
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.
Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.
Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.
Sumber: instagram ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga, Suami Kena Belajar Fahami Isteri, Baru Isteri Makin Kuat!

Salah satu sebab mengapa isteri amat perlukan me time dalam hidupnya kerana kurangnya masa rehat pada diri sendiri. Bebanan emosi juga antara penyebab isteri menjadi terlalu penat. Dalam hal ini suami kenalah fahami isteri, sekali-sekali bagi sokongan moral dan faham kepenatan yang dialami isteri.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
? Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
? Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
? Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
? Mudah jatuh sakit
? Wajah jadi redup tak bermaya
? Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
? Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
? Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Kredit: Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukaan 3cm-10cm Sejam Lebih. Baby Keluar Doktor Tak Sempat Sambut. Mudah Ayu Raudhah Bersalin

Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi keempatnya di salah sebuah pusat perubatan swasta pada pagi 14 Februari.
Isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha itu telah menimang cahaya mata lelaki ketiga selepas mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.
Menerusi Instagram Ayu Raudhah, dia sangat bersyukur dengan kelahiran anak keempatnya kali ini kerana sangat mudah dan sekejap.
“Rezeki kali ini rasa sakit bersalin sekejap sangat dan doktor pun tak sempat nak sambut. Kali ini juga baru rasa betul-betul turun tanda, pecah ketuban dan rasa kontraksi.
“Bayangkan dari bukaan 3cm hingga 10cm hanya dalam tempoh satu jam lebih sahaja. Rasa sekejap sangat.
“Sebelum ini masa lahirkan anak ketiga pun mudah juga tapi untuk anak pertama dan kedua tak sempat rasa sakit betul-betul kerana ambil epidural.
“Kalau ikutkan suami, semua anak dia nak suruh ambil epidural kerana tak sanggup tengok saya sakit tapi sebagai wanita nak juga rasa sakit bersalin itu,” kongsinya.
View this post on InstagramAlhamdulillah…..baby boy..???????
A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on
Suami Dan Mama Bergilir Jaga
Ayu Raudhah juga mengakui dalam keadaan sakit bersalin, suami dan mama yang bergilir-gilir jaga dan bagi semangat sepanjang berada di labour room.
“Rasa terharu sangat dengan sokongan dan kata semangat dari suami dan mama. Baru tahu pengorbanan mama. Sejak kecil hinggalah sakit nak bersalin pun mama sanggup ada bersama.
“Betullah orang kata mak ni sanggup buat apa sahaja untuk anak tapi kita sebagai anak belum tentu dapat buat yang terbaik untuk mak,” katanya.
View this post on InstagramBila anak dah masuk empat…tengah nak pilih nama apa yg baik??????help me @ayuraudhah_7
A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on
Tak Merancang
Ayu juga mengakui dia dan suami tak pernah merancang untuk memiliki berapa orang anak. Jika Allah nak bagi akan terima dengan hati terbuka. Sesungguhnya rancangan dan kurniaan Allah yang terbaik.
“Jika dapat lagi sentiasa bersyukur. Paling penting doa untuk anak-anak biarlah mereka akan menjadi soleh dan solehah serta lading pahala dan rezeki dalam keluarga kami,” jelasnya.
Sumber: ig Ayu Raudhah & Zaquan Adha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersalin Secara Caesar, Bukan Alasan Tidak Berpantang. Terapis Ini Dedah Amalan Pantang Mudah Dan Ringkas

Isi Kandungan
ToggleBersalin melalui pembedahan caesarean bukanlah alasan untuk anda tidak mengamalkan pantang! Walaupun mengambil keputusan untuk berpantang secara moden, ia tidak bermakna anda perlu meninggalkan langkah-langkah berpantang tradisional.
Menurut Nur Syatirah Shuib, terapis dan perawat pantang, amalan pantang moden diringkaskan dan dipermudahkan cara. Katanya lagi, anda yang berpantang selepas menjalani pembedahan perlu lebih berpantang daripada mereka yang bersalin secara normal.
Berikut adalah antara amalan pantang yang patut anda lakukan.
1. Minum air halia
Sebaik sahaja selamat bersalin, anda digalakkan meminum segelas air halia yang bercampur madu ataupun jus kurma. Amalan ini bertujuan mengelakkan anda daripada terbatuk kesan daripada suhu yang terlalu sejuk di dalam dewan bedah. Selain daripada itu, ia membantu anda mengawal rasa loya akibat angin yang banyak di dalam perut. Antara lain, ia juga bertujuan mengelakkan diri anda daripada memberi tekanan kepada kawasan pembedahan akibat batuk.
2. Sapu minyak herba
Anda perlu sapu seluruh badan dengan minyak herba bagi menghangatkan kembali tubuh yang kesejukan ketika berada di dalam dewan pembedahan. Bahagian tubuh yang wajib disapu minyak herba ialah atas perut dan kawasan bius. Ia bertujuan membantu mengeluarkan lebihan angin dan membantu merawat saraf. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda mudah menggigil kesejukan dan dimasuki angin.
3. Berbengkung khas
Lumrah ibu bersalin secara pembedahan takut untuk ligat bergerak. Cara paling mudah untuk menampung perut ialah dengan memakai bengkung dengan kaedah yang betul. Ada dua kaedah yang boleh digunakan sebaik sahaja bersalin caesarean.
Salah satunya ialah menggunakan strap-on- binder. Terlebih dahulu, anda perlu menyapu minyak herba di perut dan pinggang sebelum memakai bengkung. Ia boleh membantu pengeluaran angin daripada perut dan melawaskan pengeluaran darah nifas.
Selepas dua minggu atau setelah luka jahitan pulih, anda boleh menggunakan bengkung bertali yang panjang hingga ke paha agar hujung kain bengkung tidak menekan luka jahitan. Sebelum memakai bengkung bertali, anda perlu melapis bahagian luka pembedahan menggunakan tuala wanita agar luka tersebut cepat kering. Kemudian, barulah memakai bengkung bertali setelah disapu minyak herba di kawasan perut. Labuh bengkung hendaklah melepasi paha agar tidak memberi tekanan kepada bahagian luka jahitan.
4. Makan herba
Perkara yang paling penting bagi ibu bersalin secara pembedahan ialah berdisiplin dalam memakan herba setiap hari selama minimum enam bulan selepas bersalin. Jika ibu yang bersalin secara normal tersalah makan, risiko terbesar yang boleh dialami ialah bayi mudah kembung perut jika menyusukan susu ibu. Namun, bagi anda yang bersalin secara pembedahan, risiko untuk kebas dan kesejukan adalah tinggi.
5. Mandi herba sehingga nifas kering
Pastikan anda mengamalkan mandian herba selagi darah nifas masih lagi mengalir keluar. Malah anda juga hendaklah bertungku. Tungku tidak semestinya di perut. Bertungkulah di tapak kaki, kawasan pinggang dan punggung. Namun, sebaik-baiknya bertungku seluruh badan kecuali di kawasan luka pembedahan dengan bantuan terapis terlatih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI