Si comel Bunga Elhaq, anak kesayangan pelakon cantik manis, Elisya Sandha yang berusia hampir setahun rupanya cukup berselera makan.
Malah kongsi Elisya lagi, anak kecil kesayangannya itu lebih suka dan berselera dengan hidangan nasi berbanding makanan lain.
Hal itu diketahui Elisya selepas cuba mempelbagaikan makanan Bunga dengan aneka pasta. Ternyata Bunga memiliki selera makanan Melayu, kongsi Elisya di Instagramnya.
“What a day! @bungaelhaq ni definitely tekak Melayu,” kongsi Elisya ringkas.
Bahkan kata ibu cantik manis ini lagi, dia bimbang Bunga bosan dan jemu dengan hidangan nasinya setiap hari dan cuba mempelbagaikan menu anak kecilnya dengan pasta.
Ads
Namun sangkaannya meleset bila mana Bunga menolak mentah-mentah dan tetap mahukan nasi.
“Mummy bagi dia makan pasta kononnya takut dia bosan makan nasi, tapi tidak. Tetap nak makan nasi sampai muntah balik semua makanan. Kasut pun hilang ke mana dah time ni,” tambahnya berkongsi.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai komen dan reaksi malah turut berpendapat Bunga lebih cepat membesar dengan menu nasi setiap hari.
Ads
Semoga Bunga Elhaq terus membesar dengan sihat dan menceriakan ibu dan ayahnya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bila anak merajuk tidak semestinya setiap kali itu, kita perlu pujuk. Adakalanya kita perlu bertegas. Kerana anak-anak kecil ni bila merajuk dia hanya hendak tahu sejauh mana dia boleh ada kuasa dengan anda.
Sebagai contoh, jika dia sudah berjanji dia akan mandi selepas melakukan sesuatu aktiviti. Tetapi bila sudah habis aktiviti itu, dia masih tidak mahu mandi, maka anda tetap membawa dia mandi. Kemudian, dia memprotes pula, tidak perlulah ditaati kemahuannya.
DENGARI ANAK dan MENERANGKAN DENGAN BAIK
Dia hanya memprotes dan menyatakan kekecewaannya.
Kita dengar dan berusaha melayan dan memberi penerangan.
Namun, tidak perlu ‘back-off’.
Anak sedari kecil, ketika berusia 2 tahun ke atas perlu diasuh untuk memahami sesuatu tindakan anda.
IA PROSES YANG BERULANG
Dalam masa yang sama janganlah menyangka mereka boleh terus faham dan mengikut cakap.
Ia memerlukan proses yang kadang-kadang boleh menjadi lama.
Oleh kerana itulah kita perlu pengasih dan tegas dengan rules dan regulation yang kita tetapkan di rumah.
Seronok melihat cucu Datuk Siti Nurhaliza, Arif Jiwa Asyraf yang sentiasa nampak ceria dan bijak aksinya. Melihat kepada limpahan kasih sayang yang tak berbelah bahagi diterima dari semua ahli keluarga tak hairanlah si comel ini membesar sihat dan bijak.
Rupanya mengikut kajian kasih sayang seorang ibu mampu beri kesan positif terhadap perkembangan otak anak.
Dipanggil dengan gelaran manja, pipiPao oleh ibunya, Tya Arifin pelakon Indonesia yang mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid, Arif selalu menarik perhatian ramai pengikutnya yang tak jemu melihat aksi si comel ini.
Arif sangat bertuah kerana sejak lahir lagi sentiasa dikelilingi dan disayangi oleh ahli keluarga apatah lagi ibu yang melahirkannya.
Pentingnya belaian kasih sayang dari seorang ibu terhadap anak dari awal usia sehingga ia dikatakan mampu memberi kesan positif pada perkembangan bahagian otak si kecil.
Lihat sahaja kesan positif perkembangan Arif yang sentiasa ceria dan bahagia selalu. Setiap hari macam-macam benda baru yang Arif belajar.
Dengan limpahan kasih sayang yang secukupnya diterima dari ibu ayah dan ahli keluarganya menjadikan si comel ini membesar sebagai bayi yang sihat dan cerdik.
Rapat Dengan Ibu
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan tetapi ibu muda ini sentiasa mencari masa untuk bersama anak tersayang dan memastikan Arif sentiasa ceria dan gembira!
Bonding antara ibu dan anak ini ternyata amat rapat sekali. Lihat sahaja cara Tya menidurkan anaknya. Nampak sangat Arif mesti nak ibu yang menidurkannya setiap masa. Sweet sangat!
Satu kajian yang dilakukan mendapati, pendidikan awal yang diterima oleh anak sejak awal usianya boleh membantu si kecil untuk membangunkan bahagian otak (hippocampus). Ia adalah bahagian otak yang penting untuk proses pembelajaran, daya ingatan dan tindak balas tekanan
Banyak kajian juga mendapati kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang biasanya akan mempunyai prestasi yang baik ketika bersekolah dan mempunyai emosi yang baik.
Pendidikan awal yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bukan hanya baik untuk perkembangan anak, tetapi sebenarnya perubahan otak secara fizikal.
Kajian ini telah diterbitkan secara online dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Sumber: IG arifjiwaashraf & tyaarifinnw
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang sukar mendisiplinkan anak yang masih kecil. Tapi inilah yang kena buat kalau nak anak dengar kata.
Terutamanya anak yang masih berumur 5 tahun ke bawah, dimana dia semakin membesar dan sangat aktif meneroka dunia.
