Ada anak kecil ni, orang kata ibu bapa kena alert 24 jam. Tak boleh leka sebab macam-macam boleh jadi. Begitu juga bila anak demam, pasti ibu panik bila anak tiba-tiba mengalami kekejangan sampai tidak sedarkan diri. Sawan demam atau disebut sebagai ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa.
Siapa yang tak cuak kan? Tiba-tiba je anak yang demam tadi baring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Sampaikan ada beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.
ALERT!
Papa mama ada pengalaman macam ni tak? Lebih menakutkan kalau dia kena tengah-tengah malam di rumah. Apa yang perlu kita buat?
Ikuti perkongsian pengalaman dan tips dari Puan Nurul Eifa seperti yang dikongsikan Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel. Moga ia boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di luar sana. Semoga bermanfaat.
‘Perkara yg paling menakutkan spnjg hidup bila tengok anak mengalami tarik dan ingat dia hampir putus nyawa. Syukur anak masih dipanjangkn umur dan semakin sembuh.
Cuma demam tak kebah2 lagi kejap2 ok.. nanti malam dia panas balik.. kena bergilir2 dgn husband tengok anak takut trauma dulu terjadi lagi.
Saya kongsi kat bawah apa perlu buat kalau jadi tarik kat anak waktu kt rumah.. tolong baca untuk pengetahuan & persediaan kalau tiba2 terjadi kt anak sendiri pulak. Ibu2 yg da pernah alami ce share sikit situasi masa kena tu..’
Apa anda perlu buat kalau anak kena sawan tarik di rumah?
1. Baringkan dia mengiring.
2. Buka pakaian anak.
Ads
3 .Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, mengiringkn dia utk keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.
4. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.
5. Jangan masukkan ubat punggung masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air . Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat punggung (kalau ada simpan kat rumah).
6. Kalau tidak ada ubat punggung di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.
7. Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran.
Ads
Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen.
Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang. Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.
PUNCA SAWAN TARIK 👇👇
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya:-
1. Demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
2. Ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
Ads
3. Pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
4. Cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
5. Cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
6. Kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
7. Kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
8. Menangis tanpa henti hingga kebiruan.
9. Tercekik sesuatu dalam mulut.
10. Genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.
Rupa-rupanya sebelum usia 4 tahun, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan gigi sebanyak 3 kali. Penting untuk elak masalah gigi rosak.
Menjadi kewajipan ibu ayah untuk menunaikan hak anak-anak yang masih kecil. Mereka masih belum tahu melakukannya sendiri terutama sekali pemeriksaan gigi.
Banyak masalah berkaitan gigi anak, belum pun usia dua tahun gigi dah mula rongak gara-gara kurangnya kepekaan ibu bapa kepada pemeriksaan gigi anak. Sepatutnya sebelum usia 4 tahun, gigi anak sudah diperiksa 3 kali!
Ibu ayah jangan ambil mudah bab gigi anak. Bawa mereka buat pemeriksaan bila tiba masanya untuk elak masalah gigi rosak. Kecuaian ibu ayah boleh menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan/ mengunyah berkhasiat dengan baik dan keluar masuk hospital sebab sakit gigi.
Sumber gambar: Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor
PEMERIKSAAN GIGI MENGIKUT TAHAP USIA
Banyak perkara berkenaan gigi anak yang akan diperiksa mengikut tahap usia. Ia telah tertulis di dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6 tahun) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti;
Pada usia 0-9 bulan, bayi akan diperiksa sama ada menghisap susu botol, menghisap puting tiruan atau bayi tidur dengan menghisap botol susu atau susu ibu.
Pada usia 10 hingga 23 bulan pula, antara soalan yang ditanya semasa pemeriksaan ialah adakah anak dibiar tertidur dengan botol sus di mulut atau ketika menyusu badan, ibu bapa pernah mendengar tentang karies gigi dan sebagainya.
Manakala pada usia 2-4 tahun pula, antara perkara yang diselidiki ialah ibu bapa/ penjaga menyelia anak semasa memberus gigi, anak memberus gigi sebelum tidur, menggunakan ubat gigi berflourida semasa memberus gigi dan lain-lain.
Keperihatinan ibu bapa boleh membantu si manja mengelakkan masalah berkaitan gigi sepanjang proses pembesarannya. Amalan baik seperti memberus gigi sebelum tidur juga boleh diterapkan sejak awal lagi sebenarnya.
Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.
Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu..
Cuba lihat muka surat 68,96 & 115. Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.
SEBELUM 4 TAHUN DIPERIKSA SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI
Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali :
0 – 9 bulan
10 – 23 bulan
2 – 4 tahun
GIGI SUSU SAMA PENTINGNYA DENGAN GIGI KEKAL
Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.
KESILAPAN IBU AYAH BOLEH BUAT ANAK MERANA
Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi?
Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?
Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu.
BAWA ANAK KE KLINIK PERGIGIAN SEAWAL BOLEH
Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.
Sembilan bulan melalui pelbagai keinginan ketika hamil, akhirnya isteri kesayangan pelakon Harris Annuar selamat menimang cahaya sulung mereka pada malam semalam.
Menerusi Instagramnya, Harris berkongsi khabar gembira itu kepada pengikutnya yang mengikuti perjalanan kehamilan isterinya.
Isteri Harris, Asha Merican yang juga pelakon selamat melahirkan bayi perempuan mereka tepat jam 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.
“11.51PM 26/3/23 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah.
Apa yang menariknya, Harris sempat berseloroh dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini isterinya mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil.
Menerusi hantaran itu, Harris turut berkongsi gambarnya bersama puteri kesayangan mereka yang sudah pun diberikan nama indah, Aura Medina.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.
Doktor boleh melakukan beberapa ujian berkenaan diet bayi anda, sejarah kesihatan, tahap aktiviti, dan kemungkinan penyebab tekanan sebelum dapat mengetahui punca kegagalan kenaikan berat badan bayi anda.
Secara umumnya, jika bayi tidak membesar secara normal, itu mungkin kerana dia tidak makan dengan betul atau dia tidak menyerap nutrien sepenuhnya.
Masalah penyusuan
Bayi anda mungkin merasa letih dan tertidur sebelum dia mempunyai susu yang mencukupi.
Bayi anda mungkin mempunyai tahap refleks menghisap yang lemah untuk menghisap susu cukup dari payudara atau bahkan dari botol.
Bibir atau lelangit mengganggu penyusuan. Keadaan ini dapat ditangani dengan menggunakan botol dan puting khas dan mendapatkan nasihat pakar makanan. Ini biasa terjadi pada tahun pertama pembesaran.
Tounge tie dan lip tie boleh membuatkan bayi anda tidak dapat menyusu dengan baik dan mendapatkan semua khasiat makanan.
Jika anda memberikan bayi anda susu formula, penyediaan susu yang salah juga boleh menyebabkan bayi anda kegagalan untuk menaikkan berat badan.
Jika anda memberikan susu badan dan berdepan masalah untuk mendapatkan rutin penyusuan yang betul, bayi anda mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Ini mungkin disebabkan jumlah susu yang tidak mencukupi untuk bayi anda.
Tekanan perasaan atau gangguan emosi seperti perasaan sedih juga boleh mengganggu penyusuan. Ia boleh menyebabkan letdown reflex, satu keadaan di mana payudara akan dirangsang untuk mengeluarkan susu, tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Sekali gus menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi. Untuk menggalakkan letdown reflex ini, carilah tempat menyusu yang tenang.
Sesetengah bayi yang diberikan makan mengikut jadual yang ketat juga boleh mendapat kurang nutrien makanan yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk membiarkan bayi anda mendapatkan susu pada bila-bila masa yang diperlukannya.
Faktor lain
Jika bayi anda tidak sihat, dia memerlukan lebih banyak kalori dan nutrien. Rasa tidak sihat boleh mengganggu selera dan penambahan berat bayi anda.
Bayi anda mungkin mengalami masalah gastrousus kronik seperti cirit-birit, relfuks, jangkitan seliak (celiac disease) atau alergi susu.
Jika anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau ada anak-anak anda yang lain yang berebut mendapatkan perhatian anda, anda mungkin tidak dapat memberikan perhatian secukupnya kepada bayi anda untuk memastikan dia mendapat kalori yang mencukupi.
Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, kegagalan untuk mendapatkan berat badan boleh disebabkan oleh masalah paru-paru seperti fibrosis sista, masalah sistem saraf seperti cerebral palsy, masalah kromosom seperti sindrom down, penyakit jantung, anemia, atau gangguan metabolik atau endokrin seperti kekurangan hormon pertumbuhan. Sekiranya berdepan dengan salah satu punca di atas, rawatan segera perlu di ambil.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...