Perasaan rindu anak-anak pastinya membuatkan mama atau papa sanggup buat apa sahaja demi melunaskan rasa tersebut. Itulah yang dilakukan oleh pelakon Datin Almy Nadia yang memberikan kejutan buat suaminya yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz.
Almy berkongsi kisahnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Lebih manis lagi, Almy hadir ke lokasi penggambaran Fizz bersama anak-anaknya sambil membawa makanan.
Menurut Almy, sudah hampir seminggu anak-anaknya tidak bertemu dan mula merindui bapa kesayangan mereka.
“Alhamdulillah,kami buat suprise kat en. suami semalam khamis, kami pergi set en suami dekat sungai besar kuala selangor.
“Dekat seminggu anak-anak tak jumpa papa,bawa la lepas rindu, kebetulan En. Suami pun pesan suruh bawa lauk untuk bekalan dia kat sana untuk dia mkn (sbb en suami sejenis sanggup tahan lapar, sbb perut dia jenis x leh mkn benda yg merapu2),
Ads
“Lepas tu beli mknan utk sedekah kat set en suami skali,jadi kami beli la nasi dagang,nasi kerabu,laksam..lps tu dpt sponser air durian belanda dgn jerux mangga.. anak2 happy dpt jumpa papa,termasuk la mama dia(sat ni hampa kata kami x rindu pulek)
“Happy tgk org mknan dgn apa yg kami sedekah,sekurang kurangnya ada jugak yg MENGHARGAI apa yg KITA BELI/SEDEKAH.. niat kami bawa anak2 jumpa papa dia lps rindu,lps tu niat belanja mkn kat set en. Suami..tu jer pada rata2 dok dm kami tanya apa nama tempat tu,kami x tau apa nama resort dia,yg kami tau resort ni hujung kg,jauhhhhhh ke dlm,,
“kalau hampa nak tau nama dia?cer cer hampa google tgk.. ok done for today tau.. @fizzfairuzofficial kami tak tdo la sg besar kat tempat en suami ni sbb jadual anak school lagi,malas nal kacau en suami keja,” tulisnya.
Di ruangan komen ramai yang memuji apa yang dibuat oleh Almy untuk suami dan anak-anaknya.
Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Ads
Sumber: Gempak & IG Almy Nadia
Jangan lupa Saksikan Pa&Ma Journey Bersama Jovianina setiap Rabu Jam 9 malam dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi, hanya di Astro Ria saluran 104/124
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas reda kes tular susu tiruan satu jenama terkenal untuk kanak-kanak, kini ada lagi jenama terkenal lain yang didakwa turut mempunyai susu tiruan di pasaran. Kes tersebut menjadi tular di kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan minum susu jenama tersebut. Masing-masing berkongsi pengalaman kesan sampingan yang anak mereka alami selepas didakwa minum susu jenama tersebut yang dibeli dakwa sebagai tiruan.
Perkongsian daripada Fatin Izdihar mengenai sekumpulan ibu-ibu yang masing-masing berkongsi pembelian susu jenama Dutch Lady pek promo menjadi tular dan menimbulkan kerisauan di kalangan para ibu yang anaknya turut minum susu Dutch Lady.
Berikut kami kongsikan antara bukti-bukti kami sendiri.
Ini baru saya sendiri belum lagi bukti rakan-rakan yang personally Whatsapp, PM saya dan beritahu masalah mereka.
Jadi di bawah adalah carta dari mana masalah muncul dan sejak bila:
Saya bagitau flow dia..
Pek susu pertama ruam (rash) timbul. Kami ingat allergic papers. (Pack pertama dibuka sekitar dalam bulan Januari 2018_
Pek susu dua start ada batuk-batuk sikit. Cirit-birit.. (Pack kedua dibuka sekitar pertengahan bulan Januari 2018)
Pek susu ketiga batuk teruk, demam, lemah, tak selera makan..suhu badan meningkat 39 celcius, batuk semakin teruk selepas minum susu (Pack ketiga dibuka sekitar penghujung bulan Januari 2018 dan pack ketiga yang kami masih simpan sample baki susu tersebut)
Bercakap mengenai anak kami pertama kali ke guna susu Dutch Lady? Tidak sama sekali.
