Datin Shahida Kongsi Kisah Anak Ketiganya “Baem Anak Limited Edition”

Share

Setiap anak pasti ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam hati mama kan? Sama juga seperti jutawan kosmetik, Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang kini mempunyai enam cahaya mata.

Anak pertama dengan anak kedua tak sama perangainya sama juga anak ketiga dan seterusnya. Jika berbicara soal anak mana yang paling manja, usahawan terkenal ini yang juga isteri kepada Dato Aliff Syukri mengakui anak ketiganya paling manja dan ‘limited edition’ di antara kelima-lima anaknya.

Baca artikel menarik:

“Masuk Boleh, Keluar Tak Boleh” Gelagat Isteri Fizo Omar Keluar Dari Kereta Sport Mencuit Hati!

Pernah Tipu Harga Sebenar Basikal, Rupanya Ratusan Ribu! Zamarul Akui Pernah Lupa Menghargai Isteri

“Ingat 4 Je, Rupanya 5” Isteri Fad Bocey Hamil Anak Ke-5

“Baem anak limited edition.. 6 anak satu je sangkut gini”

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan Baem tak henti-henti bersalam dan mencium ibunya seolah tidak mahu berenggang.

Datin Shahida menggambarkan sifat anak ketiganya itu manja dan terlebih ‘caring’ berbanding yang lain.

Dia juga yakin, ibu-ibu lain juga pasti mempunyai anak yang manja seperti ini walaupun sudah besar remaja.

“Mesti korang ada anak macam ni kan sorang yang terlebih manja dan caring”

Baem atau nama sebenarnya Ibraheem Adham Bin Aliff Syukri merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik.

Kredit: Datin Shahida

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa