Datin Almy Nadia Kongsi 3 Rutin Penting Berpantang. Aksi Selamba Makan Peria Katak Buat Netizen Terpegun

Share

Sauna, urut & bertungku rutin berpantang Datin Almy Nadia. Namun aksi selamba beliau memakan peria katak sebagai ulam membuatkan netizen terpegun!

Almy yang baru melahirkan anak ketiganya, Nurafrina Ayra pada 15 Disember 2018 yang lalu berkongsi rutin pantangnya.

fizzalmy Setiap pagi dan ptg ini lah kejanya.. sauna sauna sauna sauna, lepas tu mandi lepas tu urut.  Lepas tu tungku..

Rutin harian bersama @natalismothercare sauna 2 kali sehari, urut pagi sahaja, tungku 2 kali sehari.. bersama cl kak ita

BERKONGSI SAJIAN YANG DIAMBIL 

Almy juga turut memuatnaik sajian makanan yang diambilnya. Almy mengamnbil nasi beras perang setiap kali waktu makan malam & tengah hari dalam kuantiti yang kecil.

MAKAN PERIA SEBAGAI ULAM

Namun, apa yang membuatkan netizen terpegun ialah aksi Almy memakan ulam peria katak tanpa menunjukkan mimik muka pahit. Aktres ini nampak selamba dan menikmati peria tersebut tanpa masalah!

fizzalmy Happy lunch semua… masak dr cl kak ita dr @natalismothercare … sj nak tunjuk mcm mama nak mkn peria katak.. yg org kata pahit bagai… bg kami. Sedap ja peria ni.. abaikan muka kami yg serabut n tak siap.. hahahah muka dlm pantang biasa la…

Para peminat memberikan reaksi terpegun melihat Almy memakan peria. Pahit katanya!

Tapi ada juga yang mengatakan peria katak memang sedap, pahit dan berlemak. Malah banyak khasiatnya.

Sumber: fizzalmy

Atikel berkaitan: Datin Almy Nadia Akui Menangis Setiap Kali Letak Anak Bawah Lampu Fototerapi. Peminat Kongsi Petua Pulihkan Jaundis

Published by
Azma ML