Demam, tumbuh bintik merah, ulser . Bapa ini kongsi pengalamannya apabila si anak  dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) dalam Pa&Ma TV.

Encik Zulkfli Zainal berkongsi tentang pengalamannya mengendalikan situasi cemas apabila anaknya,  Ziqri Adam Rayyan, 2 tahun 6 bulan dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut   atau Hand, Foot & Mouth Disease semasa berusia 2 tahun dalam rancangan TV Pa&Ma disiarkan pada jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam 5 Februari 2019 di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.

Episod ini disiarkan pada jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam 5 Februari 2019 di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.

3 HARI DEMAM, MULA DITUMBUHI BINTIK MERAH

Mengimbau detik cemas itu, Zulkfli berkata, anaknya demam selama 3 hari sebelum menunjukkan simptom HMFD. Bintik merah berisi cecair yang disangka kesan daripada ruam adalah petanda anak kecil ini sudah pun dijangkiti penyakit berjangkit ini.

“Masa tu Adam sudah start demam dlm 3 hari. Lepas tu ada tumbuh bintik-bintik merah dekat tangan,badan dan kaki. Mula-mula saya ingatkan kesan daripada ruam-ruam biasa. Tapi bila tengok bintik-bintik merah itu dah jadi macam cecair & dalam mulut dia ada tumbuh ulser.

“Selera makan dia pun dah kurang. So kami terus bawa dia pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Doktor sahkan mmg dia menghidapi HFMD,” kata Zulkifli tentang anaknya.

DAPATKAN RAWATAN DI PPUM

Ketika itu, kemudahan yang ada amat membantu. Terdapat kaunter khas untuk kanak-kanak HMFD bagi memudahkan proses saringan.

“Kami bawa Adam telah dbawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dekat emergancy kanak2 mmg ada kaunter khas utk wabak HFMD. Setelah jumpa doktor dan doktor ambil sample air liur Adam. Keputusan ujian mengesahkan yang Adam memag positif HFMD pada ketika itu,” kata Zulkifli.

TIADA RAWATAN KHUSUS. KUARANTIN & JAGA KEBERSIHAN

Bapa ini juga menerangkan yang tiada rawatan yang khusus untuk virus ini. Katanya, doktor menyarankan membuat rawatan di rumah dengan cara Adam dikuarantin.

“Doktor sarankan kami kuarantin Adam, jangan bagi dia keluar rumah pergi bermain di playground atau bermain dgn kanak-kanak lain. Pada masa yg sama doktor menekankan aspek kebersihan dan menasihatkan keadaan di dalam rumah perlu sentiasa bersih supaya virus HMFD tidak merebak,” kata Zulkifli.

MENANGIS KESAKITAN BILA BERPELUH & LUKA TERKENA AIR

Zulkifli turut berkongsi momen-momen yang paling memeritkan yang terjadi kepada anaknya. kalau boleh dikongsikan.

“Kesakitan yang paling menyakitkan bagi Adam ialah apabila bintik-bintik merah dan cecair tu pecah dalam minggu ketiga. Bila bintik cecair pecah, ia akan menjadi luka dan ini menyebabkan Adam akan merasa pedih bila dia berpeluh & merasa sakit bila terkena air ketika kami mandikan dia.

“So untuk bagi cepat kering luka dia tu, selepas mandikan Adam, kami akan lap kering-kering luka dia tu. Kami sapukan  krim antiseptik yang dibeli di farmasi dan tampalkan dengan gauze untuk mengelakkan dia merasa pedih atau menggaru di tempat yang luka tersebut.”

TIP KEPADA IBU BAPA LAIN 

Zulkifli turut berpesan kepada ibu bapa lain untuk memastikan kebersihan di dalam rumah sentiasa terpelihara bagi mengelakkan HMFD kepada kanak-kanak. Sentiasa mop lantai rumah paling kurang dua kali seminggu.

Selain itu, dia turut menyarankan agar ibu bapa tidak membiarkan anak bermain di tempat-tempat kotor atau terdedah dengan sebarang bakteria atau kotoran.

“Pastikan di rumah sentiasa ada hand sanitizer untuk memastikan tangan anak-anak bersih setiap kali menyentuh benda asing. Jika semua aspek-aspek di atas dititkberatkan, Insha Allah anak anda tidak akan dijangkiti virus tersebut,” kata Zulkifli mengakhiri perbualan.

Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut atau Hand, Foot & Mouth Disease boleh ikutinya di dalam rancangan TV Pa&Ma. Rancangan TV Pa&Ma kini sedang berada di Musim Ketiga dengan pengacara Zahiril Adzim & Syera Aiyob.

Episod Fenomena HMFD yang disiarkan pada jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam 5 Februari 2019 di saluran Astro Prima & Astro Prima HD. Kupasan daripada pakar dan perkongsian daripada para ibu bapa lain yang boleh dijadikan panduan.

Tinggalkan Komen