Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kesyukuran usai majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara.
Menerusi hantaran di Instagramnya, kehadiran cahaya mata itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan suami yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.
“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.
“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita.
“Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” katanya.
Tambahnya, Allah adalah sebaik-baik perancang rancangan yang lebih baik daripada manusia.
“Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih,” katanya.
Hantaran itu juga turut diselitkan dengan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.
Ads
“Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
“Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.
“Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.
Ads
Alyah turut memuat naik gambarnya dan suami, bersama Nur Izzara dan ketiga-tiga mereka sedang duduk di pelamin kecil.
Antara komen dan doa terindah buat Alyah sekeluarga;
Dua kanak-kanak berusia setahun dan dua tahun yang terperangkap di dalam kereta berjaya diselamatkan selepas ibunya menenangkan mereka dengan membuka video animasi kartun dari telefon sebelum pihak bomba bertindak membuka pintu kereta.
Ditinggalkan sendirian di dalam kereta
Kejadian jam 3.10 petang ini, kedua-dua kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian dalam kereta oleh ibunya yang juga seorang jururawat dalam kereta itu di kawasan Jalan Langgar, Alor Setar kerana mempunyai urusan dengan rakannya.
Bagaimanapun sebaik kembali semula ke kereta, wanita berusia 26 tahun itu mendapati kereta Honda City itu terkunci dari dalam dan dua anaknya terperangkap dalam kereta berkenaan sebelum menghubungi pasukan bomba meminta bantuan.
Bantuan Anggota Bomba
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nozlan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.19 petang dan tiba di lokasi jam 3.23 petang.
Beliau berkata, operasi disertai lima anggota, dua anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan seorang anggota Unit motosikal RIM tiba di lokasi dan mendapati dua beradik itu masih dalam kereta berkenaan.
Dengan bantuan ibunya
“Ketika itu kanak-kanak itu sedang menangis dan saya mengarahkan orang ramai supaya menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan mereka takut kerana kami dimaklumkan yang mereka sudah terperangkap hampir 15 minit.
“Dengan bantuan ibunya, kami berjaya membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan window airbag dan bar untuk membuka pintu yang terkunci itu,” katanya.
Berjaya dikeluarkan
Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibu mereka dan operasi tamat pada jam 3.38 petang
Doa yang baik pastinya akan dimakbulkan, doa Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk membawa anak ke tanah suci akhirnya akan menjadi kenyataan.
Penyanyi nombor satu Malaysia ini meluahkan rasa terujanya apabila beliau pertama kali bakal membawa anaknya, Siti Aafiyah ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas penantian Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 12 tahun. Dalam sahanya untuk menimang cahaya mata sebelum ini, Siti mengakui telah melakukan rawatan in vitro fertilization sebanyak 5 kali dalam masa 10 tahun.
Menurut penyannyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, dia bakal berangkat ke Mekah pada minggu depan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan keluarga. Beliau sudah lama menyimpan niat tersebut sejak sebelum hamil lagi.
“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan rezeki cahaya mata setiap kali berada di Mekah. Andai diberi rezeki anak, saya mahu bawanya juga ke Mekah.
DOA DIJAWAB ALLAH
Betapa cepatnya doa dijawab Allah, ibu ini memanjatkan kesyukuran. Sudah rezeki, anaknya Siti Aafiyah dibawa ke tanah suci di usia masih kecil.
“Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat. Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya,“ kongsi Siti ketika ditemui pada sesi fotografi.
Besarnya pengorbanan ibu bapa untuk anak. Sama ada diberi rezeki lebih atau hidup dalam sederhana, semuanya nak beri yang terbaik. Begitu juga kasih seorang ayah buat anaknya. Orang kata kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di FB Azri Walter mengenai kisah seorang ayah yang sanggup membawa balik teddy bear yang dijumpai di tempat sampah itu menunjukkan kegigihan ayah memenuhi permintaan anak.
“Dah lama anak nak teddy bear”
Menerusi perbualan lelaki itu, teddy bear yang bersaiz besar itu dah lama anak inginkan. Disebabkan harganya yang mahal dan secara berseloroh dia cakap harganya boleh buat beli lauk, hasrat itu terpaksa dipendamkan.
Kebetulan rezeki terjumpa teddy bear ini yang masih dalam keadaan elok di tempat sampah, apa salahnya ambil dan basuh semula. Ini pun dah buat hati anak gembira.
Pengorbanan ayah tiada nilainya
Di penghujung perkongsian saudara Azri, dia ada menitipkan kata-kata semangat buat seorang lelaki bergelar suami.
Ingatlah setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.