Musim sekarang ni, kena lebih berhati-hati. Jika demam panas secara tiba-tiba pakej dengan batuk dan selesema ia mungkin antara simptom dijangkiti virus Influenza. Apa yang merisaukan jika lambat dapat rawataaan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan berlaku kematian.
Untuk lebih memahami mengenai Influenza, Dr Mansor bin Ramli dari Klinik TTDI_Bangi beri sedikit kupasan untuk ibu bapa.
Menurut Dr Arman, virus Influenza amat mudah menjangkiti anak-anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas.
Bahayanya virus Influenza ini jika dibiarkan tanpa/lewat dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Antaranya seperti jangkitan pada telinga menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung, otak dan sebagainya.
Beza Influenza vs Demam, Batuk Selesema Biasa
Demam Panas Secara Tiba-Tiba
Berbanding demam biasa suhu badan meningkat secara berperingkat. Bagi demam Influenza A atau B, demam panas secara tiba-tiba dan suhu sangat tinggi seperti 38, 39 darjah celcius.
Anak juga mengalami simptom seperti:
– keletihan
– cirit birit
– sakit perut
– sakit tekak
– sakit kepala
– selesema
– batuk
– tiada selera makan
Seandainya semua simptom ini ada pada anak, Dr Arman nasihatkan segera bawa anak ke hospital untuk melakukan pemeriksaan bagi rawatan segera.
Berikut video penjelasan Dr Arman:
@klinikttdi_bangi Mengenal pasti simptom influenza menjangkiti anak2 info from @drman.ttdi #fypシ #infokesihatan #hidupsihatpilihankita #fypシ゚viral #viral #fyp #influeza ♬ original sound – KLINIKTTDI_BANGI
Kredit: KLINIKTTDI_BANGI
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!