Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah, Elak 5 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

Share

Daya tahan tubuh bayi masih lemah dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan terkena jangkitan dan jatuh sakit.

Sebagai ibu bapa, setelah menatang mereka bak minyak yang penuh, apabila anak tiba-tiba jatuh sakit adalah mimpi ngeri buat mama papa.  Tambahan pula, adalah berbahaya untuk bayi yang baru lahir untuk jatuh sakit kerana impaknya boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi yang kuat.

Bayi baru sahaja menghabiskan 9 bulan di dalam rahim yang merupakan tempat yang bersih. Sistem imun mereka baru dan tubuh si kecil baru sahaja memulakan perjalanannya dalam belajar bagaimana melindungi diri dari jangkitan kuman. Mereka perlukan masa untuk membina antibodi sendiri dan membiasakan diri.

BAYI KECIL SANGAT MUDAH TERKENA JANGKITAN

Masalahnya adalah sangat mudah untuk bayi yang baru lahir menjadi sakit, jadi kita mesti lebih rajin dalam cara kita melindungi mereka. Mama papa perlu tahu dan hindari 5 cara bayi baru lahir boleh jatuh sakit.

#1 Suhu sekeliling

Bayi mudah terkesan dengan suhu sekeliling yang mungkin terlalu sejuk dan panas. Sentiasa memeriksa suhu sekeliling sekiranya terlalu sejuk atau panas. Elakkan pakaian yang tebal untuk bayi atau bedung semasa suhu sekeliling tinggi. Ketika suasana sekeliling sejuk pula, pakaikan bayi dengan baju berlengan panjang, seluar panjang dan stoking. Selimuti jika perlu.

#2 Sentuhan dengan orang yang berpenyakit

Mereka mungkin orang yang berpenyakit dan boleh menyebabkan jangkitan pelbagai virus dan bakteria. Beritahu mereka sekiranya sakit untuk tidak melawat bayi. Sediakan topeng muka dan cecair sanitizer kepada pelawat. Seboleh-bolehnya bertegaslah dengan pelawat atau orang asing yang ditemui agar tidak mencium bayi anda.

#3 Tempat awam

Tempat awam seperti pusat membeli belah atau pasar raya di mana udara berkuap boleh menyebabkan kemungkinan bayi mendapat jangkitan penyakit. Jadi seboleh-bolehnya mama papa jangan bawa mereka ke tempat-tempat ini bagi mengurangkan risiko terjadinya jangkitan.

#4 Tahap kebersihan

Tahap kebersihan persekitaran memainkan peranan penting. Pastikan sekeliling anda bersih. Tiada etika apabila batuk dan bersin juga meningkatkan risiko bayi mudah jatuh sakit. Oleh itu, anda dan ahli keluarga juga penjaga bayi perlu mempraktikkan untuk menutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk. Cuci tangan setiap kali menyentuh sesuatu yang kotor seperti setelah menukar lampin bayi, selepas keluar dari tandas dan batuk/ bersin.

Bayi juga boleh dijangkiti kuman sekiranya anda tidak mengamalkan langkah membasuh tangan dengan betul dan memegang bayi dengan tangan yang kotor. Perlu diketahui yang kekotoran yang nampak secara fizikal tidak dapat dihilangkan dengan hand sanitizer sahaja, mesti basuh dengan air dan sabun!

#5 Tidak memvaksinkan bayi

Tindakan mengabaikan vaksin bayi boleh mendedahkan pelbagai penyakit berbahaya seperti difteria dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD). Walau pun divaksin, bayi anda masih boleh dijangkiti sekiranya tiada daya imuniti yang kuat.

Menyedari kemungkinan jangkitan yang mudah terjadi kepada bayi, mama papa perlu sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan dan skil pengurusan anak sakit. Selain itu, ambil polisi insurans untuk bayi bagi mempersiapkan diri anda dan bayi untuk menghadapi kemungkinan jatuh sakit.

Prudential menyediakan pelbagai polisi yang mesra bayi dan mesra bajet seperti PRUMy Child Plus. Lebih awal diambil, lebih baik, sebagai satu persediaan wajib menempuh dunia keibubapaan yang mencabar.

LINDUNGI ANDA DAN BAYI ANDA DENGAN PRUMY CHILD PLUS (PMC+)?

#1. PERLINDUNGAN AWAL SEJAK DALAM KANDUNGAN

Ia memberikan perlindungan kepada si kecil seawal usia 14 minggu dalam kandungan.

#2. PERLINDUNGAN KEPADA BAYI JAUNDIS

Terdapat juga perlindungan pranatal dan bayi baru lahir yang tentu memberikan faedah semasa bayi terkena jaundis (neonatal jaundice) dan masalah kongenital sehingga si kecil 5 tahun. Bagi bayi yang didiagnosis dengan jaundis yang memerlukan rawatan fototerapi, bayaran penuh RM500 hingga RM1000 akan diberikan (bergantung jenis-jenis pelan perlindungan yang diambil).

#3. SATU-SATUNYA INSURANS UNTUK BAYI IVF

Ini adalah satu-satunya polisi insurans yang  memberikan perlindungan kepada kandungan hasil daripada in-vitro fertilization (IVF)! Precious baby mestilah mendapat keistimewaan ini.

#4. PROSES MUDAH UNTUK POLISI SETERUSNYA-EASE

Selain itu, Prudential memberikan laluan khas untuk ibu bapa yang sudah membeli polisi perlindungan PRUMy Child Plus kepada anak mereka. Easy and simple enrolment (EASE) memudahkan anda mendapatkan polisi untuk anak seterusnya tanpa perlu melalui proses pengunderaitan penuh.

RUPANYA ADA BANYAK LAGI TAWARAN MENARIK DARI PMC+!

Prudential kini mengadakan promosi 2019 sehingga 31 Mac 2019. Dengan setiap pembelian PMC+ dengan Essential Child Plus, Mama Papa boleh mendapatkan perlindungan tambahan PERCUMA sebanyak 50% atas perlindungan penyakit kritikal selama 3 tahun. Ini adalah promosi yang tidak boleh dilepaskan dan amat berbaloi!

Untuk maklumat lanjut, mama papa boleh dapatkan di sini https://bit.ly/2HH8qLN

Published by
Azma ML