Datuk Ramli MS rancak bersembang dengan anak perempuannya, Nur Izzara, riuh dua beranak ni. Telatah Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara menarik perhatian warga maya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Datuk Ramli MS Rancak Bersembang Dengan Anak Perempuannya, Nur Izzara, Riuh Dua Beranak Ni
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadirnya Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah. Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangga mereka.
Melalui hantaran Datin Alyah dilaman Instagramnya, pelantun lagu Jutaan Purnama ini berkongsi momen bila mana suaminya Tok Ram rancak bersembang dengan Izzara.
Peramah dua beranak ni. Daddy dengan mummy 3 patah je sehari borak.- tulis Alyah.
Perkongsian Alyah ini telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang ‘terhibur’ dengan gelagat Tok Ram dan juga Izzara termasuk juga rakan selebriti.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Setiap perkongsian di media sosial yang dimuat naik oleh selebriti jelita ini sering mendapat perhatian ramai. Datin Atikah Suhaime menjadi inspirasi kepada kebanyakan ibu muda kerana selalu berkongsi perjalanannya selepas menimang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh.
Bukan hanya gemar bercerita tentang kehidupan sebagai seorang isteri atau ibu, tetapi ramai yang suka dengan personaliti ‘humble’ Atikah yang tidak pernah sombong biarpun mempunyai kehidupan yang mewah apabila mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Sepanjang tempoh kehamilannya, Atikah selalu berkongsi tentang dietnya dan ramai yang mengetahui dia sangat menjaga pemakanan kerana risau dengan keadaan dirinya yang berada di ‘border’ GDM.
Terpaksa menjalani kelahiran secara pembedahan kerana komplikasi tertentu, Atikah juga mengakui kepayahan dirinya untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Namun yang menariknya, anak kelahiran Singapura ini melalui dua jenis fasa berpantang untuk kembali pulih dan segar seperti sebelum hamil.
Bukan itu sahaja, Atikah turut mengikuti kelas senaman serta rajin hiking untuk membantu proses penurunan berat badannya. Tambah Atikah, dia bukan sahaja mahu kurus dan kembali langsing tetapi mahu sihat supaya boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.
Baru-baru ini Atikah memuat naik sebuah video di media sosial yang membuatkan ramai yang memuji hubungan dia dan suami. Di awal video, Datuk Lokman meminta Atikah untuk menutup mata dan memilih hidangan di restoran Jepun secara rawak.
“Yes, I’m okay with RM298.”
Ketika itu, Atikah telah memilih hidangan bernilai RM298 namun yang memeranjatkan adalah tindakan suaminya selepas itu.
“But, because you work hard, you dah kurus and being a good girl, I want to give you something not even here. Only I have it, special course RM888.”
Bagi menghargai usaha Atikah untuk menguruskan badan, suaminya memberi ganjaran hidangan yang lebih mewah. Biarpun pada awalnya Atikah ragu-ragu kerana harga hidangan yang mahal, namun suaminya tetap berkeras kerana mahu meraikan isteri tercinta.
Ternyata ramai yang terharu melihat kasih sayang antara Atikah dan suami yang saling menghargai antara satu sama lain. Menerusi ruangan komen, banyak yang mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka berdua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa jangan takut-takutkan anak dengan ‘hantu,’ kesannya anak jadi penakut, boleh tinggalkan parut psikologi. Kenapa masih ada ibu bapa yang masih menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan.
Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.
Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.
Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.
Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.
Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.
Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tenggelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.
Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.
Takut hantu adalah salah satu ketakutan yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Cerita-cerita seram atau pengalaman yang menakutkan boleh menyebabkan mereka merasa takut, terutama pada waktu malam. Berikut adalah beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk membantu anak-anak mengatasi ketakutan mereka terhadap hantu.
Elakkan menceritakan atau menonton cerita seram bersama anak-anak, terutama sebelum waktu tidur. Cerita-cerita ini boleh mencetuskan imaginasi mereka dan menyebabkan mereka merasa takut. Sebaliknya, pilih cerita yang positif dan menghiburkan.
Berbincang dengan anak-anak tentang hantu dengan cara yang sesuai dengan umur mereka. Jelaskan bahawa hantu hanyalah khayalan dan tidak wujud dalam dunia nyata. Memberikan penjelasan yang logik boleh membantu mereka memahami dan mengurangkan ketakutan.
Pastikan persekitaran rumah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk anak-anak. Biarkan mereka tidur dengan lampu malam jika perlu, dan pastikan mereka tahu bahawa anda sentiasa ada untuk melindungi mereka. Rasa selamat adalah penting untuk mengatasi ketakutan.
Mainan atau objek kesayangan boleh memberikan rasa selamat kepada anak-anak. Biarkan mereka tidur bersama patung kesayangan atau selimut yang mereka suka. Ini boleh membantu mereka merasa lebih tenang dan kurang takut.
