“Degupan Jantung Baby Terhenti.” Hamil 3 Bulan, Elvina Mohamad Keguguran

Share

Harapkan kehadiran anak kedua tahun ini tapi tiada rezeki lagi. Itu yang dialami oleh pelakon, Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

“Namun Isnin, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada Selasa,” katanya.

Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.

“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.

“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” jelasnya.

Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu keguguran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja.

Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

“Doktor maklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.

“Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami,” ujarnya.

Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3.

Sumber: mStar

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy