Pelakon Datin Niena Baharun melakukan penutup pantang selepas habis tempoh berpantang. Mandi susu, skrub badan, bertangas dan berurut adalah empat perawatan yang dilakukan.
Baru melahirkan anak sulungnya, Adiel Mikael, yang berusia 1 bulan 23 hari, ibu muda ini dipuji para peminat lantaran kelangsingan badan dan wajah berseri-seri selepas bersalin.
TETAP BERSTOKING KE HOSPITAL
Pelakon berusia 25 tahun ini kelihatan cukup berdisiplin dalam berpantang. Dia turut mengenakan stoking semasa ke hospital untuk pemeriksaan anak serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Para peminat pula memuji tubuhnya yang langsing dan wajahnya berseri-seri walau pun baru sebulan bersalin pada ketika itu.
Sebagai penutup pantang, Niena telah melakukan mandi susu, skrub badan, bertangas dan berurut. Semuanya disediakan oleh perawat pantang. Katanya penutup pantang yang dilakukan selepas 44 hari selepas bersalin ini berperanan untuk menaikkan seri ibu.
Video yang dimuatkan menunjukkan penyediaan susu dan bunga untuk mandi susu dan herba tangas. Para peminat memberikan reaksi teruja dengan rawatan ini dan berharap Niena kembali sihat dan pulih selepas bersalin.
Niena bersalin pada 24 Oktober lalu secara pembedahan. Kelahiran anak sulung Adiel Mikael menyerikan lagi perkahwinan Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim.
Pempengaruh, Nelysa Norazlan yang telah selamat bersalin pada 18 Mei yang lalu sempat berkongsi pengalamannya bersalin secara normal.
Lebih membuatkan ramai yang kagum bila mana Nelysa bersalin tanpa sebarang koyakan dan jahitan biarpun baru melalui pengalaman pertama kali melahirkan anak.
Bersyukur segala proses kelahiran anak sulungnya berjalan lancar, Nelysa turut berkongsi tipnya ketika hamil.
“Ini adalah rezeki Allah. Saya tak tahu pun kebanyakan orang melahirkan anak pertama akan koyak atau kena gunting.
“Kemungkinan saya tak penat, saya ambil epidural.
“Tapi kadang-kadang yang membuatkan saya rasa selalu nak naik angin adalah rasa sakit itu kerap berlaku. Kemudian apabila saya diberikan painkiller, saya rasa macam khayal.
“Saya ambil epidural dan disebabkan epidural saya rasa masih boleh fikir lagi macam mana nak bernafas dengan betul ketika bersalin. Saya pun dapat tidur yang cukup,” kongsinya.
Tambah Nelysa lagi, dia juga turut mengikuti kelas pranatal sebelum bersalin dan belajar cara mengawal pernafasan yang betul ketika bersalin.
“Saya ada ambil kelas pernafasan. Pada awalnya saya ingatkan ia tak membantu sebab ramai kata nanti masa beranak akan lupa semua benda itu.
“Daripada contraction lagi saya dah kawal nafas itu. Kemudian tunggu doktor bagi arahan dan kita kena ikut. Setiap kali contraction walaupun saya rasa kebas, saya akan tetap kawal pernafasan.
“Dalan labour room lebih kurang 12 jam, rupanya nak tunggu bukaan itu yang lama,” ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja bahkan kata ibu kepada Muhammad Eushaq ini, dia juga turut minum air kelapa bagi membantu memudahkan kelahiran bayi lelakinya.
“Minggu itu saya kerap minum air kelapa. Sehari sebelum beranak saya minum dua biji air kelapa,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nelysa dan suaminya, Muhammad Multazam Nasir menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Muhammad Eushaq dengan berat 3.04kg.
Menurunkan berat badan memang menjadi cita-cita sesetengah ibu ketika berpantang. Namun tindakan Datin Almy Nadia memotong saram, gula & minyak dalam hidangan makanan buat netizen risaukan keadaannya.
Datin Almy Nadia memuatnaik gambar hidangan nasi beras perang dalam kuantiti kecil bersama seketul ayam & beberapa potongan memanjang lobak merah dengan kapsyen yang mengatakan dia memotong garam, gula dan minyak dalam sajiannya. Turut dinyatakan luahan hatinya yang tertekan kerana ada yang mahukannya kurus hinggakan pengeluaran susu ibu merudum.
fizzalmy Day 39 pantang.. yesssss u can do it almy nadia.. “brown rice + carrot + ayam rebus “ no salt,no garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last2 susu drop.. hampa semua nak sgt aku kurussskannn.,,,, ambikkkkk kauuuu org semua.. mam*** lantakkk…
Para peminat yang rata-rata dikalangan ibu-ibu prihatin dengan keadaan Almy dan memberikan pandangan. Ada yang menyarankan Almy agar mencuba sajian yang lebih sihat dan diet yang tidak mengganggu penghasilan susu ibu dan mengabaikan kata-kata netizen.
Bayi yang belum lahir, sudah disahkan hidap sakit jantung sejak dalam kandungan. Mana-mana ibu pun pasti tidak keruan. Namun, siapalah kita untuk menidakkan kenyataan. Ikuti coretan Suhaila Saleh berkenaan anak ketiganya, Khairy Adlan yang dipanggilnya baby magic.
Semuanya bermula selepas ujian imbasan 4D dilakukan di klinik swasta. Seawal kandungan berusia enam bulan, doktor mengesan denyutan jantung kamu terlalu laju. Pemeriksaan lanjut dilakukan di HUKMSC. Detail scan mengesahkan kamu menghidap Supra Venticular Tachycardiac (SVT).
