Dikala usianya 45 tahun kini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak lagi fokus untuk menambah bilangan anak.
Malah kata Siti menerusi satu perkongsian video di Tik Tok, untuk hamil lagi bukan menjadi pilihannya kini memandangkan dia sudah punya dua cahaya mata.
“Sekarang ni saya lebih fokus jaga kesihatan, kalau diikutlah boleh lagi nak hamil kalau kuat.
“Cuma bila dah 45 tahun ni risiko lagi tinggilah,” kongsinya.
Bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia pernah berdepan dengan dua masalah kesihatan ketika mengandungkan Aafiyah dan Afwa.
Ads
“Sebab masa Aafiyah dulu saya bleeding teruk, saya ada masalah uri melekat.
“So masa mengandungkan Afwa pula alhamdulillah tapi selepas bersalin saya ada problem sebab saya ada tail bone problem yang sakit sangat.
“Maknanya bila ada dua anak ni, dia punya sakit lain-lain. Ibu ni kan bila anak dah besar dia lupa sakit sebab tu, nak bertambah-tambah tu cumanya faktor usialah.
“Sekarang ni saya fokus untuk jaga kesihatan diri saja,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, perkongsian hidup Siti dan Datuk K dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak. Ini kerana banyak masalah gigi kanak-kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan.
Namun bukan mudah untuk anak menjaganya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!
Perkembangan gigi kanak-kanak
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, marilah kita semua belajar mengenai perkembangan gigi yang akan berlaku kepada si kecil terlebih dahulu.
Sebelum lahir
Semasa dalam kandungan lagi, janin sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan dan tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.
Enamel mula berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi sudah lahir pula, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.
Selepas lahir
Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi sekitar usia mereka enam bulan dan ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan yang selalunya akan keluar mengikut turutan tertentu; gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Apabila sudah mencapai usia dewasa pula nanti, individu yang normal akan mempunyai 32 batang gigi.
Namun ketahuilah bahawa proses semula jadi ini mungkin akan terganggu dan terjejas akibat masalah gigi kanak-kanak.
Apakah masalah tersebut? Sila teruskan pembacaan anda!
Buat anda yang bergelar ibu bapa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan gigi anak anda kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan yang negatif apabila mereka dewasa kelak.
Jadi, sila peka dan ambil tahu mengenai masalah-masalah gigi yang boleh terjadi kepada mereka seperti berikut:
#1. Kaviti
Kebanyakan kanak-kanak masih belum arif tentang cara untuk memberus dan memflos gigi dengan betul tanpa pengawasan ibu bapa mereka,
Tambahan lagi dengan diet yang tinggi gula, maka masalah kaviti adalah satu isu utama buat mereka.
Ia disebabkan oleh plak yang terlekat pada permukaan gigi lantas menyebabkan gigi mereka mereput.
Oleh itu, sila pantau anak anda setiap kali di bilik air untuk memberus dan memflos gigi dengan cara yang betul ya?
#2. Gigi yang sensitif
Masalah ini sangat menjengkelkan buat mereka terutamanya ketika mengambil makanan atau minuman yang sejuk dan manis seperti aiskrim.
Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti kaviti, gigi yang berlubang, akar gusi terdedah, tampalan gigi retak atau renggang dan berbagai-bagai lagi.
Jika mereka mengalaminya, segera bawa berjumpa doktor gigi untuk merawatnya.
#3. Masalah gigi kanak kanak – Gigi tidak rata
Kebanyakan kanak-kanak cenderung mempunyai gigi tidak rata yang seterusnya akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan gigi mereka kelak.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik serta saiz dan bentuk rahang yang tidak stabil.
Namun jangan risau kerana masalah ini boleh diselesaikan jika ibu bapa bertindak segera.
Jadi sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk mengenali dan membetulkan masalah gigi kanak-kanak ini.
