Biarpun sudah lama berkawin, tidak bermakna kita sudah meluangkan masa bertahun-tahun dengan pasangan. Maksudnya? Sering kali kita menjadikan anak sebagai alasan, tidak boleh keluar berdua tanpa mereka. Kasihan kerana terpaksa tinggalkan anak-anak dan kita pula keluar berjalan dengan pasangan. Sebenarnya itulah terapi yang diperlukan seorang suami dan isteri. Carilah masa dan rancanglah aktiviti yang dapat menyemarakkan perasaan sayang terhadap satu sama lain.
Melalui penulisannya di laman Facebook peribadi, Mohd Fhais menyatakan apabila sepasang suami isteri itu sudah ada anak, lebih kerap perlu keluar berdua. Kasihankan diri sendiri kerana tidak berpeluang untuk berdua-duaan lagi sejak mempunyai anak-anak.
Ikuti penulisan Fhais:
Ada anak bukan alasan tak boleh dating.
Malah bila ada anak lagi kena kerap keluar dating. Usah kesian kena tinggal anak tapi kesian pada diri sendiri sebab tak dapat enjoy masa berkualiti dengan pasangan sendiri.
Seminggu 5 hari bekerja. Waktu siang tak ada peluang langsung nak berjumpa. Malam pula sibuk melayan anak. Kadang tu baru nak borak anak datang kacau daun. Potong mood betul!
Hari minggu lagi la tak ada peluang nak berdua-duaan. Dah bersusun jadual tugas yang nak selesaikan. Belum masuk lagi janji dengan anak nak bawa dia jalan-jalan.
Sampai kita terlupa keperluan isteri kita kerana,
1 – Isteri perlukan cuti
Jadi pengurus rumah ni penat, stress dan penuh drama. Dapat keluar dating 2 jam macam dapat massage full body 2 kali tau. Sambil cuti sambil segarkan diri.
Tak perlu pun beli barang mewah, dapat sedut udara segar pun jadi untuk segar diri. Udara dalam shopping mall dengan udara dalam rumah jauh berbeza macam pipit dengan helang tau.
Baca Artikel Ini: [Keluar darah Berpanjangan Selepas Bersalin, Nifas Atau Haid?]
2 – Refresh Soul Tank
Nampak kerja orang rumah ni macam senang. Lipat baju, basuh pinggan, urus anak, masak nasi. Tapi dia punya penat mengalahkan orang kerja kontrak yang berjemur bawah matahari.
Walaupun nampak kerja rumah remeh tapi kerja tu sentiasa berjalan dan tak berkesudahan. Soul tank ( jiwa ) isteri kita sedikit demi sedikit kering. Fizikal kuat macam mana pun kalau jiwa kosong, senang-senang je boleh tumbang.
Jangan pelik kalau masa dating isteri asyik terlelap. Tu tanda jiwa dia kepenatan.
3 – Refill Emotional Tank
Bukan dompet je kena penuh, tangki emosi pun kena penuhkan juga. Kalau tangki emosi kering kontang alamatnya di rumah memang selalu jadi hulk la. Sedikit isu pun boleh jadi isu besar.
Kerap Marahkan Anak, Cuba Baca Ini: [Waktu Anak Tidur, Tatap Muka Anak. Kenang Waktu Kita Marahkan Mereka]
Keluar dating bukan suruh jadi mat jiwang nak kena bagi bunga romantik bagai. Cukup dapat teman dan beri perhatian sepenuhnya pada apa yang isteri nak luahkan pun dah cukup bersyukur.
4 – Review gameplan
Masa berdua-duaan ini sesuai sangat review gameplan keluarga. Mendidik anak ni sebenarnya satu peperangan. Kalau tak ada gameplan lambat laun mak ayah akan kalah dengan emosi, kalah dengan ekonomi dan kalah dengan anak sendiri.
Nak jadi mak ayah yang menang? Selain kena selalu upgrade ilmu, upgrade strategi dan tak selalu main hentam seromoh, kena juga selalu berbincang suami isteri.
5 – Nafkah Batin
Isteri kita bukan kahwin untuk jadi babysitter, tukang masak atau pembantu rumah sepenuh masa. Sebaliknya mereka kahwin dengan kita kerana mereka mahu di fahami, di hargai dan di sayangi oleh kita.
Jadi para suami, jangan tunggu isteri pelawa baru nak keluar dating sebaliknya anda la yang kena pelawa isteri keluar. Kalau isteri tak nak, paksa juga sebab ini tanggungjawab, nafkah batin hukumnya wajib.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais,
Mula kahwin berdua, akhir pun berdua. Anak-anak hanya sementara, jangan jadikan anak sebagai sempadan antara hubungan suami isteri.
Baik suami mahupun isteri, kedua-duanya memerlukan rehat dan terapi untuk diri sendiri. Bukan sahaja dapat berehat sebentar dari kehidupan berkeluarga, bahkan perasaan cinta semakin mengharum apabila anda memutuskan untuk bersama pasangan untuk melakukan aktiviti kegemaran. Inilah definisi ‚me time‘ yang sebenar buat pasangan yang telah lama berumah tangga.
Sumber: Mohd Fhais