saya berlubang? Padahal baru beberapa bulan lepas, saya baru bawa anak berjumpa doktor gigi di tempat lain untuk pemeriksaan. Tetapi doktor tu kata tiada lubang.
Nak tahu kenapa?
1. Ini kerana lapisan enamel gigi susu adalah lebih nipis berbanding lapisan enamel gigi kekal.
2. Kaviti “caries” cepat merebak pada gigi susu berbanding gigi kekal, ianya paling cepat merebak dan akan mengenai saraf gigi.
3. Sekiranya gigi geraham susu telah didiagnos ada karies, maka perlu membuat rawatan secepat mungkin.
4. Rawatan tampalan dibuat.
SEKIRANYA LUBANG KARIES SANGAT DALAM DAN MENGENAI PULPA, SEGERALAH MEMBUAT RAWATAN PULPOTOMI.
4. Infeksi cepat merebak dalam mulut kanak-kanak, merebak ke leher, ke otak dan seterusnya menyebabkan abses dan cellulitis ( ini situasi kecemasan).
Oleh itu, jangan ambil remeh sekiranya gigi susu anak berlubang ok!
Kebiasaannya, doktor Azila akan menyarankan ibu bapa terus membuat rawatan PULPOTOMI GIGI SUSU.
APAKAH PULPOTOMI ?
Rawatan pulpotomi adalah pembuangan sebahagian daripada saraf, termasuk kawasan yang terkena infeksi. Ini untuk mengekalkan ‘vitality’ tisu pulpa yag sedia ada.
BAGAIMANA PROSEDUR PULPOTOMI ?
1. Pastikan anak-anak di dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa duduk di ‘dental chair’. Sesetengah anak-anak berasa takut dan gelisah. Jadi ibu bapa memainkan peranan untuk memujuk dan menenangkan anak.
2. Doktor akan meletakkan gel ‘Topical Anaesthesia ’ pada bahagian gusi. Ia membuatkan gusi berasa kebas dan tidak sakit apabila doktor memberi suntikan ‘local anaesthetic’.
Gel ‘topical anaesthetic’ boleh bertahan selama 3-5 minit.
3. ‘Local anaesthetic’ diberi secara perlahan-lahan supaya pesakit tidak terasa seperti di suntik.
4. Kaviti pada gigi dibersihkan dengan ‘highspeed” dan “slowspeed handpiece”. Karies di kebuk pulpa di buang dan dibersihkan hingga ke saluran pulpa.
5. Pulpa dibersihkan di mana bahagian ini adalah tempat saraf dan salur darah terletak.
•Prosedur ini TIDAK SAMA seperti rawatan saraf untuk dewasa.
6.Doktor akan meletakkan ubat “Beechwood cresol” pada kapas pellet kecil. Kemudian kapas pellet akan di letak di dalam saluran pulpa untuk berhentikan darah.
7. Gigi di bentuk semua dengan tampalan sementara berwarna putih gigi.
RAWATAN KEDUA :
1. Buang semula tampalan sementara.
2. Jika terdapat tanda – tanda berulang, maka hendaklah di ulang semula rawatan pulpotomi pada gigi itu atau gigi perlu dicabut.
3. Jika tiada tanda – tanda seperti sebelum rawatan, ruang itu ditutup dengan ‘antiseptic paste’.
4.Jika sudah selesai, ia boleh di tutup dengan tampalan tetap berwarna gigi atau “stainless steel crown” .
INDIKASI PULPOTOMI :
1. Proksimal yang besar dgn melibatkan ruang antara gigi yang terlibat.
2. Tiada sejarah sakit yang secara tiba – tiba.
3. Tiada nanah atau fistula.
4. Cabutan adalah kontraindikasi.
5. Gigi dalam keadaan ‘peridontium’ yang sihat.
KONTRAINDIKASI PULPOTOMI :
1. Pernah sakit berulang.
2. Adanya fistula atau bengkak.
3. Sel – sel telah mati ( necrotic pulp ).
4. Pendarahan yang tidak dapat dikawal.
5. Periapical or bifurcation radiolucency.
6. Resorpsi patologi.
7. Tisu mati.
8. Lebih 1/3 akar telah hilang.
Sekian, semoga memberi manfaat. Bantu saya kongsikan ilmu rawatan saraf (pulpotomi) until kanak-kanak ini. Hakikatnya berbeza dengan rawatan saraf gigi kekal.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lubang kecil di tepi telinga. Pasti ada ibu yang bertanya adakah ia mendatangkan bahaya pada anak kecil. Bukan apa, kadang-kadang ada keluar cecair dan ia merisaukan anda sebagai ibu bapa.
