Fobia sangat bila anak demam suhu tinggi. Suhu naik mencanak walau pun masa untuk makan ubat masih lama. Ikuti panduan doktor ini.
Mariam selalu fobia sekiranya anaknya Mia berusia empat tahun demam. Dia tidak tahu cara tepat menghadapi keadaan anak demam terutamanya apabila suhu naik mencanaksedangkan anak sudah dijerlum kepala dengan air dan ditanggalkan pakaian. Paling cemas ialah apabila ubatyang sepatutnya diambil satu jam lagi tapi suhu badannya sudah naik ke 38° hingga 40° Celcius.
Apabila dibawa ke klinik, ujian darah dilakukan dan anak kecil ini disyaki diserang denggi kerana kandungan platelet dalam darahnya menurun. Setelah empat hari ujian diulang dan platelet semakin meningkat dan doktor yang merawat ia bukan demam denggi. persoalannya apakah jenis demam yang dialami Mia sebelum itu, adakah ia jangkitan kuman atau influenza?
DEMAM SUHU TINGGGI TANDA JANGKITAN KUMAN
Menurut Dr Rosni Jamalludin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist Hospital, demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus(penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth Disease–HMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi. Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam bersuhu tinggi dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.
Ads
#1 Sekiranya si kecil menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam.
#2 Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk.
#3 Sekiranya anak menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggungserta ulser di dalam mulut dia mungkin menghidap HMFD.
#4 Manakala anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.
Ads
JANGAN LUPA PANTAU
Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah;
Pemantauankondisi anak secara umum seperti tahap aktivitinya.
Pemantauandan selera makan minumnya.
Berilah ubat demam sekiranya demam tinggi melebihi 38.5°C
Sekiranya suhu masih tinggi setelah diberikan ubat demam, puanperlu menjelum kepala, tengkuk, dan badannya secara keseluruhan. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda.
Galakkan anak anda untuk minum banyak air/cecair seperti air kosong, susu, jus buah-buahan dan lain-lain.
Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak puan masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak anda. Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah. Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.
Ads
PUNCA KEKELIRUAN UJIAN DARAH
Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun. Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.
Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit birit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa anak berumur 0 hingga 6 tahun adalah fasa emas di mana mereka sedang belajar bagaimana menjadi seseorang dengan meniru dan menyerap semua keadaan sekelilingnya. Sangat penting untuk orang dewasa menunjukkan ataupun mengamalkan perkara yang baik-baik supaya dapat dicontohi oleh si kecil.
Fasa 0-6 tahun juga merupakan fasa di mana anak-anak akan mula berhubung dengan orang dewasa atau dipanggil ‘connection’ dari segi fizikal dan mental.
‘Connection’ fizikal dan emosi yang kukuh dengan anak dari usia awal bukan sahaja membantu proses keibubapaan malah juga membantu perkembangan sihat anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai Ibu bapa, kadang-kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk. Sakit ke dia? Lapar ke? Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk. Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk.
Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk!
Serius saya dulu pun tertekan juga bila si Solahuddin ni dah mula mengamuk. Ragamnya mengalahkan perempuan tengah kena Pre-Menstrual Syndrome ( PMS )
Bermacam teknik menenangkan anak saya pakai. Semua tak jalan! Anak saya reject mentah-mentah je semua tu.
Rupanya ada satu benda ni saya lupa nak buat!
Saya lupa nak penuhi KEPERLUAN ASAS FISIOLOGI anak saya!
– Makan
-Minum -Sentuhan sayang
-Kesihatan fizikal dan emosi
-Tidur
Ni semua antara keperluan fisiologi paling asas dan penting anak saya tu. Bila periksa punya periksa…
Tepuk dahi saya! Rupanya anak saya ni TAK CUKUP TIDUR JE RUPANYA. Bila keperluan fisiologi paling asas ni tak dipenuhi, buat la teknik apa pun, memang takkan jalan.
Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Semua Mak Ayah Kena Tahu Berapa Jam Si Comel Kena Tidur Dalam Sehari
Ni jadualnya berdasarkan National Sleep Foundation:
# 0 – 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
# 4 – 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
# 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
# 3 – 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
# 6 – 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita. Nak tidur anak kita lebih lena dan berkualiti? Jauhkan skrin smartphone dan gadjet sejauh jauhnya daripada pandangan si comel kita ye.
p/s : Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye. InsyaAllah akan sangat berguna untuk rujukan. Kongsi jugak info dan ilmu ni pada pasangan kita. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni dikongsi pada pasangan masing-masing.
Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
Jangan diambil mudah perkara ini.
Kita boleh ubah amalan dan kepercayaan karut dalam masyarakat dengan ilmu.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...