Anak perempuan pasangan pelakon sama cantik sama padan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau panggilan manjanya Hayla sering menarik perhatian netizen yang mengikut Instagram bapanya.
Baru-baru ini Aeril ada memuat naik gambar Hayla memakai baju salah satu watak animasi terkenal Disney Production iaitu Snow White.
Sebagai ayah yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya, Aeril seboleh mungkin ingin menggembirakan anak-anaknya.
Bila si comel Hayla yang sangat meminati karektor Snow White turut meminta apa yang dimiliki oleh puteri tersebut termasuk pakaian dan arnab maka Aeril menulis kapsyen lucu yang berharap anaknya hanya minta arnab sahaja.
Sama tak?? Oleh kerana cerita snow white.snow white hidup dengan rabbit.Dia pun nak jgak ada rabbit…
Mintak rabbit je ya nak…
Netizen rasa terhibur melihat gambar comel Hayla dan kapsyen ditulis Aeril. Disamping itu ramai juga menulis komen yang Aeril bernasib baik kerana Hayla tak minta watak rusa, tupai, orang kerdil, tempat tinggal Snow White dan putera raja.
Kalau tak habislah pelakon drama Cinta Fatamorgana ni nak cari untuk anak perempuan kesayangannya.
IKLAN
IKLAN
Video ‘Snow White’ Nak Naik Kuda Pun Lucu
Memang sayang betul Aeril pada anak perempuannya, sampai sanggup lah naik kuda sekali dengan Hayla kerana si kecil mungkin berangan juga nak naik kuda macam kartun Snow White tu.
Selain ramai netizen puji kecomelan Hayla ada juga yang perasan betapa sayangnya Aeril pada Hayla.
Nampaknya Aeril memang percaya bila bonding antara ayah dan anak perempuan rapat dan kuat ia akan memberi kesan positif pada perkembangan dan tumbesaran Hayla.
Sebab itulah walau sibuk macam mana pun pelakon kacak ini tetap meluangkan masa bersama si kecil termasuk sesekali keluar ber dating berdua sahaja tanpa membawa anak lelaki dan isterinya.
“Asyik abang dan kakak je mengalah dengan adik”, setiap keluarga pasti mengalami situasi ini. Yang menjadi mangsa pening kepala pastinya mama. Mama lah orang yang akan leraikan pergaduhan tersebut.
Namun bukan senang untuk tenangkan anak-anak. Bila minta si abang yang mengalah pasti abang rasa tidak adil. Bila diminta adik mengalah, si adik pula yang menangis tak henti-henti.
Anak sulung saya lelaki (6 tahun) adiknya pula 1tahun 6bulan. Saya tahu dia memang sayangkan adiknya. Tapi, ada masanya dia marah-marah dan akan menangis sebab dia terpaksa beralah dengan adik. Contohnya dia isi air dalam botol minuman untuk dia minum. Tapi, bila adiknya nampak adiknya nakkan juga botol minuman tu.
Saya serba salah. Sebab bila saya minta adik pulangkan botol pada abang, si adik enggan dan akan menjerit. Akhirnya saya terpaksa minta abang beralah. Saya katakan, dia seorang abang yang baik dan sayang pada adik. Kemudian dia akan menangis dan saya biarkan sampai dia reda. Then, barulah saya peluk dan pujuk.
Betul ke cara saya ni Ibu?. Kalau dulu, saya suka marah-marah, tapi sekarang saya tak nak marah-marah lagi.
JAWAPAN:
Ini satu peningkatan bagi puan. Dalam masa yang sama, Ibu ingin puan naik ke satu tingkat lagi. Puan perlu kuat hati untuk memberi peluang abang untuk menang sekali-sekala.
Dan mengajar anak yang kedua itu juga mengalah serta tidak mengambil barang abangnya sewenang-wenang. Walaupun masih kecil, kita boleh mendidik dengan sabar ya.
Kita tidak mahu abang itu akan timbul kepercayaan diri yang dia sentiasa perlu mengalah kerana dia sulung. Dan yang paling penting, kita tidak mahu adik itu mendapat kepercayaan bahawa dia boleh ambik semua barang abang dia dan abang perlu mengalah.
Ini pada jangka masa panjang akan menyebabkan anak kedua itu selalu membuli si abang. Fenomena ini biasa kita lihat bukan? Abang sulung selalu mengalah bila ada perebutan harta pusaka. Ibu melihat sendiri terjadi pada arwah ayah ibu.
