Dayyan panjat uhh! Netizen kata anak black panjang akal turun tangga gear reverse. Gelagatnya yang lucu dan aksi bersahaja membuat orang tak kering gusi. Jom tonton video ni!
Terbaru, Black kongsikan video anaknya Khaleef Dayyan yang berjaya melepasi tangga yang diletakkan pada bahagian bawah tangga menuju ke tingkat atas rumahnya. Keadaan itu akhirnya disedari Black & isteri yang meminta Dayyan turun. Maka bermula sesi soal jawab Black dengan Dayyan dengan perbualan yang mencuit hati.
Masa ni Khaleef Dayyan umur 2 tahun,dah panjang akai!!!
Tutup la kot mana pon pakai pagaq dia pasti ada jalan penyelesaian utk keluaq!!
Yang melucukan apabila Dayyan mengatakan Dayyan Panjat Uhh seolah-olah satu pencapaian besar dicapainya dan menari-nari apabila berjaya turun.
IKLAN
Para follower Black memberikan komen yang pelbagai tapi rata-ratanya memuji kebijaksanaan Dayyan sejak kecil lagi. Kata mereka, Dayyan memang panjang akal! Semuanya pasti terhibur dengan aksi anak kecil ini.
Anak suka merajuk dan membaling barang bila kehendaknya tidak diikut antara yang biasa berlaku. Keadaan ini jika tak diatasi boleh berlanjutan hingga anak besar.
Sebagai mak ayah, perlu faham dulu kenapa anak bertindak sedemikian dan jangan cepat mengalah hingga menyebabkan perbuatannya makin menjadi-jadi.
Perkongsian dari Ibu Rose mengenai cara terbaik ibu bapa boleh buat adalah:
Jangan Takut Anak Merajuk
Jangan takut anak merajuk. Ia adalah cara anak berlawan kuasa dengan anda. Kalau anda tidak bijak dan anda hanya menggunakan senjata marah, maka anda SENANG KALAH.
Cara Atasi Anak Kuat Merajuk
(Umur kurang 1 tahun) Pujuk
Selalunya anak yang suka merajuk ni dia ni sensitif. Dari kecil umur tak sampai setahun kita boleh tahu akan karekternya itu. Semasa dia kecil lagi, bila dia merajuk, anda perlu bisikkan kepadanya untuk usahlah merajuk. Kalau tak dapat benda tak perlu merajuk.
(Umur kurang 1.5tahun) Benarkan anak ekspres diri
Kalau dia tunjuk perangai, jawab dengan tenang dan biarkan dia ekspres dirinya. Jika dia baling barang, biarkan dulu. Tapi biar barang yang bahaya tiada di situ. Bila sudah dia dah lebih tenang sikit, ambik dan peluk dan beritahu dia, kenapa anda tak boleh beri barang itu. Cara ini untuk anak di bawah 1.5 tahun.
(1.5tahun-4tahun) Tenangkan anak dengan 4 langkah
Bila dia dah 1.5 tahun, anak sudah mula mengamuk atau tantrum. Tantrum ini lebih kerana ledakan emosi yang tidak dikendalikan dengan elok. Contoh kekecewaan, kesedihan, penat, tidak cukup tidur, tidak faham kenapa dimarah, tenaga tengking yang diterima, TIDAK CUKUP BERMAIN AKTIF TERUTAMA DI LUAR RUMAH, tidak boleh melakukan banyak perkara kerana dilarang atau kerana badannya belum cukup besar dan banyak lagi.
Bila ledakan emosi ini berlaku, anak akan mengamuk dan seolah-olah monster akan keluar dari diri anak itu. Anda perlu tahu, anak itu sendiri takut bila ini berlaku. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah menenangkannya. Buat seperti gambar yang Ibu sertakan ini (peluk dari belakang-akan kurang impak rontaannya pada anda).
Walaupun dia meronta dan memukul anda, peluklah dan bacakan ayat dan bersuara dengan berbisik ke telinganya. Katakanlah perkara yang positif dan bacakan doa. Lepas dia sudah tenang, basuhkan mukanya dengan air yang telah dibaca doa mengikut kaedah agama masing-masing.
Mandikan pun lagi elok dan beri dia tidur kerana semasa dia ‘bergelut’ dengan monster dia itu, dia amat letih.
Semoga Allah memudahkan kita didalam mendidik anak-anak kita.
Anak suka bertanya soalan yang sama, walau pun sudah tahu jawapannya. Normalkah keadaan ini?
Ibu ayah jangan rimas, bersabarlah melalui fasa ini kerana ia adalah perkembangan yang baik.
Terdapat lima cara untuk mama dan papa menghadapi si manja yang banyak bertanya iaitu:
Langkah 1: Mendengar dengan baik
Ibu bapa perlulah memberikan perhatian apabila diajukan soalan. Hal ini penting kerana selain menjadikan anak berasa dihargai, perhatian yang diberikan juga adalah komunikasi dua hala yang lebih berkesan. Hanya apabila anda mendengar dengan teliti, anda akan dapat membantu si manja memahami apa yang ingin diketahuinya.