Sejak anak kami berumur 1 bulan hingga 6 bulan sudah lama minum susu Dutch Baby 0-6 bulan.
Kemudian Dutch Baby Susulan, Dutch Lady 1-2 Pek Biasa yang bukan PROMO.
Masalah timbul bila minum pakej susu Dutch Lady versi promosi 3 pek yang bercode dilekatkan dengan sticker putih.
PENGESAHAN MENGENAI SUSU DUTCH LADY PEK PROMO
Risau tentang isu susu tiruan yang viral, seorang ibu Ummu Ameena yang anak-anaknya minum susu jenama tersebut telah mengambil tindakan menghubungi terus pihak Dutch Lady untuk mendapatkan pengesahan sebenar.
Berikut perkongsian beliau di laman facebooknya dengan tujuan supaya dapat melegakan hati ramai ibu-ibu lain.
Memandangkan anak kakak guna susu DL ni dah bertahun, maka kakak bertanggungjawab untuk bertanya sendiri kepada pihak DL situasi sebenar.. Banyak sangat cerita yg tular kt FB pasal susu DL ni..dah la kakak beli byk stok promo Jumaat lalu..Yelahhh,tgh promo kan..time promo je lah belinya..time mahal duk diam2..
Setakat ni, anak2 kakak minum susu ni ok xde apa masalah..last month pun beli susu promo 3 pek tu jugak..anak kakak guna susu 2-4 tahun dan 4-6 tahun..
Jadi tadi kakak pun call dan emel kepada dutchladycareline@frieslandcampina.com mengenai kes ni..katanya kes ni hanya melibatkan susu DL Curious 1-2 Biasa 900g sahaja..dan siasatan sedang dilakukan..boleh baca emel yg pihak DL reply kt gambar2 dibawah
Untuk langkah berjaga2, dinasihatkan supaya tidak menggunakan dahulu susu DUTCH LADY CURIOUS 1-2 BIASA (900g), nombor kelompok 1023C7WA sehingga siasatan selesai dalam masa beberapa hari ni..
Sebelum kakak emel pada DL, kakak pun ada call talian 1800-88-1191 dan operator tu suruh berikan nama dan no fon untuk dorg call semula..dalam sejam lebih kemudian, dpt call dpd Mr. Lim iaitu customer careline DL menerusi nombor 03-79532759..
Mr. Lim kata setakat ni Encik Reza Shamsudin seorang je yg buat aduan tentang susu 1-2 tahun tu..Pihak DL dah pun hantar sampel utk internal lab test – result ok clear xde masalah..Dan dorg pun dah hantar untuk external 3rd party lab test – masih menunggu result..
Untuk any update boleh pergi ke page —> Dutch Lady Moms Club
Untuk isu packaging pula,ada yg packging lama (Bahasa Inggeris) dan packaging baru (Bahasa Melayu)..Setiap susu yg diproduce akan mendapat kelulusan dpd KKM terlebih dahulu sebelum dijual..Dan semua susu DL adalah original..Itu yg Mr. Lim beritahu..
Semoga info ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati ibu2 sekalian terutamanya hati kakak.
DUTCH LADY SUDAH KELUARKAN KENYATAAN RASMI DI LAMAN FACEBOOKNYA
Berikutan kes susu tiruan jenamanya yang tular, pihak Dutch Lady menerusi laman facebook rasmi mereka Dutch Lady Moms Club telah mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan yang siasatan sedang dijalankan dan meminta para pelanggannya memberi perhatian terhadap produk Dutch Lady Curios (900g) dan menasihatkan mereka supaya berhenti menggunakannya buat sementara sehingga siasatan penuh diselesaikan.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, pelanggan dinasihatkan terus menghubungi talian khidmat pelanggan mereka atau menghantar emel secara rasmi.
