Datin Niena Baharun Mandi Susu, Skrub Badan & Bertangas Sebagai Penutup Pantang. Patutlah Makin Langsing & Berseri-Seri!

Share

Pelakon Datin Niena Baharun melakukan penutup pantang selepas habis tempoh berpantang. Mandi susu, skrub badan, bertangas dan berurut adalah empat perawatan yang dilakukan.

Baru melahirkan anak sulungnya, Adiel Mikael, yang berusia 1 bulan 23 hari, ibu muda ini dipuji para peminat lantaran kelangsingan badan dan wajah berseri-seri selepas bersalin.

TETAP BERSTOKING KE HOSPITAL

Pelakon berusia 25 tahun ini kelihatan cukup berdisiplin dalam berpantang. Dia turut mengenakan stoking semasa ke hospital untuk pemeriksaan anak serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Para peminat pula memuji tubuhnya yang langsing dan wajahnya berseri-seri walau pun baru sebulan bersalin pada ketika itu.

PENUTUP PANTANG

Sebagai penutup pantang, Niena telah melakukan mandi susu, skrub badan, bertangas dan berurut. Semuanya disediakan oleh perawat pantang. Katanya penutup pantang yang dilakukan selepas 44 hari selepas bersalin ini berperanan untuk menaikkan seri ibu.

Video yang dimuatkan menunjukkan penyediaan susu dan bunga untuk mandi susu dan herba tangas. Para peminat memberikan reaksi teruja dengan rawatan ini dan berharap Niena kembali sihat dan pulih selepas bersalin.

Niena bersalin pada 24 Oktober lalu secara pembedahan. Kelahiran anak sulung Adiel Mikael menyerikan lagi perkahwinan Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim.

Sumber: nienabaharun.nb

 

Published by
Azma ML