Rentetan daripada itu, doktor memantau kandungan setiap minggu untuk memastikan kamu masih bernyawa. Masih ingat lagi kata-kata doktor. Jika didapati kandungan tidak bernyawa, kamu perlu dikeluarkan segera kerana ia memberi mudarat kepada diri mama.
Tetapi, jika kamu bertahan sehingga minggu ke-36, pembedahan adalah jalan terbaik untuk mama lahirkan kamu bagi mengelakkan sebarang risiko. Jika dilahirkan secara normal, berkemungkinan kamu tidak dapat bertahan untuk melalui proses kelahiran yang mungkin panjang.
Proses kelahiran secara pembedahan diatur dengan baik oleh Prof Azurah. Khairy dilahirkan di HUKMSC dan dipantau oleh Doktor Jantung Kanak-kanak, Prof Bilkish.
Bila mengimbas tentang jangka hayat kamu, mama dan doktor tidak pernah membincangkannya. Bertuahnya kita kerana Prof Azurah selalu memberi semangat untuk mama teruskan kehamilan supaya kamu selamat dilahirkan.
Setelah lahir, kamu mendapat pemantauan rapi pakar jantung kanak-kanak dan ditahan di wad hampir sebulan. Memang sukar keadaan ketika itu, tambahan pula mama sedang berpantang. Kemudian, semasa umur enam bulan, sekali lagi kamu ditahan di wad untuk pengawasan lanjut.
Sempurnakan umrah
Selepas tamat cuti bersalin selama tiga bulan, mama memohon cuti separuh gaji selama enam bulan untuk menjaga kamu. Tambahan pula, mama dapat surat sokongan doktor. Mama berjanji dengan bos, kembali bekerja selepas tempoh itu tetapi mama lupa kuasa bukan di tangan mama tetapi Allah. Jadi, mama memohon sekali lagi, cuti tanpa gaji hampir dua tahun kerana kamu perlu dipantau sepanjang masa ekoran masalah jantung.
Sepanjang cuti tanpa gaji, mama jalankan perniagaan online melalui blog di kokoadik.blogspot.com. Benarlah janji Allah setiap anak telah ditentukan rezekinya. Rezeki perniagaan online tidak putus malah dengan keuntungan meniaga online mengizinkan mama menunaikan nazar.
Mama bernazar jika umur kamu bertahan sehingga setahun, mama akan bawa kamu menunaikan umrah. Alhamdulillah, adik lelaki mama yang menjadi mahram dan nenek yang turut menemani kita ke tanah suci berjaya menyempurnakan ibadah umrah untuk baby magic mama ni.
Selepas tamat cuti tanpa gaji, mama kembali ke pejabat. Itupun setelah berulang kali solat istikharah dibuat. Mama keberatan tinggalkan kamu. Walaupun berperang dengan perasaan, mama tetap mengikut petunjuk untuk kembali bekerja.
Mama dipindahkan ke bahagian lain dan diberi latihan. Selepas enam bulan, dengan kuasa Tuhan, mama diberi kemudahan oleh majikan untuk menyertai Program Bekerja Dari Rumah. Dengan program ini, mama boleh jaga kamu dan dalam masa yang sama terus bekerja. Majikan menyediakan workstation di rumah untuk mama siapkan kerja-kerja pejabat. Mama ke pejabat hanya jika ada mesyuarat, seminar dan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Walaupun terdapat tambahan tugasan sebanyak 40%, mama tetap terima. Kedengaran seronok tetapi mengimbangi tugasan yang bertambah dan menjaga kamu, bukanlah mudah. Inilah pengorbanan seorang ibu. Syukur, setelah hampir dua tahun, kontrak bekerja dari rumah telah diperbaharui lagi untuk dua tahun selanjutnya.
Sihat dan aktif
Terkini, kes kamu dirujuk di IJN di bawah pemantauan Dr Hasri. Pada usia lima tahun, jantung kamu masih belum normal. Jika dilihat secara luaran kamu sama seperti kanak-kanak lain. Sihat dan aktif tetapi mama masih perlu pantau dan pastikan kamu makan ubat seperti yang telah ditetapkan.
Ketika di HUKM, kamu hanya makan sejenis ubat. Ubat itu mungkin memberi kesan kepada mata. Ketika itu, selain pemeriksaan jantung secara berkala, kamu juga perlu buat pemeriksaan mata. Di IJN, ubatnya telah berubah dan diberi dua jenis ubat untuk mengawal dan menurunkan kelajuan jantung.
Doktor maklumkan yang tiada apa-apa yang boleh dibuat dengan keadaan jantung kamu. Masalah bermula sejak dari kandungan. Apa yang mampu mama lakukan ialah teruskan tawakal dan bergantung kepada kuasa Allah dan kekuatan kamu sendiri untuk terus hidup.
Apa yang penting, kamu masih mampu bersama mama ke mana-mana pun. Tetap keletah dan ceria walau berada di samping kamu bererti sedang bersama bom jangka. Apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.
Semasa air mata tidak henti mengalir mengenangkan apa yang berlaku, kamu pasti balas pelukan mama dengan pandangan seolah-olah mengerti. Syukur mama masih punya peluang peluk, cium, dodoi dan tidur bersama kamu saban hari. Biarpun mesin yang memantau kesihatan kamu di hospital kerap kali menunjukkan angka yang sangat mengecewakan, mama tetap melihat kamu sebagai anak yang sihat. Kamulah baby magic yang masih mampu bertahan untuk meneruskan kehidupan biarpun dengan jantung yang masih bermasalah.
Mama baby magic,
Suhaila Saleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.