Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiological jaundice‘ dan ‘pathological jaundice’.
“Physiological jaundice” adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.
“Pathologic jaundice” pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan, Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta.
Ada juga “Prolonged Jaundice” yang kuning bayi melebihi 14 (matang)-21(pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.
Namun adakah demam kuning ini berbahaya kepada si bayi jika tidak dirawat? Ikuti perkongsian daripada Pakar Perunding Kanak-Kanak, Datuk Dr Muhammad Iqbal Sarwar berkenaan penyakit ini.
Jaundice Bayi Baru Lahir Adalah Perkara Biasa
Jaundice Kalau Tinggi Sangat Boleh Rosakkan Otak
Selalunya kalau mata, peha & kaki baby tu dah kuning. Ini bermakna level jaundice dalam darah baby tu tinggi. Kena periksa DARAH.
Boleh Terjadi Pekak Saraf
Kredit: Datuk Dr Mohammad Iqbal, Pakar Perunding Kanak-kanak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakit Buang Air Kecil, Bengkak Hujung Kemaluan Mungkin Tanda Anak Lelaki Ada Masalah Phimosis. Mak Ayah Kena Peka
‘Lamanya Adam dalam tandas..kencing je pun’
‘Adam kata sakit sikit masa kencing tapi saya tengok tak ada apa apa pun’
‘Eh, kenapa ye bila Adam kencing macam ada bengkak kat hujung?’
‘ Haih..Adam demam lagi..asyik kena jangkitan air kencing je’
Pernahkah persoalan-persoalan seperti di atas bermain-main di fikiran anda? Tambahan pula bila melihat kemaluan anak lelaki atau zakar si kecil yang kembang pada hujungnya dan menjadi seakan belon yang hendak meletup.
Bukan itu sahaja, jangkitan air kencing juga antara penyebab si kecil sering demam dan tidak sihat. Apakah ada sesuatu yang tidak kena pada kemaluan mereka? Jika itu yang berlaku kepada anak lelaki anda, keadaan tersebut dikenali sebagai Phimosis yang mana ia boleh berlaku kepada kanak-kanak lelaki. Dr Shazly Bin Safian, Pakar Bedah Am dari Pantai Hospital Laguna Merbok mengulas lanjut mengenai permasalahan ini.
Apa itu Phimosis?
Senario di atas merupakan perkara yang biasa dilalui oleh para ibu bapa yang mempunyai anak lelaki. Sekiranya anak-anak lelaki ada melalui keadaan seperti di atas, ada kemungkinan besar mereka mempunyai masalah ‘phimosis’.
‘Phimosis’ merupakan satu keadaan di mana ‘prepuce’ atau kulit di bahagian kemaluan lelaki tidak dapat ditarik ke belakang melepasi ‘glans penis’ atau kepala zakar. Phimosis terbahagi kepada dua, iaitu ‘physiological phimosis’ dan ‘pathological phimosis’.
Menurut Dr Shazly, adalah normal kulit tersebut tidak dapat ditarik ke belakang sehingga sekurang-kurangnya umur 3 tahun dan ini dianggap sebagai ‘physiological phimosis’. Namun, apabila seseorang kanak kanak lelaki menghadapi masalah kencing, maka ia dianggap sebagai ‘pathological phimosis’.
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?
“’Pathological phimosis’ kebiasaannya berlaku apabila bukaan bahagian hujung kulit kemaluan menjadi sempit. Bukaan yang sempit menyukarkan air kencing untuk keluar dan keadaan ini biasa berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut pernah mendapat jangkitan di kawasan tersebut atau terdapat terlalu banyak ‘smegma’ dibahagian ‘glans penis’. Smegma merupakan sel sel mati dan rembesan minyak dari kulit dan berwarna putih. Smegma yang terlalu banyak adalah punca pembiakan bakteria dan seterusnya jangkitan di bahagian kemaluan.” Kata Dr Shazly.
Info ringkas tentang Smegma berlebihan :
- Jika anda tidak membersihkan kulup secara rutin, sejenis bahan putih yang dikenali sebagai smegma akan terkumpul dibawah kulup di bahagian kepala zakar.
- Smegma adalah sel-sel lama yang sentisa terbentuk dibawah kulup apabila sel baru terbentuk.
- Smegma boleh dibersihkan dengan senang saja sepertimana yang disebut di atas.
- Jika tidak ia boleh terkumpul dengan banyak dan menyebabkan rasa gatal dan kurang keselesaan.
Apakah tanda-tanda yang akan dialami oleh pesakit?
Antara tanda-tanda kanak-kanak lelaki menghidap phimosis adalah kerap berlaku jangkitan di bahagian kemaluan dimana kulit menjadi merah, kerap mendapat jangkitan air kencing, selalu mengadu sakit ketika hendak kencing dan apabila kencing, kulit dibahagian hujung mengembung sebelum air kencing keluar atau dalam bahasa perubatan ‘ballooning’ berlaku.
Apa yang perlu anda lakukan jika didapati anda mengalami masalah phimosis ?
Sebaiknya, jumpa dengan doktor untuk pendapat. Bagi mengelakkan berlakunya phimosis, ibu bapa seharusnya perlu menarik sedikit kulit kemaluan ke belakang dan membersihkan bahagian hujung kulit itu. Perlu diingatkan untuk tidak menarik terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kesakitan.
Rawatan Pilihan
Cara untuk merawat kanak-kanak lelaki yang menghidap phimosis adalah dengan ‘circumcision’ atau sunat. Bagi kanak-kanak yang boleh memberi kerjasama, prosedur ini boleh dilakukan secara bius setempat, jika tidak ia akan dilakukan di dalam dewan bedah dengan bius penuh.
