Bila anak demam, cirit birit atau selesema ibu ayah tak senang duduk dibuatnya. Malah raya pun jadi tak bermakna. Sebab itu pentingnya untuk sediakan ‘payung’ sebelum hujan.
Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya. Jauh atau dekat, ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan dengan keluarga tersayang. Sudah tidak sabar rasanya hendak pulang ke kampung halaman. Terbayang wajah ibu dan ayah serta suasana kampung yang menggamit memori.
Dalam kekalutan menyelesaikan kerja-kerja di pejabat mahu pun di rumah kerana hendak bercuti panjang, persiapan pulang ke kampung juga mesti dilakukan. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, persiapan rapi perlu dilakukan.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah ubat untuk bayi atau kanak-kanak apabila berhadapan dengan sakit yang RINGAN.
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”, persediaan ini sangat penting terutamanya sekiranya kampung halaman anda terletak jauh di pedalaman dan jauh dari fasiliti kesihatan. Klinik dan farmasi swasta juga mungkin tidak beroperasi semasa tempoh perayaan.
Antara masalah kesihatan ringan yang biasa berlaku kepada kanak kanak adalah;
1. Demam atau tahan sakit,
2. Sakit perut, muntah dan cirit birit
3. Alahan ringan yang menyebabkan kegatalan dan ruam.
4. Batuk dan selsema
Berikut merupakan “check list” ubat ubatan untuk masalah masalah tersebut;
* Ubat ini TIDAK sesuai untuk kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah
Kesemua ubat yang di senaraikan ini boleh di perolehi di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. Anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan bertanya kepada anggota kesihatan di fasititi tersebut.
PENTING- Sila ambil perhatian perkara perkara berikut
#1. Dos ubat-ubatan untuk anak kecil adalah berbeza daripada dos orang dewasa iaitu berdasarkan berat badan.
#2. Ada sesetengah ubat tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun.
#3. Ubat yang sama juga mempunyai kekuatan atau kepekatan yang berbeza bergantung dari mana anda dapatkannya.
#4. Dapatkan pengiraan dos dan nasihat daripada profesional kesihatan tentang ubat-ubatan yang ingin diberikan
#5. Pastikan anda benar-benar tahu tentang suatu ubat tersebut sebelum memberikannya kepada anak kecil anda
#6. Jika tidak semakin pulih dan keadaan menjadi semakin teruk bawak anak kecil anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.
#7. Pastikan anda tahu kaedah untuk penyimpanan ubat ubatan dan pengendalian ubat ubatan yang telah di gunakan
#8. Pastikan ubat ubatan ini di letakkan JAUH dari kanak kanak
#9. Jangan menggunakan antibiotik kecuali mendapat saranan doktor.
Selamat pulang ke kampung!
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Sumber: Public Health Malaysia