Ajarkan anak-anak teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau meditasi ringkas. Teknik-teknik ini boleh membantu mereka menenangkan diri apabila mereka merasa takut. Latih mereka untuk mengambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan apabila mereka merasa cemas.
Dengarkan dan berbincang dengan anak-anak tentang ketakutan mereka. Jangan memandang ringan perasaan mereka. Bantu mereka mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka takut dan bincangkan cara-cara untuk mengatasinya. Sokongan emosi dari ibu bapa sangat penting.
Jika anak anda takut gelap, gunakan lampu malam di bilik mereka. Cahaya yang lembut boleh membantu mengurangkan rasa takut dan memberikan rasa selamat. Pastikan lampu malam tidak terlalu terang sehingga mengganggu tidur mereka.
Cipta rutin tidur yang menenangkan dan konsisten. Aktiviti seperti membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan, atau bercakap tentang hari mereka boleh membantu anak-anak merasa lebih relaks dan selesa sebelum tidur.
Jangan gunakan ketakutan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak-anak. Menggunakan hantu atau cerita seram untuk mengawal tingkah laku mereka hanya akan memperburuk ketakutan mereka. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang positif dan membina.
Jika ketakutan anak anda terhadap hantu terlalu melampau dan menjejaskan kehidupan harian mereka, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu anak anda mengatasi ketakutan mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi ketakutan terhadap hantu. Sokongan, pemahaman, dan dorongan yang konsisten adalah kunci utama dalam membantu anak-anak merasa lebih berani dan yakin.
Kehidupan bergelar seorang ibu ternyata banyak merubah diri pelakon dan pengacara paling ceria, Ain Edruce secara totalnya.
Lebih-lebih lagi kini cahaya mata sulungnya, Soraya sudah semakin membesar dan sudah pun ke sekolah. Keletah cilik Soraya yang kini berusia tiga tahun itu semakin memperlihatkan daya kelasakkannya.
Berkongsi cerita mengenai perjalanannya menjadi seorang ibu, Ain yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome meluahkan rasa bahagia dan nikmatnya kehidupan bergelar ibu.
Walaupun pernah hilang dan tenggelam dalam diri sendiri kerana terlalu asyik memberi focus kepada buah hatinya di awal kelahiran Soraya, Ain kini bagaimana pun makin bijak memperuntukkan waktu buat dirinya sendiri.
“Perubahan tu lebih kepada waktu untuk kepada diri sendiri. Bila dah ada Soraya agak kelam kabut sikit sebab tak biasa dengan kehidupan baru.
“Masa mula-mula dulu Ain pernah rasa stress sebab tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Almost rasa macam hilang diri sendiri, sebab lebih kepada nak jadi ibu.
“Tapi nasib baik ada suami yang sangat supportive. Tiap kali dia nampak Ain penat sangat, dia minta Ain berehat, pergi jogging dan sebagainya macam Ain pernah buat dulu.
“Cara Ain lepas adanya Soraya kalau nampak dia tidur, Ain cepat-cepat cari waktu untuk diri sendiri,” kata Ain berkongsi sisi keibuannya.
Ceria bertambah bila ada Soraya
Namun perubahan paling nyata kata Ain, jika dulu hanya dia menceriakan suasana di rumah tapi kini watak utama itu sudah pun terisi dan diambil oleh Soraya yang rupanya sama keletah gila-gila seperti ibunya.
Tidak hairanlah Soraya kini bukan hanya menjadi penyeri buatnya dan suami bahkan penceria suasana ketika berada di rumah.
“Sejak ada Soraya rumah Ain tak pernah senyap. Sebelum ini Ain lah yang akan jadi badut dalam rumah tapi sejak ada Soraya dia ambil alih tugasan itu. Rumah Ain memang sangat ceria,” tambahnya.
Berkongsi karektor Soraya yang kini semakin membesar, akui Ain, Soraya boleh dikatakan meniru
“Soraya macam perangai Ain sikit. Tapi dulu sebelum sekolah dia seorang yang sangat pemalu tapi bila sudah sekolah ini dia berubah dan boleh nampak perbezaan dekat dia sebab sudah pandai bersosial dengan kawan-kawan.
“Macam mana orang tengok Ain, macam itulah juga perangai Soraya. Sebiji photostat, tak ada yang kurang,” tambahnya lagi.
Pengalaman buat Ain berjaga-jaga
Peristiwa Soraya yang terkena serangan sawan benar-benar meninggalkan kesan mendalam pada selebriti ceria ini sehingga dia kini sentiasa berjaga-jaga lebih-lebih lagi bila Soraya demam.
“Ain sebenarnya sedih sangat waktu itu sebab tengah kerja. Lagi pula pagi sebelum Soraya terkena sawan Ain sebenarnya ada cakap pasal sawan ini dengan suami. Instinct seorang ibu.
“Sehingga kini pun Ain dan suami sentiasa berjaga-jaga kalau Soraya demam. Pengalaman ini mengajar Ain dan suami,” luahnya lagi.