Langkah 2: Menjawab soalan yang ditanya
Selepas mendengar soalan, jawablah dengan fakta yang betul. Jangan sesekali mendongengkan jawapan atau memberikan fakta yang salah. Sebagai contoh, anak menyoal “Mama, kenapa burung terbang?”. Anda perlulah menjawab jawapan yang logik yang sesuai dengan usianya. Anda mungkin boleh menjawab “Burung terbang kerana ia ada bersayap.Burung terbang untuk cari makanan. Dia lapar agaknya tu”. Jawapan anda hendaklah tidak terlalu rumit untuk difahami si kecil.
Langkah 3: Menyuruhnya mengulangi jawapan
Minta si manja anda mengulangi jawapan tersebut sehingga dia mengingati fakta tersebut. Memanglah langkah ini mengambil masa yang agak lama. Namun hasilnya nanti anak anda akan mampu menyimpan memori tersebut dan bolehlah anda menyuruhnya mengulangi jawapan tersebut setiap kali dia bertanyakan soalan yang sama.
Langkah 4: Gambar atau objek untuk sokong fakta
Anda juga boleh mengukuhkan jawapan anda dengan menunjukkan gambar atau objek yang menyokong. Sebagai contoh, bagi membuktikan kesahihan fakta yang anda berikan mengenai burung yang terbang, bolehlah mengemukakan gambar di dalam buku dan menunjukkan bentuk sayap burung. Saat ini, anda boleh menambahkan beberapa fakta lain seperti “Adik tengok, sayap burung terdiri daripada bulu-bulu pelepah yang sangat ringan. Sebab itu bila burung mengepakkan sayap, ia boleh terbang dengan mudah.”
Langkah 5: Sabar dan positif
Bersabarlah dengan kerenah si manja dan jangan menunjukkan air muka yang anda tidak suka dengan perbuatannya. Ketahuilah pada peringkat usia tiga hingga empat tahun adalah tempoh keemasan si manja menyerap pelbagai maklumat dan informasi, membina keyakinan diri dan kepercayaannya kepada anda. Penerokaan ilmu pengetahuan akan memberikan asas kukuh pembentukan karakter insan yang cemerlang.
SI KECIL BERTANYA SOALAN YANG SAMA BERULANG KALI
Ramai kanak-kanak suka pertanyaan yang sama berulang kali. Kenapa ini berlaku dan adakah ia normal? Menurut Dr. Leon Hoffman, pengasas Pusat Kanak-kanak Pacella New York Psychoanalytic Society & Institute, kanak-kanak berbuat demikian kerana beberapa sebab. Antaranya ialah;
1)Untuk memahami perkataan
Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2 tahun sedang belajar bercakap, jadi mereka mengulangi soalan untuk menjelaskan apa yang setiap perkataan bermakna.
2)Menguatkan daya ingatan
Mendengar ibu bapa memberikan jawapan yang sama beberapa kali dapat membantu memandu konsep tersebut.
3)Sokongan emosi
Si kecil berbuat untuk mencari keselesaan. Dalam pengulangan tanya-jawab antaranya dan ibu bapa, mereka mendapat sokongan emosi. Apabila emosi stabil, mereka akan lebih gembira dan positif dalam pelbagai perkara.
Dr. Hoffman menyarankan ibu bapa agar meluangkan masa untuk menjawab seberapa banyak dan kekerapan soalan yang boleh untuk membina perkembangan tatabahasa anak, kepercayaan si kecil kepada anda dan menyokong emosinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masuk usia 3 tahun, memang kelasakan anak akan meningkat 2 kali ganda. Berlari, melompat, memanjat dan berguling tu dah jadi lumrah hidup dia. Sabar je la…
Anak sebenarnya sedang nak penuhi milestone perkembangan dia, Bukan saja-saja nak melasak! Pada usia 3 tahun ini yang patut anak dah capai.
– Dia dah pandai seimbangkan badan. Boleh jalan lurus, ke belakang, ke sisi dan melompat.
– Dia patut dah pandai basuh tangan sendiri, buka dan pakai baju dengan sedikit bantuan, kayuh basikal roda tiga dan pegang sudu atau pensil.
– Masa ni juga anak patut dah boleh untuk ikut giliran, tunggu giliran dan berkongsi. Walau dia tak suka tapi dia boleh akur.
– Dah boleh faham sedikit tentang emosi. Marah, sedih, frust, geram dan sebagainya. Paling bagus bila anak sendiri boleh sebut, “saya marah”
– Boleh kawal diri bila rasa kecewa. Sebab ni dia melasak untuk tingkatkan daya tahan fizikal, emosi dan mental yang kuat.
– Ada anak dah boleh kenal dan hafal setiap huruf dan nombor. Ada juga yang bertatih-tatih lagi, itu pun okey sihat milestone.
– Dah boleh beza warna dan bentuk. Makin banyak dia bermain, makin tinggi awareness warna dan bentuk dia.
Jadinya ibu ayah, usahlah marah bila anak melasak ya sebab mereka sedang gigih nak membesar tu.
1 – 2 tahun fasa untuk bermain lagi, tapi masuk usia 3 tahun itu fasa untuk membesar dah. Patut marah bila dah umur 3 tahun,
– anak masih susah nak bercakap
– anak masih tak pandai seimbang badan
– anak masih takut-takut nak bermain
– anak masih tantrum yang agresif
– anak masih tak faham arahan mudah
Ini bahaya, itu petanda milestone perkembangan dia tak berapa cantik.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!