Siapa yang tidak bimbang bila anak mengalami masalah demam kuning atau jaundis. Namun begitu, mencuba beberapa petua dirasakan tidak wajar.
Isteri kepada penyanyi Tajul, Nurul Shamieza Eddie berdepan detik cemas bila mana dirinya mengalami demam selepas mencuba pelbagai altenatif yang dikongsikan pengikutnya di Instagramnya, gara-gara mahu memulihkan masalah jaundis anaknya.
Pun begitu kata isteri pelantun lagu, Sedalam-Dalam Rindu itu, dia sekadar untuk mencuba jika serasi dengannya.
“Nak tahu tak semalam Icaa demam panas, sejuk sampai ke tulang dan hampir bentan sebab ikut salah satu tips.
“Sejak semalam memamg ramai gila bagi tips turunkan kuning baby tetapi saya pilih untuk minum air sengkuang cina.
” Icaa suruh suami beli kat 7E, masa minum tu ok saja. Lepas balik dah rasa lain macam. Macam nak pital je kepala. Pukul 9 atau 10 malam mula sejuk gila badan, bukan macam demam biasa.
“Lagi extreme pakai la berlapis-lapis selimut ka apa, sejuk tu tetap tembus,” kongsinya.
Pun begitu kata Icaa, melihatkan keadaannya, Tajul terus mencuba petua lain untuk memulihkan keadaannya ketika itu.
” Cuak ya laki (suami) aku hahaha, lepas tu dia dapat petua untuk redakan demam tu, bakar bawang putih dan kepalkan dengan nasi putih.
” Rasa dia memang tak sedap tapi lepas makan terus badan rasa panas dan lebih baik sikit. Kemudian lepas mandi basahkan kepala baru okey, tapi seksa ya kena mandi masa demam, sejuk,” kongsinya lagi.
Kata Shamieza dia serik untuk mencuba sebarang petua. Baginya, mungkin petua itu serasi dengan orang lain tetapi kurang serasi untuk tubuhnya.
” Tak nak dah cuba apa-apa lagi. Setiap antibodi orang tak sama, mungkin serasi untuk mereka tetapi tak berapa serasi untuk tubuh saya,”tulisnya berkongsi.
Isteri kesayangan Tajul ini baru sahaja melahirkan bayi keduanya pada 6 May lalu dan kini sedang berpantang.
Terdahulu, Tajul dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017. Dan kini pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)