Demam kuning disebabkan susu ibu? ada ke?? Setahu kita, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi baru lahir. Tapi bila ada doktor sendiri kata susu ibu tu yang buatkan demam kuning bayi meningkat, terasa sedih kan.. Lebih sedih bila tekad kita nak susu penuh dengan susu badan, tercabar dengan ujian dan dugaan macam ni.
Bagaimana boleh terjadi Breastmilk Jaundice?
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, terdapat beberapa teori untuk mengenal pasti punca berlakunya Breastmilk Jaundice:
Antaranya:
Teori pertama, susu ibu mengandungi epidermal growth factor (EGF) yang menghalang penghuraian bilirubin kepada bahan yang lebih mudah dikeluarkan dari tubuh. Dengan itu, bilirubin tidak dapat dibuang dari tubuh dan menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi dalam darah.
Teori kedua, susu ibu yang mengandungi saki-baki pencernaan hormon progestrone yang dinamakan 3-alpha-20-beta pregnanediol yang menghalang tindakbalas enzim uridine diphosphoglucuronide (UDPGA) glucuronyl transferase yang berfungsi dalam pencernaan bilirubin dan membuang bilirubin. Sekali lagi bilirubin tidak dapat dikeluarkan dari badan.
Teori ketiga, terdapat enzim dalam susu ibu lipoprotein lipase yang menyebabkan kurang tindakbalas glucuronyl transferaseyang akhirnya mengganggu pencernaan dan pembuangan bilirubin.
Namun, teori barat ini adalah untuk menolak penerimaan susu badan dan menggalakkan susu formula. Menurut Dr. Zubaidi, fenomena ini biasa dalam kalangan bayi. Insha Allah, Breastmilk Jaundice akan berakhir bila penyusuan bayi sempurna dan lebih kerap.
Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:
Menurut Dr. Hana pula, Breastmilk Jaundice perkara biasa.
Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?
Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna harus berhenti menyusukan bayi, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.
Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan
JANGAN:
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”
Itu antara info berkaitan breastmilk jaundice, ada juga istilah breasfeeding jaundice. Bezanya ialah breastmilk jaundice adalah disebabkan demam kuning meningkat disebabkan susu badan. Tapi breastfeeding jaundice disebabkan bayi tak cukup susu badan. Apapun, kedua-dua jenis ni tak merbahaya. Cuma ibu kena berpantang betul-betul bila anak demam kuning. Kena teruskan susu ibu dengan kerap dan aktifkan bayi… Menurut Dr. Zubaidi, jika anak menyusu dengan baik, kerap membuang air kecil dan air besar, takde masalah… Cuma kena teruskan penyusuan dengan kerap dan laktasi dengan betul. Jika nak campur dengan susu formula dengan panduan doktor pakar tapi jangan stop susu badan.
Moga anak-anak kita dilindungi dari penyakit sebegini. Sebab tu, masa mengandung orang tua suruh pantang juga. Elakkan jeruk, makan makanan ringan dan bahan pengawet. Banyakkan minum susu, makan buah dan sayur untuk elakkan kuning. Tapi kalau dah ikhtiar nak kena juga, itulah dugaan dari Allah sebagai penghapus dosa ibu bapanya.
Sumber: www.mariafirdz.com