#4. Tabiat menghisap ibu jari
Tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak untuk mengawal kegelisahan ini sebenarnya boleh jadi isu besar kerana ia boleh menyebabkan gigi tidak selari.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak selari di atas tadi ialah keadaan di mana gigi atas tidak selari dengan gigi bawah lantas mewujudkan ruang ketika mulut ditutup.
Kesannya akan membuat mereka sukar untuk mengunyah atau bercakap jika tabiat ini diteruskan sehingga mereka mencapai usia yang lebih tua kelak.
#5. Penyakit gusi
Selain gigi, gusi kanak-kanak juga perlu diperhatikan kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku, antaranya gingivitis.
Gingivitis adalah satu keadaan di mana gusi boleh membengkak dan berdarah dengan mudah ketika mereka memberus atau memflos gigi.
Ia juga boleh mengakibatkan kebengkakan dan kesakitan pada gusi dan gigi lantas membuat gigi mereka tumbuh dengan tidak betul kelak.
#6. Kecemasan dental
Kecemasan dental ini boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja ekoran lumrah sifat kanak-kanak yang serba lasak dan aktif.
Ketika bermain, beriadah atau bertelingkah dengan temannya boleh mengakibatkan gigi anak retak, patah atau tercabut tanpa sengaja.
Oleh itu, sentiasa berwaspada terutamanya ketika si kecil berada di luar rumah untuk beraktiviti bersama teman mereka.
Sebagai ibu bapa, kita semua perlu bertanggungjawab dalam memastikan masalah gigi kanak-kanak ini tidak terjadi. Jadi, sila sentiasa peka ya?
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin. Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal, rata-ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi sebelum tiba masa mengeluarkan bayi.
Selain wanita itu sendiri bersedia daripada segi mental, suaminya juga perlu mengetahui serba sedikit informasi tentang kontraksi yang bakal dialami oleh si isteri. Dengan yang demikian, dapatlah sang suami memainkan peranan membantu isteRi melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Sakit faraj
Bila memasuki fasa aktif proses kelahiran, serviks akan meregang secara semula jadi. Ketika ini, faraj akan mengalami tekanan kesan gesaan kepala bayi yang cuba melalui saluran peranakan.
Apabila kontraksi semakin kuat dan menjadi kerap, kesakitan semakin dapat dirasai. Dalam keadaan ini suami perlu tenangkan isteri dengan meminta dia mempraktikkan latihan pernafsan yang betul.
Tarik nafas dalam-dalam dengan keadaan mulut tertutup dan hembuskan nafas sambil menyebut fuh dalam hela yang panjang.
Sakit pinggang
Dalam kes tertentu, kedudukan bayi dalam posisi posterior boleh menyebabkan isteri mengalami sakit belakang yang teruk. Sakit itu boleh dirasai sejak daripada awal. Di peringkat awal, kesakitan masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya sukar dikawal.
Lenguh kaki
Bila pinggang sakit, secara tidak langsung kaki pun terasa lenguh. Lebih-lebih lagi jika kantung ketuban sudah pecah. Ketika ini, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu menstabilkan emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit yang dialami.
Sembelit
Disebabkan gesaan kepala bayi yang melalui saluran peranakan, secara tanpa sengaja ia turut memberi tekanan kepada usus. Lalu, membuatkan perut anda terasa memulas seolah-olah mahu membuang air besar.
Apabila rasa tidak selesa, mungkin ada yang kerap ke tandas. Pastikan isteri ada peneman kerana ia adalah salah satu tanda hampir bersalin.
Seram sejuk
Kontraksi bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan isteri menggigil dan berpeluh.
Tambahan pula, kesakitan itu tidak dapat dijangka tempohnya. Ada yang cepat bukaan rahimnya dan dapat segera mengeluarkan bayi. Ada juga yang terpaksa menahan sakit berjam-jam sebelum bayi dilahirkan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang bakal bersalin tak lama lagi, dah siap ke barang-barang untuk bawa ke hospital? Mungkin ada yang tak pasti apa lagi barang penting yang perlu di bawa. Bagi yang pertama kali bakal melahirkan pasti tertanya-tanya dah cukup atau belum persiapan yang di buat kan? Bukan sahaja mama baru, mama lama pun boleh lupa apa yang patut di bawa.
