Dalam setiap perkahwinan, dikurniakan cahaya mata pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Begitulah juga dengan Dayah Bakar dan pasangannya yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan Dayah Bakar menerusi Instagram miliknya. Setelah beberapa tahun menyulam rasa cinta hidup berumah tangga dengan Kapten Hanif Hamidi, Dayah membuat pengumuman yang cukup menggembirakan dirinya malah juga para peminatnya.
Pasti berita yang dikongsikan Dayah ini sesuatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja ahli keluarga malah pengikutnya di media sosial juga. Jika dahulu berita perkahwinan pengacara bermulut petah ini pernah menjadi viral kerana warga net menyifatkan kisah cinta antara kedua pasangan yang bermula dengan rakan baik sejak zaman persekolahan lagi sebagai satu kisah yang cukup manis.
Dayah juga sering berkongsi pelbagai video mengenai ‘Encik Suami’ yang betugas sebagai tentera dan sering menyentuh emosi peminat mereka di Instagram.
Dayah dengan penuh rasa syukur berkongsi berita gembira tersebut setelah lama berahsia. Rupanya usia kandungan Dayah sudah memasuki fasa trimester kedua kehamilan. Dalam perkongsian tersebut Dayah turut memuat naik gambar dia dan suaminya ketika masih kecil.
Bismillahirrahmanirrahim,
We’ve been keeping this for awhile , but I think it’s time to share this happy news with all of you… We’re expecting our little miracle soon , in sha Allah . Little DayaHanif is growing inside me
Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan , kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya . Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi.
Have faith, in sha Allah .
Salam sayang,
Saya, Hanif and our little bb
#DayaHanif #blessing #rezekiAllah #inmy2secondtrimesternow
Ramai gembira dan mendoakan kesihatan Dayah dan anak dalam kandungan.
Berita gembira yang dikongsikan Dayah mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Dayah kerana bakal melahirkan zuriat yang pertama. Tak kurang juga yang mendoakan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Selain itu, rupanya ramai juga yang sudah dapat meneka bahawa pengacara ini sedang berbadan dua kerana dilihat kerap memakai baju besar sejak kebelakangan ini.
Tahniah diucapkan kepada Dayah dan suami. Semoga melalui fasa kehamilan yang indah dengan gembira dan dipermudahkan segala urusan sehingga tiba waktu bersalin. Seronoknya dapat bau baby baru lahir.
Sumber: dayahbakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI