Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah sememangnya Pakar Motivasi dan Keibubapaan yang terkenal dengan pelbagai perkongsian tip dan nasihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak.

Satu perkongsian menarik daripada beliau telah dikongsikan oleh Dr Erna Nadia di dalam laman facebooknya mengenai nasihat Dr Fadzilah tentang amalan yang patut dilakukan oleh ibu bapa ketika mendidik anak-anak.

1. Merotan dibolehkan untuk kanak-kanak berumur 7-11 tahun dengan tujuan untuk mengajar.

2. Jangan rotan anak-anak yang berumur 14 tahun ke atas kerana mereka akan memberontak atau rebel. Jadikan mereka seperti kawan kita.

IKLAN

3. Kanak-kanak perempuan berusia 11-13 tahun berada dalam fasa yang paling miang/gatal/gedik sepanjang usia mereka.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah Kongsi Amalan Peluk, Baca Bismillah, Al-Fatihah, Alam Nashrah Dan Hembus Ubun-Ubun Anak Lelaki Nakal & Ligat!

Jadi ibu bapa perlu beri lebih perhatian jika anak perempuan mereka di usia ini supaya tak hanyut teruk. Di fasa ini mereka sudah berkeinginan untuk tengok porn dan mencuba aksi-aksi daring/ nakal/ lucah.

4. Peluk anak-anak lelaki nakal/garang berusia 16 tahun ke atas. Jangan jerit dan balas setiap kata-kata kasar mereka. Peluk dan baca Bismillah, surah Al-Fatihah, surah Alam Nashrah dan hembus ke ubun-ubun mereka.

5. Setiap kali balik dari mana-mana nak masuk rumah, bacalah surah Al-Fatihah & surah Al Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah. InshaAllah rumah kita dipenuhi kebahagiaan.

6. Ibu bapa adalah cermin anak-anak. Ibu bapa yang kasar akan melahirkan anak-anak yang kasar. Jaga bahasa kerana mereka serap setiap bait kata dan tindak tanduk ibu bapa.

IKLAN

7. Kalau nak anak-anak baik, ibu bapa perlu jadi baik dahulu. Ajar anak-anak untuk tidak tinggal solat, mengaji setiap hari dan pastikan ada masa berkualiti bersama anak-anak.

8. Kawal kelakuan dan aktiviti anak-anak. Boleh pakai gadget tapi perlu kawal.
Jangan ibu bapa pulak yang asyik dengan gadget.

IKLAN

So, kita ubah diri kita dahulu sebelum kita bebel anak-anak kita nakal.

Jom lahirkan keluarga yang berjaya dunia & akhirat.

Sumber: Erna Nadia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI