
Comel sungguh anak angkat pertama Datin Sri Shahida ini, Ameena namanya. Minggu depan genap setahun usia si kecil ini.
Anak angkat pertamanya bakal mencecah usia 1 tahun minggu depan, Datin Sri Shahida memuat naik gambarnya bersama si anak, Ameena. Ibu muda yang cukup penyayang ini juga mendedahkan Ameena mempunyai nama gabungan dia dan suami, Datuk Sri Aliff Syukri.
Saya suka nama Ameena dulu berangan nak dapat baby girl tapi keluar boy,Jadi nak tunggu baby girl lambat lagi….namakan si kenit sorang ni nama Ameena Aliffsha, Gabungan nama saya dan suami….dah besar dan minggu depan dah 1 tahun…..cepat nya masa berlalu….
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Para netizen menyifatkan nama itu cukup indah. Ada juga yang mengatakan wajah Ameena semakin seiras dengan Datin Sri Shahida.
Sumber: Shahidadherbs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Jari Digomolnya Masuk Dalam Mulut. Hanis Kongsi Tip Anak Gatal Gusi

Sejak melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah Mei lalu, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak lokek berkongsi pelbagai tip mengenai penjagaan bayi dan anak kecil. Terbaru dia ada memberitahu bagaimana nak bantu bayi yang mula gatal gusi dan asyik merengek tak selesa agar hari-hari yang dilalui sentiasa ceria.
Menurut Hanis ada beberapa petanda yang ditunjuk oleh anak keduanya, Alisa Aisyah.
View this post on InstagramA post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on
“Alisa mula dah start gatal gusi. Macam mana nak tau anak dah start gatal gusi (fasa teething) ada beberapa petanda.
“Yang first sekali Mummynis perasan adalah dia start minum susu meleleh tepi.
“Pastu dah start masuk jari dia yang gemuk tu dalam mulut dan gigit-gigit.
“Dan sekarang dia asyik gosok-gosok pipi dan hidung sendiri. Pastu sebelum tidur malam mesti merengek-rengek.
“Kalau lagi teruk, tidur malam dia pun boleh terganggu (so far yang ni belum lagi),” tulisnya.
Perkongsian ini dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) Alisa.
Isteri kepada aktor Hairul Azreen ini turut berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Jadi bila dah ada tanda-tanda gatal gusi ni sabar ya makpak. Anak memang akan cranky tak selesa.
“Boleh belikan dia teether (mainan gigit), letak dalam peti sejuk dan bagi dia gigit.
“Atau ambil tuala bersih, balut jari kita dan bagi dia gigit.
“Stay calm mommies and daddies. Lupa nak tambah, start gatal gusi awal tak semestinya tumbuh gigi awal,” kongsinya lagi.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 serta dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: ig thealisaaisyah & hanis zalikha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada 2 Kategori Waktu Tidur Siang Bayi, ‘Monster Napper’ Dan ‘Cat Napper’ Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Mendapatkan waktu tidur siang yang baik amat diperlukan si kecil bagi tumbesaran mereka. Tetapi adakah ibu-ibu tahu jumlah waktu tidur yang diperlukan mereka pada siang hari?
Waktu tidur siang
Secara umumnya, bayi baru lahir akan tidur selama 14 hingga 17 jam untuk tempoh 24 jam, termasuk pada siang hari khususnya pada minggu dan bulan-bulan pertama.
Tempoh tidur ini akan berubah seiring peningkatan usia si manja, itu yang pasti.
Walau bagaimanapun, ibu perlu ketahui manfaat tidur siang untuk anak amat penting bagi menyokong kesihatan dan perkembangan mereka secara keseluruhan.
Tempoh waktu tidur siang adalah berbeza bagi setiap bayi. Namun ia boleh dibahagikan kepada 2 kategori asas:
Monster napper – Iaitu bayi yang boleh tidur secara berterusan bagi tempoh 2 hingga 3 jam
Cat napper – Untuk bayi yang tidur dalam jangka masa lebih pendek – dalam anggaran 30 minit bagi setiap sesi. Tetapi akan mempunyai sesi tidur siang yang lebih kerap
waktu tidur siang
Jumlah waktu tidur siang yang baik untuk si manja
Bayi baru lahir biasanya memerlukan 3 hingga 5 sesi tidur di siang hari atau lebih. Manakala bayi dalam lingkungan usia 4 hingga 6 bulan, memerlukan 2 hingga 3 sesi tidur sehari.
Si kecil berusia 6 hingga 12 bulan perlu mendapatkan tidur siang 2 kali sehari.
Jadual tidur siang bayi
Setiap bayi adalah berbeza. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai pola tidur yang serupa – bergantung kepada usia dan tahap.
Mencipta jadual tidur bagi si manja yang baru lahir adalah sia-sia dan boleh mengganggu penyusuan susu ibu dengan memberi kesan kepada bekalan susu badan.
Namun selepas bayi berusia 3 bulan ke atas, ibu sudah boleh memulakan jadual tidur bayi pada waktu siang. Berikut adalah pecahan asas tempoh waktu tidur siang mengikut usia si manja:
3-bulan
3 – 4 sesi tidur siang sehari
30 minit hingga 2 jam setiap sesi
4-bulan
2 – 3 sesi tidur siang sehari
1 – 2 jam setiap sesi
5-bulan
2 – 3 sesi tidur siang sehari
1 – 2 jam setiap sesi
6-bulan
2 – 3 sesi tidur siang sehari
1 – 2 jam setiap sesi
7 hingga 12-bulan
2 sesi tidur siang sehari 1 pada waktu pagi dan 1 pada waktu tengah hari
1 – 2 jam setiap sesi
Jadual asas ini hanyalah sekadar panduan. Ini kerana, tidak ada ketetapan mengenai jumlah tidur siang yang wajib untuk si kecil. Paling penting, anak mendapat tidur yang mencukupi setiap hari.