Alternatif yang lebih baik, adalah sunat ketika masih bayi, seawal hari kedua kelahiran. Prosedur hanya mengambil masa 15 minit, dilakukan dengan bius setempat dan proses penyembuhan yang sangat cepat, seawal 7 hari sama dengan tertanggalnya tali pusat.
Cara mengelakkannya?
Elakkan penggunaan sabun yang terlalu kuat untuk mencuci kulup. Jangan terlalu kasar apabila menarik kulup. Oleh itu, disarankan ibu bapa membawa anak anak berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat mana-mana simtom seperti di atas agar pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari-Hari Gosok Gigi Anak, Tapi Tetap Rosak?” Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu
Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Kenapa ia boleh terjadi? Ikuti perkongsian daripada doktor gigi ini.
“Doktor, saya hari-hari berus gigi anak, tapi kenapa gigi anak saya masih juga rosak?”
Berikut saya senaraikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang menjadi punca kepada berlakunya kerosakan terhadap gigi anak sama ada dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar:
- Membiarkan anak minum susu botol sehingga anak tertidur bersama-sama botol susu di dalam mulut.
- Menambahkan gula/madu ke dalam susu anak.
- Memberi anak minum minuman manis yang lain selain daripada susu menggunakan botol.
- Masih membiarkan anak minum susu menggunakan botol walaupun usia anak telah melebihi 2 tahun .
- Tidak membiasakan anak minum air masak/air kosong selepas anak selesai menyusu (bagi yang berumur 6 bulan ke atas).
- Merasa makanan atau minuman terlebih dahulu dan menyuapkan ke dalam mulut anak menggunakan sudu yang sama.
- Meniup makanan atau minuman yang panas dengan bibir untuk menyejukkannya sebelum menyuapkan ke dalam mulut anak.
- Berkongsi sudu atau garpu dengan anak ketika makan.
- Tidak memantau/mengehadkan pengambilan serta kerap memberikan makanan ringan/snek/coklat/gula-gula kepada anak di antara waktu makan utama.
- Tidak membersihkan gigi serta mulut anak di bawah usia setahun menggunakan tuala basah selepas anak menyusu terutama pada waktu malam sebelum tidur setiap hari.
- Tidak membantu anak yang berusia 1 tahun ke atas memberus gigi mereka setiap hari atau membiarkan mereka memberus gigi dengan sendiri.
- Tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk memberus gigi anak.
- Tidak memeriksa sendiri mulut dan gigi anak di rumah secara berkala.
- Tidak membawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan seawal usia anak 6 bulan atau selewat-lewatnya setelah gigi pertama anak tumbuh.
Cuba lihat kembali, ada tak di antara senarai di atas yang pernah atau masih anda lakukan terhadap anak kecil anda?
Jika ya, mungkin itulah yang menjadi punca kenapa gigi anda mudah mengalami kerosakan gigi.
Jadi kepada semua ibu bapa mari kita sama-sama berusaha untuk menghindari daripada melakukan kesilapan-kesilapan di atas ya.
Kerosakan gigi anak sebenarnya boleh dicegah jika kita tidak melakukan kesalahan-kesalahan di atas sejak dari awal usia anak iaitu sebelum gigi pertama mereka tumbuh.
Bagi anda yang mempunyai anak yang sudah pun mengalami kerosakan, jangan terlalu risau. Segeralah bawa anak anda ke klinik gigi berhampiran bagi membolehkan doktor gigi memeriksa keadaan gigi anak anda.
Berbincang dengan doktor gigi dan dapatkan maklumat lanjut tentang pilihan rawatan yang ada bagi merawat gigi anak anda.
Semoga bermanfaat!
Dr Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.
#DakwahGigi
Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan,
Kredit: IG dentista.kids
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup. Newborn Menyusu 12-15 Kali Sehari
Bayi baru lahir kerap menyusu menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa & orang sekeliling. Adakah sebenarnya dia sedang kelaparan disebabkan oleh susu ibu tidak mencukupi? Ini penjelasan kaunselor laktasi.
Menurut Noorfazila Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi Bertauliah, pemahaman ibu bapa dan keluarga tentang cabaran penyusuan susu ibu pada peringkat awal kelahiran amat penting untuk memastikan perjalanan susu ibu secara eksklusif tidak mudah ‘tergugat.’
YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!
Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?
- Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
- Lampin dipakai berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dalam tempoh 24 jam.
- Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
- Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran. Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
- Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
- Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
- Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
- Berat akan bertambah mengikut umur.
- Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
Jika semua tanda di atas dialami oleh bayi anda, anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu yang mengadu pada saya yang mereka risau jika anak tidak mendapat bekalan susu yang secukupnya terutama minggu-minggu pertama kelahiran.
SUSU IBU MUDAH DIHADAM, BAYI MUDAH LAPAR
Ini kerana kebiasaannya bayi yang baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu.
Jangan risau ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi akan cepat lapar.
NORMAL BAYI BARU LAHIR MENYUSU SAMPAI 15 KALI SEHARI
Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari.
Terdapat juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran. Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari.
SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN
Apa yang penting susukanlah bayi sekerap yang boleh. Kerana lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan.
Perlu diingatkan bahawa, berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun berat akan mula bertambah selepas itu dan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan.
PEKA TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT CUKUP SUSU
Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?
- Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
- Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
- Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
- Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
- Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
- Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.)
- Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
- Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF.
Percayalah penyusuan susu ibu sesuatu yang mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan.
Penyusuan susu sbu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.
SALAM PENYUSUAN SUSU IBU
Sumber: Noorfazila Abdul Rahman
Kaunselor Laktasi Bertauliah
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Anda!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI