
Impian pelakon, Izara Aishah, 27, untuk menimang cahaya mata pertama pada 2020 bakal menjadi kenyataan apabila dirinya kini hamil enam bulan.
Katanya, cuma sekarang dia bersedia untuk berkongsi berita gembira itu kerana pada fasa awal kehamilan, segala-gala boleh berlaku.
Allah Makbul Doa
“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.
“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya.

Tiada alahan
Ditanya mengenai pengalaman mengandungkan anak sulung, Pelakon Wanita Filem Terbaik, Anugerah Telenovela 2018 itu berkata, semuanya dalam keadaan baik.
“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.
“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” kata isteri kepada Adib Khalid ini.

Berehat seketika dari lakonan
Menyentuh kerjaya lakonannya, selepas selesai penggambaran siri Ombak Rindu, Izara memilih untuk berehat seketika.
Lebih-lebih lagi, Adib sendiri tidak mahu dirinya terikat dengan mana-mana projek lakonan buat sementara waktu.

“Walaupun kerinduan untuk berlakon sering menerjah, saya mahu memanfaatkan waktu yang ada ini untuk bersama suami. Ketika ini, bolehlah saya melayan suami sepenuhnya, termasuk memasak makanan yang dipinta olehnya.
“Apabila banyak masa dihabiskan di rumah, kasih sayangnya terhadap saya nampak bertambah,” katanya yang berkahwin dengan anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, itu pada 17 November 2017.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum Rezeki Nak Timang Anak Kembar. Kantung Kemek & Pecah. Nadia Syahera Kongsi Pengalaman Alami Keguguran

Sudah pasti setiap berita kehamilan akan membuatkan setiap pasangan gembira menerima perkhabaran tersebut. Namun jika sudah tertulis bukan rezeki seperti yang dialami oleh pelakon Nadya Syahera yang baru sahaja mengalami keguguran untuk kehamilan kembarnya
Apatah lagi keguguran kali ini melibatkan kehamilan kembar yang usianya hampir mencecah tujuh minggu. Meskipun pahit untuk ditelan, namun Nadya memilih untuk berkongsi pengalaman dirinya mengalami keguguran di Instagram miliknya.
Menurut Nadya, dia mula berasa risau selepas membuat pemeriksaan di sebuah poliklinik sebaik sahaja doktor memberitahu kantungnya tidak kelihatan normal.
Oleh kerana terdapat pendarahan, Nadya mengambil keputusan untuk membuat temujanji berjumpa pakar dan setelah mendapat penjelasan selanjutnya, Nadya mengambil keputusan untuk membuat D&C.

“Serba sedikit cerita tentang pengalaman i keguguran.
“Start dari hujung bulan lepas i dah start rasa or syak macam i ni pregnant sbb period i tak muncul2 dah sebulan lebih.
“So,3/6/2020 haritu, i nekad beli pregnancy test, tak bgtau fizul pun beli, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line!
“Okay, memandangkan i jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, after 2hari , i terus pegi poliklinik dekat rumah i, pegi scan sorang2 i je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6minggu tapi ikut scan baru 4minggu lebih.
“Lepastu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan jantung lagi, maybe still kecil doktor cakap. Tapiiiii kantung ni tak bulat, dia macam kemek and ada bleeding plak kat luar dia. tapi i takde rasa sakit or turun darah pun.
“i blurrrr jap.
I tanya lah doctor, kenapa? then doc terangkan yg kalau kantung normal dia akan bulat, pastu yg bleeding tepi tu dia jdi kembar tapi yg 1 tu dh pecah. and 1 kantung ni pun kemek. Awak tunggu lah 3minggu lagi awak dtg semula n kita scan. Kalau dia membesar, alhamdulillah, if not.
“Belum rezeki. Okayyy itu dekat poliklinik. i cerita kat fizul pasal ni tapi dia still harap yg takde apa2 berlaku kt kandungan i tu sbb dia nak sgt twin
“lepas 2hari i pegi lagi Klinik Ajwa dekat shah alam. sebab i nak tahu betul2 situation baby i tu, pegi scan kat situ, doctor tu layan i lebih kurang je. tapi ayat dia lebih kurang sama jugak dengan poliklinik, kecik lagi, dtg 2 minggu lagi, kita scan, kalau ada, ada la, kalau takde takdelahh. gitu katanya.
“Yang menggangu fikiran i bila , doktor cakap ada bleeding, i risau yg tu. so sebabtu lah i buat appointment terus dengan doktor bersalin i sblm ni dekat Avisena Women & child specialist hospital, Jumpa doktor, i cerita lah i pegi klinik doc klinik cakap macam mana, then dia scan jugak terus dia cakap kat i, kantung kemek dan kosong, ada bleeding.
“Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat n sakit n takut infection plak sbb dh bleeding kt dalam. So dgn redhanya i pun buat lah proses D&C . D&C tu dorang pengsankan i then cuci rahim i. Proses tu kejap je dalam 30min macamtu, now i tengah pantang kat rumah dah,” tulisnya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by NS (@nadyasyahera) on
Pelakon yang juga dikenali dengan nama Kak Bed ini dan pasangannya Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.
Semoga Nadya dan suami tabah menghadapi ujian ini dan semoga ada rezeki kehamilan kembar yang lain untuk mereka berdua. Amin.
Sumber: IG Nadya Syahera
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makan Muntah, Bau Makanan Tak Boleh. Jika Alahan Terlalu Teruk, Amalkan Tip Ini

Biasanya trimester pertama kehamilan bagi sesetengah ibu memang mencabar. Ada yang langsung tak boleh makan atau minum, bau makanan, tak boleh buat kerja berat dan macam-macam lagi.
Alahan ini jika tak diatasi boleh menyebabkan ibu hamil tak bermaya dan langsung tak boleh nak buat apa-apa kerja.
Lagi teruk ada yang terpaksa ambil cuti tanpa gaji atau berhenti kerja terus kerana tak mampu nak hadap setelah dapat nasihat dari doktor. Kalau untuk 3 bulan pertama sahaja tak ada masalah, tapi risaunya ada yang perlu hadap hingga ke akhir tempoh kehamilan.

Bagi ibu yang nak atasi alahan ini semoga tak menganggu rutin harian, amalkan tip ini
- Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur, sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri.
- Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut.
- Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah.
- Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran). Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.

- Elakkan berbaring selepas makan (terutama mengiring di atas rusuk kiri) kerana ia melambatkan proses pencernaan.
- Jauhkan dari bau-bauan/makanan yang boleh merangsang rasa loya.
- Makan makanan yang telah suam/pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat.
- Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut.
- Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati.
- Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula.
- Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik.
- Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
- Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
- Elakkan makan bersulam air kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman.
- Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.
- Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya.
- Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini.
- Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
- Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
- Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah.
- Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
- Rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
- Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk.
Sumber: Klinik Dr Asmah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Tip Pemakanan Bantu Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa. Mesti Cuba!

Soalan:
Usia kehamilan masih baru dan saya tiada masalah untuk menunaikan ibadah puasa. Menyentuh tentang soal pemakanan semasa berpuasa, apa yang patut saya titikberatkan?
Jawapan:
Cara pemakanan ibu hamil dapat membantu anda untuk terus bertenaga dan membolehkan diri meneruskan ibadah puasa. Tiga kali makan utama iaitu ketika berbuka, bersahur dan sela waktu antara masa berbuka dan sahur perlu digunakan sebaik mungkin.
Bahkan makan makanan seimbang dan berkhasiat juga penting kerana ia dapat membantu mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan lain-lain. Ketahuilah bahawa waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk kekal cergas.
Sewaktu berbuka, anda disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan ia kurang berkhasiat.Anda juga digalakkan minum jus buah-buahan segar ataupun smoothie yang mengandungi susu, yogurt, dan buah-buahan. Ia adalah minuman yang menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.
Berikut adalah tip pemakanan yang perlu diamalkan ibu hamil sepanjang berpuasa:
1. Wajibkan bersahur setiap hari bagi mengelakkan kurang gula (hypoglisemia) pada waktu petang.
2. Elakkan pengambilan minuman berkafein pada waktu sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
3. Banyakkan minum air masak.
4. Ketika bersahur, ambil makanan yang lengkap di mana setiap nutrien ada di dalamya termasuklah karbohidrat, protein, lemak, serat daripada sayur dan buah; susu atau sumber tenusu.
5. Makan secara sedikit tetapi kerap selepas berbuka, dicadangkan ada snek malam bagi mengelakkan rasa lapar di tengah malam.
6. Makanan jenis bersup, bakar atau stim digalakkan semasa mengandung. Cuba kurangkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan berlemak bagi mengelakkan kenaikan berat badan terlalu banyak semasa mengandung.
7. Lebihkan juga pemakanan daripada kumpulan kacang dan kekacang yang dibakar atau dipanggang bagi mendapatkan lebih banyak zat besi dan serat.
8. Bagi wanita hamil yang tiada apa-apa masalah seperti gastrik, makanan pedas tiada masalah untuk diambil. Tetapi bagi yang ada gastrik memang tidak digalakkan mengambil makanan pedas atau makanan jenis berasid tinggi.
9. Makanan atau minuman yang manis atau berlemak tidak digalakkan semasa mengandung kerana ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan. Malah ia baik untuk mencegah kencing manis semasa mengandung. Jika ingin minum, hanya ambil dalam kuantiti yang sedikit.
10. Makanan atau minuman yang berasid tinggi serta pedas boleh menyebabkan pedih ulu hati serta gastrik. Pada awal kehamilan biasanya ibu akan mengalami alahan, jadi pada peringkat ini anda mesti mengelakkan makanan yang berbau, berminyak dan berlemak. Makanan yang kering sahaja digalakkan kepada yang mengalami morning sickness.
Semoga dengan mengamalkan tip berikut, anda mampu berpuasa penuh dan kekal bertenaga untuk memastikan kesihatan diri sendiri dan anak dalam kandungan sentiasa dalam keadaan baik. Inilah peluang untuk berpuasa penuh selama sebulan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