Lagi satu bila si abang sudah besar, dia tiada the ability to negotiate and win. Susahlah karier atau bisnesnya.
Biasa masalah sukar hamil kita dengar masalah dari wanita sahaja. Namun sejak kebelakangan ini masalah ini juga banyak dari lelaki. Bila isteri buat pemeriksaan semua normal.
Bila suami pula yang buat pemeriksaan dengan doktor keputusan sperma kurang aktif, sperma sikit, sperma tak sempurna dan paling teruk sperma kosong. Jika masalah sperma kosong nak buat IUI dan IVF pun tak boleh sukar nak berjaya. Itu pun kena jalankan operation.
Masalah dari lelaki ada juga ubatan yang doktor bekalkan. Ini antara pandangan dari Ustaz Mujahin Al-Banjari buat pasangan suami isteri. Tak salah ikhtiar selagi Allah nak bagi rezeki.
Jadi nasihat saya jika wanita sudah buat pemeriksaan dengan doktor sarankan juga suami dapatkan rawatan juga.
Banyak yang lepas pandang dalam hal ini. Kebanyakan bila lambat dapat zuriat hanya wanita dapatkan rawatan, lelaki kurang dapatkan rawatan.
Banyak juga kes begini bila saya rawat, si suami ada masalah gangguan. Bila di ruqyah ternyata sakit di bahagian tertentu bila di pegang. Ramai yang tak perasan. Bila dah di rawat ada gangguan baru la percaya diri ada gangguan. Ada seorang pesakit lelaki itu doktor sahkan beliau sperma kosong. Doktor kata tiada ubat lagi. Doktor sarankan ambil anak angkat sahaja. Tiada harapan untuk hamil bagi seorang yang mengalami sperma kosong.
Siapa yang tak sedih bila doktor cakap macam tu. Tak mampu bagi zuriat pada insan tersayang. Beliau datang buat rawatan dengan saya. Bila di ruqyah ternyata ada gangguan sihir. Bila di buang gangguan tersebut Izin Allah selang 3 bulan isteri beliau di sahkan hamil.
Masih saya ingat bila dapat tahu isteri beliau hamil terus dia call saya. Beliau kata Ustaz ….Ustaz….Saya tak mandul, isteri saya hamil, isteri saya hamil. Mendengar suara beliau yang gembira saya sendiri menangis kegembiraan. Beliau tidak menyangka isteri beliau boleh hamil….Semua atas izin Allah.
Kebiasaannya bagi lelaki yang mengalami masalah jika doktor sahkan ada masalah sperma jika ada gangguan pada diri tanda-tanda biasa adalah seperti di bawah:
👉Kerap sakit belakang tengkuk bahu dan belikat..
👉Kerap sakit kepala migrain..
👉Sukar tidur malam gelisah tanpa sebab..
👉Emosi kerap cepat sedih, cepat takut berdebar-debar, cepat stress dan marah.
👉Badan kerap banyak angin sedawa, nafas jadi pendek, kerap sakit dada kiri
👉Kerap terperanjat ketika tidur.
👉Kerap mimpi jatuh, mimpi ular, mimpi bersetubuh, mimpi orang kejar, mimpi binatang buas, mimpi tempat kotor, mimpi pasangan curang, mimpi rumah lama.
👉 Kerap nampak kelibat di dalam rumah
👉Berdebar resah masuk waktu asar, maghrib jadi mengantuk nak demam.
👉Siang kerap mengantuk.
👉Kurang ada nafsu bersama dengan isteri.
Apa yang saya cerita di atas adalah pengalaman yang kerap berlaku pada pesakit saya sendiri..Tak semesti juga masalah sperma di sebabkan gangguan. Ada juga dari faktor pemakanan kita yang tak stabil, merokok kuat, kurang rehat dan macam-macam lagi. Sebaiknya dapatkan rawatan doktor dan rawatan Islam sekali ya.
Moga semuanya yang belum dikurniakan cahaya mata agar di permudahkan Allah untuk mendapat cahaya mata pertama dalam masa terdekat ini. InshaAllah.
Aamiin3x Ya Rabbal Allamiin…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan ‘patah riuk’ jadinya.
Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahuakbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.
FADILAT AMALAN HADIAHKAN AL-FATIHAH
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.
Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.
Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.
Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibu bapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yang berterusan hingga ke jannah.
Kongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT.
RAHSIA AL-FATIHAH
1. Al fatihah – Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah – Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah – Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah – Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah – Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah – Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah – Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah – Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!