So, jom kita semak barangan yang perlu di bawa ke hospital. Ohh sebelum tu, jika mama rasa ada barang yang tak perlu boleh kurangkan dari list ini. Bawa mengikut keperluan masing-masing ya! Ini sebagai panduan sahaja.
1)HOSPITAL BAG-BABY🎒👼🏻
✅Labour Room
-Towel
-Pampers
-Baju Lengan Panjang (biasa)
✅Day-1
-Pampers
-Baju Lengan Panjang (lubang2)
-Bedung
✅Day-2
-Pampers
-Barut
-Baju Lengan Panjang (biasa)
-Stoking Tangan & Kaki
-Bedung
✅Day-3
-Pampers
-Barut
-Baju Lengan Panjang (lubang2)
-Stoking Tangan & Kaki
-Bedung
-“Labour Room” pack LMC letak 3 benda je sebab baby pun “fresh” baru keluar dari “oven”.. If nak pakai barut maybe pusat baby pun tak kering lagi kan.. Bila baby dah serah dekat mommy, time tuu barulah boleh siapkan baby shark doo doo apa yang patut.
✅Extra
-Extra Barut
-Extra Bedung
-Extra Stoking Kaki & Tangan
-Extra Towel
-Sapu Tangan
-1 Set Toiletries(Small Size)
Dalam bekas warna biru :
•Baby Shampoo
•Baby Bath
•Baby Lotion
•Baby Powder
-Baby Wipes
-Baby Oil
-Cotton Buds
-Jika ada mana-mana barang yang tak cukup boleh grab terus “Extra” pack. Kalau tak cukup baju grab “Extra-Baju” pack. Just Standby. Kita pun tak jangka berapa hari check in kat hospital tuu yee dokkk..biar lebih jangan tak cukup !!
-Hope dapat memudahkan mommy & senang nak suruh husband tolong ambilkan, tak ada lah nanti terkial-kial nak cari.
2)HOSPITAL BAG-MOMMY🎒🤰
1. Maternity Pad
2. Stoking Pantang
3. Pakaian + Kain Batik/Skirt
4. Disposable Panties/Seluar Dlm Pakai-Buang
5. Towel
6. Al-Quran
7. Telekung
8. Tudung Sarung/Shawl
9. Minyak Panas
10. 1 Set Toiletries (Small Size)
11. Sweater (if takot sejuk)
12. Nursing Bra
13. Selipar
3)MAKANAN🥛
1. Biskut/Roti
2. Milo/Horlick (2-3 sachet)
3. Mug/Pinggan Mangkok Kuali (sis gurau je jangan lah p bawak pulak kuali)
4. Termos
5. Air Zam Zam & Kurma
6. Air Selusuh
Cuba untuk makan selagi boleh makan untuk tambah tenaga.
**gambar tu sebagai contoh je. Nanti boleh p beli nah..LMC pun tak beli lagi. Mug pinggan sudu tu boleh amek kat dapur je.
4)DOKUMEN📘
WAJIB bawak ke mana-mana sahaja bila DUE dah DEKAT⏰:
Antara barang-barang basic yang perlu ada masa berpantang :
1. Set Bersalin
2. Bengkung Pantang
3. Tungku
4. Pakaian + Kain Batik
5. Maternity Pads
6. Pads Biasa
7. Stoking Pantang
8. Towel
9. 1 Set Toileteries (Large Size)
10. Selipar
11. Lactul Solution (utk sembelit)
-Untuk sembelit boleh jugak try
•Nonaroguy Phytonatal (NR)
•Wellmax Atomic Enema (Adult)
•Disposable Panties (ada juga brand lain macam Pureen , Watson dll)
Kredit: Noor Linda
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!