Pada umur 5 tahun, personaliti anak mula menyinar sebagaimana dia sedang berkembang memahami dirinya sendiri, orang-orang disekitar dan dunia disekelilingnya.
Kemahiran dan bakat biasanya mula berkembang pada waktu yang sangat indah ini.
Walaupun waktu ini adalah tahap perkembangan pesat bagi anak, tetapi ia juga akan menjadi waktu paling mencabar kepada ibu bapa dalam membentuk kelakuan anak-anak dan mendisiplinkan mereka.
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun lebih cenderung untuk berdikari dan melakukan pelbagai eksperimen dengan tingkah laku baru untuk menguji reaksi penjaga mereka.
Kebanyakan budak berumur 5 tahun sudah memahami tentang betul dan salah.
Mereka boleh mematuhi peraturan ringkas dan selalunya untuk mengelakkan dari dimarahi. Mereka masih belum memahami logik orang dewasa, oleh itu mereka selalu membuat pilihan yang silap.
Anak-anak yang dididik di tadika biasanya menunjukkan minat untuk membentuk perhubungan dengan rakan sebaya, dan biasanya lebih memilih yang sama jantina.
Mereka sering mahu untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain dan mungkin mengusik kanak-kanak lain yang lambat mengesuaikan.
Mereka juga boleh menjadi bossy, yang ia sangat mengganggu untuk kanak-kanak sensitif.
Mereka mungkin menjerit, mengatakan kata-kata kesat dan meluahkan ledakan kemarahan. Mereka akan selalu menguji had setiap peraturan.
Apa yang terbaik sebagai ibu bapa, kita harus mula untuk membentuk pemahaman yang lebih baik dalam diri anak-anak pada usia ini mengenai sebab dan akibat yang akan terjadi oleh kelakuan mereka.
9 Strategi Terbaik Untuk Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun
Tidak kisah bagaimana kaedah yang anda lakukan untuk mendidik anak kecil anda, apa yang paling penting adalah harus selari dengan pembawaan anak anda.
Secara asasnya, ini adalah kaedah yang efektif untuk kanak-kanak berusia 5 tahun.
Tetapkan had yang jelas
Wujudkan peraturan rumah dan tetapkan had yang jelas serta konsisten. Elakkan masalah kelakuan anak dengan menjaga kelakuan anda sendiri secara berterusan.
Tawarkan pilihan yang terhad
Kanak-kanak pada usia ini harus dibantu untuk membuat keputusan. Tawarkan pilihan yang terhad kepada anak anda untuk mengajar mereka kemahiran problem-solving.
Contohnya, “Mira nak bersihkan bilik lepas makan atau sebelum makan?”. Kedua-dua jawapan boleh diterima selagi tugas itu dapat diselasaikan.
Beri arahan yang jelas
Sebelum memberi sebarang arahan, tarik perhatian anak terlebih dahulu.
Kebanyakan budak 5 tahun sangat leka dalam rancangan TV atau video games, dan sangat sukar memberi perhatian.
Letakkan tangan anda ke bahu mereka atau wujudkan eye-contact terlebih dahulu sebelum anda mengeluarkan arahan.
Selepas anda selesai memberi arahan, minta akan ulangi kembali arahan tersebut untuk memastikan mereka benar-benar faham.
Memberi pujian
Berikan banyak pujian dan galakan untuk kelakuan yang baik.
Ia sangat membantu untuk semua kanak-kanak pada setiap peringkat usia, tapi untuk peringkat 5 tahun, ia sangat menjadi confident boost.
Mengajar cara alternatif
Bila anak anda berkelakuan tidak sepatutnya, ajarkan mereka agar kaedah alternatif untuk mencapai kehendaknya.
Sebagai contoh, bila dia memilih untuk membaling mainan apabila dia marah, ajarkan dia cara alternatif untuk mengawal amarahnya.
Time-Out
Apabila anda kata ‘tak boleh’ dan anak anda masih berdegil, time-out boleh menjadi hukuman yang efektif. Asingkan anak anda selama 5 minit.
Pada usia ini, kebanyakan kanak-kanak boleh bertolak ansur dengan berkhidmat time-out di kerusi atau di kawasan tenang lain.
Akibat semulajadi
Kesan akibat semulajadi boleh menjadi kaedah efektif bila anak-anak sudah mula faham bahawa setiap apa yang mereka lakukan mempunyai akibat.
Jika anak anda yang berusia 5 tahun tersebut berkeras untuk melakukan, jika selamat, berikan dia peluang.
Biarkan dia menghadapi akibat semulajadi jika dia membuat kesilapan.
Menawarkan ganjaran secara tidak langsung
Kebanyakkan kanak-kanak pada usia tadika gemarkan peluang untuk menerima ganjaran.
Disebalik kita mengancam dengan akibat, cuba pusing situasi tersebut sebagai peluang untuk menerima ganjaran.
Sebagai contoh, sebalik daripada mengatakan, “Abang tak boleh main kat luar selagi tak kemaskan barang mainan”, cuba twist ayat dengan “Lagi cepat abang kemas barang mainan, lagi cepat abang boleh main kt luar”
Mengungkap sesuatu perkara dalam nada positif boleh membuat perubahan besar terhadap tindakbalas anak anda.
Strategi ganjaran formal
Ciptakan satu sistem ganjaran formal jika anak anda bergelut dengan kelakuan tertentu. Sistem token selalunya meninggalkan impak yang efektif untuk menyasarkan masalah kelakuan khusus.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!