Dutch Lady Malaysia ingin memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung laporan pelanggan yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) pada 7 Februari 2018. Kami memberi jaminan berterusan bahawa kesihatan dan kesejahteraan pelanggan adalah suatu keutamaan. Kami memandang berat perkara ini dan melancarkan semakan terperinci sejurus selepas menerima laporan tersebut.
Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk berkenaan telah diterima daripada pelanggan dan dihantar ke makmal syarikat dan juga pusat pengujian luaran yang diiktiraf bagi pengesahan selanjutnya. Proses pengesahan ini juga melibatkan sampel rawak daripada produk yang sama.
Sehingga kini, kami tidak mendapati sebarang masalah dalam proses pengeluaran bagi kelompok produk berkenaan.
Kami berusaha untuk meredakan segala kebimbangan pelanggan sementara menunggu keputusan siasatan. Berikut adalah maklumat nombor kelompok bagi produk seperti yang dilaporkan:
Produk: Dutch Lady Curious (900g), nombor kelompok 1023C7WA .
(Nota: Sila rujuk nombor kelompok penuh yang mempunyai 8 digit berserta gambar di bawah)
Sekiranya anda khuatir setelah membeli produk dengan nombor kelompok tersebut, anda dinasihatkan supaya tidak menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga sehingga siasatan penuh diselesaikan dalam masa beberapa hari.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan Dutch Lady menerusi talian 1800-88-1191 atau emel kepada dutchladycareline@frieslandcampina.com.
Setiap ibu ayah pasti mahu membesarkan anak yang berakhlak mulia dan mendengar kata. Namun, dalam mendidik anak-anak, kaedah yang digunakan memainkan peranan besar dalam membentuk emosi dan jiwa mereka. Inilah yang cuba ditegaskan oleh pempengaruh dan usahawan terkenal, Farah Lee, apabila beliau menyeru ibu bapa supaya menolak sebarang bentuk hukuman fizikal terhadap kanak-kanak melalui pendekatan Prophetic Parenting.
Prophetic Parenting: Didikan Berasaskan Kasih Sayang
Menurut Farah, ibu ayah perlu memahami dan menghayati cara didikan Rasulullah SAW yang dikenali sebagai Prophetic Parenting. Satu pendekatan yang berasaskan kasih sayang, kelembutan dan teladan yang baik. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada membentuk akhlak dan emosi anak-anak dengan empati, bukan ketakutan.
Farah Lee Tolak Rotan & Pukul Anak
Dalam satu perkongsian di media sosial, Farah menjelaskan bahawa dia tidak pernah memilih untuk memukul atau mencubit anaknya. Katanya, Nabi SAW tidak pernah memukul kanak-kanak mahupun wanita, maka itu sepatutnya menjadi contoh buat semua ibu bapa.
“Aku ibu yang tegas, tapi aku tak pernah pilih untuk pukul mahupun cubit anak, sebab aku tahu Nabi tak pernah buat dan Nabi sepatutnya jadi rujukan semua orang yang inginkan kebaikan,” katanya.
View on Threads
Farah turut menegaskan bahawa masalah akhlak yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak hari ini bukan berpunca daripada ketiadaan hukuman fizikal, sebaliknya disebabkan kegagalan mendidik kebijaksanaan emosi (EQ) anak-anak. Pendekatan Prophetic Parenting menekankan empati dan kemanusiaan agar anak membesar dengan kasih, bukan ketakutan.
Pandangan Ustaz: Nabi SAW Tidak Pernah Memukul Anak
Pandangan Farah turut seiring dengan penjelasan Ustaz Azlan Shah, yang menyatakan bahawa terdapat banyak hadis sahih daripada para sahabat menunjukkan Rasulullah SAW tidak pernah memukul anak mahupun wanita.
