Cuti hujung tahun ini banyak masa dihabiskan untuk bercuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang turut membawa dua anaknya untuk bercuti ke luar negara.
Apa yang menariknya, penyanyi kesayangan ramai ini memilih percutian mewah dengan menaiki cruise ke Dubai dan Khasab.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi momen indah ketika pelayaran hebat itu.
“Alhamdulillah, dapat bawa keluarga menaiki Genting Cruise daripada Dubai~ Khasab ~ Muscat.
“Di Khasab kami dibawa menaiki bot untuk melihat dolphin, berenang & melihat perkampungan kecil di sekitar laut Musandam Peninsular,” kongsi Tok Ti menerusi perkongsian video di Instagramnya.
Apa yang menarik kata Tok Ti lagi, anak keduanya Afwa paling tidak takut untuk mandi laut.
“Afwa memang tak takut ye, nak terjun je mandi laut. Anak ayah la katakan,” kongsinya.
Melalui perkongsian video itu banyak momen indah yang dikongsikan Dato Siti bersama anak-anak dirakamkan sebagai kenangan.