Di samping itu, tidur di siang hari yang terlalu lama pada lewat petang boleh mengganggu waktu tidur malam si manja.
Ibu juga perlu memastikan anak mempunyai tempoh berjaga yang bersesuaian mengikut usia antara setiap sesi tidur siang:
0-1 bulan: 45 minit antara sesi tidur siang
1-2 bulan: 45-60 minit antara sesi tidur siang
2-4 bulan: 1.5-3 jam antara sesi tidur siang
5-8 bulan: 2.5-3 jam antara sesi tidur siang
9-12 bulan:: 2.5-4 jam antara sesi tidur siang
Apa patut dilakukan jika bayi tidak mahu tidur?
Apabila bayi menangis dan meregek ketika anda ingin menidurkan mereka, pastinya akan menyebabkan ibu berasa susah hati, bukan?
Punca bayi meragam ketika sesi tidur siang adalah sama ketika mereka dibawa untuk tidur malam.
Bayi bayi baru lahir, mungkin mereka tidak biasa baring secara menelentang sekali gus mendatangkan kesukaran waktu tidur siang. Jadi anda boleh cuba membedung atau menggunakan buaian tidur.
Untuk bayi yang lebih berusia, mereka mungkin sukar tidur kerana bunyi bising dan gangguan waktu tengah hari. Jadi pastikan keadaan bilik sunyi dan malapkan lampu.
Kesukaran untuk tidur boleh terjadi apabila anak mengalami ketidakselesaan ketika tumbuh gigi. Jika mainan teething tidak membantu, tanya kepada pakar pilihan lain untuk dicuba.
Terdapat kemungkinan juga bayi sukar tidur kerana seronok bermain. Rutin tidur siang adalah sama seperti tidur malam – perlukan alunan lagu, penyusuan dan pelukan.
Kredit: Hello
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Bayi kerap Tersedu? 5 Cara Mama Papa Boleh Cuba Untuk Elakkan Bayi Tersedu

Kenapa bayi kerap tersedu? Adakah ia boleh menyebabkan kemudaratan sekiranya bayi sedu secara berlarutan?
Tersedu ialah antara perbuatan yang sangat biasa bagi bayi. Sedu adalah gangguan yang tidak berbahaya bagi sistem pencernaan yang boleh berlaku pada semua peringkat umur termasuk bayi di dalam rahim. Sedu sebenarnya adalah kontraksi yang kuat atau kekejangan diafragma (otot yang naik dan turun apabila anda menarik nafas panjang). Walaupun tidak menyakitkan, ia boleh mengganggu dan mengejutkan bayi.
5 CARA MEREDAKAN SEDU PADA BAYI
Bayi adakalanya sedu dalam tempoh yang lama, anda tentu tidak senang melihatnya.Keadaan apa yang seolah-olah mencetuskan sedu pada bayi? Adakah ia berlaku semasa atau tidak lama selepas menyusu? Sedu sering dikaitkan dengan penyusuan kerana otot diafragma terletak rapat dengan perut. Jika anda melihat hubungan antara pemakanan dan sedu, cuba strategi pencegahan ini;
1-Susukan bayi dua kali lebih kerap. Penyusuan yang terlalu terlalu kenyang adalah penyebab biasa sedu pada bayi. Sekiranya perutnya terlalu cepat atau menjadi terlalu penuh, ini boleh mencetuskan kekejangan pada otot diafragma. Apabila menyusu, cuba lambatkan penyusuan dan hentikan dan bawa bayi anda apabila anda beralih dari satu payudara ke yang lain.
2-Jika bayi menyusu formula, hentikan sebentar penyusuan dan sendawakan sebelum memulakan semula penyusuan beberapa minit kemudian.
3-Kurangkan udara yang ditelan bayi. Selain menyusu terlalu banyak susu dalam kadar masa yang cepat, bayi kecil biasanya menelan terlalu banyak udara semasa penyusuan, yang akan membuatkan perut mengembang dan menyebabkan kontraksi otot diafragma di mana mencetuskan sedu.
4-Semak teknik latch-on semasa menyusu. Pastikan bibir bayi anda terbuka lebar dan membentuk mecakupi di sekitar aerola anda, bukan hanya puting. Dengarkan bayi minum. Tegukannya akan berbunyi jelas sekiranya udara ditelan semasa menyusu dengan cepat. Jika menyusu daripada botol , condongkan botol ke sudut 45 darjah supaya udara beralih ke bahagian bawah botol.
5-Pastikan dia duduk selama sekurang-kurangnya dua puluh minit selepas menyusu untuk membolehkan udara naik ke perut atas dan seterusnya sendawa.
SEDU BERPUNCA DARIPADA REFLUKS?
Sedu yang berterusan juga boleh memberi isyarat bahawa bayi kecil anda mengalami Refluks Gastroesophageal (GER). Tanda-tanda lain bahawa bayi anda boleh mengalami refluks adalah kebiasaan malam yang menyakitkan, kembung perut (kolik), sakit perut selepas memberi makan dan meludah. Sekiranya anda mengesyaki refluks, bawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor. Sedu bayi anda akan berkurang dalam kekerapan apabila sistem pencernaannya matang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI