Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Cara Berkesan Dodoi Anak, Boleh Jadi Panduan Untuk Ibu Bapa Lain

Share

Dato’ Fazley Yaakob mengalunkan zikir untuk mendodoikan Ellie Alaynaselma, anak keempat dan satu-satunya anak perempuannya. Si kecil yang comel ni baru sahaja tumbuh lima batang gigi. Semua orang nak digigitnya. 

Video yang telah dimuatnaik oleh Fazley Yaakob di instagramnya mendapat tontonan sebanyak 90 ribu pengikutnya. Fazley Yaakob sedang mendodoikan anak perempuannya dengan zikir yang selalu arwah bapanya bacakan setiap kali ingin mendodoikan mereka adik-beradik suatu ketika dahulu.

Fazley yaakob juga sempat menunjukkan bekas gigitan Ellie di lengan kanannya semasa dia mendodoikan anaknya itu.

Fazley Yaakob sempat bertanya netizen bagaimana pula cara mereka mendodoikan anak-anak mereka. Mungkin boleh dikongsi bersama yang lain. Rata-rata memberitahu cara bagaimana mereka mendodoikan anak mereka. Ada juga netizen yang memuji cara Fazley Yaakob lakukan kepada anaknya.

Suka tengok cara Dato’ didik anak-anak

Sejuk tengok Dato’ baca zikir untuk tidurkan anak

Netizen kongsi cara dodoikan anak

Antara yang berkongsi surah yang diamalkan

Sumber: Instagram Dato’ Fazley Yaakob

Published by
NuFa