Menurutnya, dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Nabi SAW hanya membenarkan anak berumur 10 tahun dipukul secara ringan jika enggan mendirikan solat setelah mereka dididik dengan penuh kasih sayang sejak umur tujuh tahun. Namun begitu, beliau menegaskan tiga syarat yang mesti dipatuhi:
Tidak boleh meninggalkan kesan.
Tidak boleh menyakitkan.
Tidak boleh dipukul pada wajah.
Ustaz Azlan turut menambah bahawa hadis tidak menyebut penggunaan sebarang peralatan seperti rotan. “Kalau ikut tiga syarat ini, adakah rotan masih sesuai digunakan?” soalnya.
Hukuman Rotan Di Sekolah Ada Garis Panduan
Dalam konteks undang-undang di Malaysia, ibu bapa atau orang awam tidak dibenarkan merotan kanak-kanak. Hanya guru besar atau guru yang diberi kuasa boleh melaksanakan hukuman rotan, itupun tertakluk pada garis panduan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sebelum ini menegaskan bahawa hukuman hanya boleh dijalankan untuk kesalahan berat seperti kes buli. Ia juga dilarang dilakukan di khalayak ramai dan terhadap murid perempuan.
Rotan pula mesti ringan dan hanya di tapak tangan atau punggung yang berlapik pakaian, selain setiap hukuman perlu direkodkan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Didik Dengan Kasih, Bukan Ketakutan
Farah Lee menyeru agar ibu ayah kembali kepada pendidikan berasaskan sunnah, yang menekankan kelembutan, kesabaran dan komunikasi yang baik. Baginya, anak yang membesar dalam suasana penuh kasih akan lebih mudah mendengar kata kerana mereka merasa disayangi, bukan kerana takut dihukum.
“Kalau anak takut sebab kita marah, itu bukan tanda kita berjaya didik. Tapi kalau anak takut untuk kecewakan kita sebab sayang dan hormat, itulah kejayaan sebenar,” ujarnya.
Prophetic Parenting bukan sekadar teori, tetapi cara hidup yang mampu melahirkan generasi berjiwa tenang, penyayang dan penuh adab. Dalam dunia penuh cabaran ini, anak-anak bukan hanya perlu disiplin, tetapi juga perlu merasa dicintai. 🌸
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
30 minit menahan kesakitan, di pertengahan Ramadan ini kanak-kanak 3 tahun kehilangan jari telunjuk.
Anak kecil mudah terdedah kepada kemalangan. Aktif dan suka meneroka, lagi-lagi bila sudah pandai bergerak sendiri seperti berjalan dan merangkak. Justeru, ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan mengawal.
Gambar hiasan
JARI TELUNJUK KIRI TERSEPIT
Gerah Ramadan kali ini, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kehilangan jari telunjuk tangan kiri. Kejadian yang selepas tersepit di dalam mesin pengisar di sebuah premis di Klang.
MENANGGUNG SAKIT 30 MINIT
Lebih memilukan ialah si kecil ini perlu menanggung sakit selama 30 minit. Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, kanak-kanak warga Indonesia itu terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.
SI KECIL MENEMANI IBU BEKERJA
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di situ kerana mengikuti ibunya yang bekerja di premis membuat makanan terbabit.
SITUASI CEMAS DICERITAKAN OLEH PIHAK BOMBA
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebahagian tangan kiri kanak-kanak itu didapati terperangkap di dalam mesin berkenaan.
“Mesin terbabit adalah bagi pelbagai kegunaan dan berada di atas meja ketika kejadian.
“Dipercayai ketika kejadian, ibu mangsa sedang melakukan kerja lain dan kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam mesin terbabit,” katanya.
AMBIL MASA 10 MINIT KELUARKAN TANGAN
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tangan kanak-kanak itu dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melakukannya.
“Anggota paramedik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) turut berada di lokasi untuk bantuan susulan,” katanya.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 9.54 pagi dan kanak-kanak itu kini dirawat di hospital.
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.