Hari ini paling bermakna bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh ahli keluarganya setelah dibebaskan dari penjara.

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

Pembebasan Ketua de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehari sebelum menyambut puasa menjadikan Ramadan tahun ini paling bermakna buat keluarganya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bebas! Hadiah Ramadan Paling Bermakna Buat Mereka Sekeluarga
Kredit foto: Sinar Harian

Anwar mendapat pengampunan dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung, Sultan Muhammad V untuk dibebaskan lebih awal daripada tarikh pembebasan sepatutnya pada 8 Jun depan.

Pembebasan Anwar yang berlaku pada jam 11.57 pagi tadi di hadapan Hospital Rehabilitasi Cheras dinantikan oleh ratusan media tempatan dan asing serta penyokongnya.

Nurul Izzah berkongsi detik gembira tersebut di laman Instagramnya sejurus selepas pembebasan ayah tersayang.

IKLAN

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini turut meluahkan rasa bersyukur dan tersentuh hatinya kerana sepanjang ayahnya dijaga di Pusat Rehabilitasi Cheras, mereka berpeluang berjumpa ramai insan yang berjiwa besar dan sama-sama memberikan sokongan kepada mereka sekeluarga.

Anwar sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara pada April 1999 dan dibebaskan pada tahun 2004. Kemudian dia dimasukkan semula ke penjara selama lima tahun bermula 2015 dan dibebaskan hari ini.

 

Nurul Izzah Luah Rasa Bahagia

IKLAN

Sebagai anak perempuan sulung yang menyaksikan perjalanan hidup papa tersayang, Nurul Izzah yang memang rapat dengan papanya meluahkan rasa bahagian dan gembira dengan pembebasan ayah tercinta.

Ternyata Allah SWT telah memakbulkan doa mereka selama ini. Segala perjuangan, penat lelah dan suka duka yang dilalui rasa terbayar dengan hadiah paling bermakna menjelang Ramadan tahun ini.

Beberapa jam sebelum papanya dibebaskan, Nurul Izzah berkongsikan gambar Anwar memeluk dan mencium kepalanya di Instagramnya.

Bayangkan kerinduan yang menggunung tinggi dalam diri seorang anak yang sekian lama merindui pelukan dan dakapan dari seorang ayah.

IKLAN

Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah membenarkan kepulangan ini. Cara paling terbaik menyambut Ramadan. Pengampunan berdasarkan satu kesilapan dalam keadilan. Satu perpisahan dipertemukan dengan satu pelukan akhirnya. Menjalani hidup berdasarkan keyakinan berprinsip. Saya sayang papa. Kita ada banyak perkara hendak dilakukan. Lebih banyak ketidakadilan akan diperangi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bebas! Hadiah Ramadan Paling Bermakna Buat Mereka Sekeluarga

Anwar pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1993 hingga 1998 dan Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998.

Sumber: Instagram Nurul Izzah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI