Datuk Siti Nurhaliza buat ‘live’ dalam bilik Afwa cuit hati warga maya – “Ibu bisinglah.” Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi satu insiden lucu membabitkan anak keduanya, Muhammad Afwa, yang berlaku ketika beliau sedang membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Datuk Siti Nurhaliza Buat ‘Live’ Dalam Bilik Afwa Cuit Hati Warga Maya – “Ibu Bisinglah”

Datuk Siti Nurhaliza Buat ‘Live’ Dalam Bilik Afwa Cuit Hati Warga Maya – “Ibu Bisinglah”

Menurut biduanita negara itu, sesi ‘live’ tersebut dijalankan di bilik Afwa, yang kebiasaannya digunakan untuk waktu tidur tengah hari anaknya itu. Ketika sedang rancak menyanyikan lagu Nazam Lebaran bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah, tiba-tiba Afwa muncul dan mematikan muzik, menyebabkan mereka berdua tergelak besar. Perkara itu turut mencuit hati para penonton di TikTok.

“Dia sebenarnya tak faham. Dia cuma rasa mak dia bising. Dia kata nak tidur. Afwa ni lain macam sikit perangainya,” ujar Siti sambil ketawa.

Watch on TikTok

Beliau mengakui kesalahan itu berpunca daripadanya sendiri kerana menggunakan bilik anak lelakinya sebagai lokasi siaran langsung, sedangkan waktu itu Afwa sepatutnya berehat. Disebabkan itu, anak kecil tersebut menjadi tidak selesa dan marah kerana mengantuk, bahkan keluar masuk bilik berkali-kali. Walaupun pintu dikunci, Afwa tetap mengetuk dari luar.

Siti kemudian cuba menenangkan Afwa dengan memberikan iPad untuk mengalih perhatiannya. Namun, sebaik sahaja Afwa berjaya membuka pintu, dia terus masuk dan mematikan muzik sambil bersuara, “Ibu bisinglah.”

Datuk Siti Nurhaliza Buat ‘Live’ Dalam Bilik Afwa Cuit Hati Warga Maya – “Ibu Bisinglah”

Ads

“Sebab itulah jadi macam tu. Afwa ni memang kelakar. Di rumah pun dia selalu buat saya tergelak. Lain sangat perangainya dengan kakak dia, sebab kakak dia lebih serius dan garang sikit,” katanya sambil tersenyum.

Selain itu, Siti turut berkongsi minat mendalam Afwa terhadap kereta sejak kecil. Menurutnya, anak lelakinya itu boleh mengenali pelbagai logo dan jenama kenderaan hanya dengan melihat, seperti Porsche, Lamborghini dan Mercedes, walaupun hanya sekilas di lebuh raya. Siti menganggap minat itu mungkin diwarisi daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sumber: Harian Metro TikTok Sitizoner

Baca artikel lain juga: Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Foto Afwa Sempena Hari Lahir, Ramai Geram Tengok Pipi Pau Afwa

Ads

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Ads

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI