Hiburan

Datin Alyah Introduce Anak. Nama Yang Indah & Ringkas, Nur Izzara

Share

Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kesyukuran usai majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara.

Menerusi hantaran di Instagramnya, kehadiran cahaya mata itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan suami yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.

“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.

“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita.

“Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.

“Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” katanya.

Tambahnya, Allah adalah sebaik-baik perancang rancangan yang lebih baik daripada manusia.

Tonton video ini;

“Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih,” katanya.

Hantaran itu juga turut diselitkan dengan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.

“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.

“Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

“Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.

“Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.

Alyah turut memuat naik gambarnya dan suami, bersama Nur Izzara dan ketiga-tiga mereka sedang duduk di pelamin kecil.

Antara komen dan doa terindah buat Alyah sekeluarga;

Sumber: Harian Metro

Published by
Emy H