Melalui perkongsian dari Dr Ezzairy M.Sallih, keadaan ini boeh diatasi jika ia memberi ketidakselesaan pada anak.
Berikut antara perkongsiannya
Ibu muda ini sangat bimbang. Anaknya yang mulai masuk ke alam sekolah kerap alami masalah pada telinga. Ada cecair yang keluar daripada lubang kecil di hadapan telinga. Busuk. Adakalanya berbau.
Firasatnya, ia adalah amat berbahaya. Perlu segera dilakukan sesuatu. Ditutup atau dijahit sahaja lubang itu supaya ia tidak lagi mengeluarkan cecair.
Namun hakikatnya, ia bukanlah seperti itu untuk kami merawat penyakit ini. Tidak perlu untuk ditampal mahu pun dijahit.
‘Preauricular sinus’ atau bukaan lubang kecil yang biasanya ada di kawasan depan telinga (sila rujuk pada gambar) biasanya berlaku akibat masalah kongenital. Maknanya ia berlaku semenjak lahir lagi, dan bukan disebabkan kuman, kemalangan atau pun kecederaan.
Cumanya apabila berlaku jangkitan di kawasan tersebut, maka kulit luarannya akan menjadi kemerahan sebagai tanda berlakunya jangkitan, membengkak yang berisi cecair nanah dan sakit apabila ditekan dari luar.
Apabila keadaan ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Langkah terbaik adalah seperti ini :
1. Bawa berjumpa doktor untuk diperiksa. Kami akan berikan ubat antibiotik yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan lebih serius.
2. Jika pembengkakan pada kantung sinus tersebut sudah mengandungi nanah (doktor boleh mengenalpasti keadaan ini melalui pemeriksaan klinikal), kami akan lakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.
3. Pesakit akan diberi surat atau memo untuk melakukan cucian di kawasan pembedahan sehingga ia benar-benar bersih dan luka sudah mulai tertutup.
4. Apabila masalah ini berlaku secara berulang-ulang, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan mengeluarkan keseluruhan kantung sinus tersebut atau juga dipanggil sebagai ‘excision of preauricular sinus’. Pembedahan ini boleh dilakukan sama ada secara bius setempat atau biusan penuh, bergantung kepada keadaan dan toleransi pesakit.
Semoga tulisan kali ini dapat memberi ilmu baru buat kalian.
Masalah jerebu yang melanda negara kita dikhuatiri semakin serius. Boleh dikatakan setiap tahun Malaysia dilanda jerebu yang teruk. Puncanya masih lagi tidak diketahui secara rasmi. Bila dah jerebu aktiviti anak-anak juga menjadi terhad kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan mereka
Ummi Nazeera melalui laman Instagramnya berkongsi juga terkesan dengan keadaan jerebu yang semakin teruk melanda Semenanjung Malaysia hari ini. Menurutnya dia kasihankan kanak-kanak yang perlu lalui keadaan jerebu yang teruk. Orang dewasa sepertinya juga terkesan apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Tambahnya lagi, keadaan ini berlaku setiap tahun dan ia menyebabkan kanak-kanak tidak dapat membuat aktiviti luar kerana udara yang tercemar.
“Pity our children have to go thru this Haze. It’s affecting me as an adult. Imagine how it affects children. Even tho in this photo ayra looks so happy hahaha”
“Every year same case. Sadly. Siapa tahu dari mana datangnya jerebu ni tiap tiap tahun? And r we NOT DOING ANYTHING about it? No more outdoor activities kids.”
Ternyata ramai yang setuju dengan apa yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera di laman Instagramnya itu dan berharap keadaan ini akan segera pulih.
“Kan. Kita yang dewasa pun susah nak bernafas. Kanak-kanak lagi lah”
“Ya, anak-anak nak main outdoor pun tak selesa”
“Yes…kesian anak-anak. Tambah-tambah yang ada penyakit asthma like me and my kakak… So struggle to go outside”
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan 10 langkah pencegahan untuk diikuti ikuti sepanjang keadaan berjerebu ini:
Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
KKM turut menyarankan orang ramai mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.
sumber: Instagram Ummi Nazeera & Utusan Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.