Hati ibu mana yang tak sedih, bila dapat tahu anak yang dikandung selama 9 bulan, dijaga dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi selamanya dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Bayangkan jika kita sebagai ibu bapa pun berada dalam situasi ini pasti akan rasa marah.
Mahu pengadilan
Berdasarkan sidang media polis yang diadakan semalam (11 Mei), punca kematian bayi lelaki 9 bulan ditangan suami pengasuh adalah dipercayai diliwat dan mulutnya pula ditekup menggunakan tangan sehingga lebam.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, suspek bertindak meliwat bayi itu dan membunuhnya dengan cara menekup mulut mangsa menggunakan tangan ketika pengasuh (isterinya) sedang menyapu di luar rumah.
ARTIKEL BERKAITAN [“Sanggupnya Suami Pengasuh”. Cedera Pada Dubur & Lebam Di Mulut Punca Bayi 9 Bulan Maut]
Ibu kepada bayi berkenaan iaitu Robiatul Adawiah meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima ketiadaan anaknya dengan perbuatan yang dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Melalui luahan hatinya itu, sebagai ibu dia akan menuntut keadilan dan membela kematian anak syurganya itu.
Rindu yang tiada penghujung
Paling sebak, ibu adik Afiq memuat naik status yang sehingga kini dia tak boleh terima cara pemergian bayinya. Hantar rumah pengasuh dalam keadaan sihat, balik tengok dah kaku.
Rindu yang tiada penghujungnya.
Malahan senyumanmu, gelak tawa mu tak akan pernah ibu lupa. 9 bulan ibu kandung, 9 bulan ALLAH bagi jaga adik. Terlalu senang ibu melahirkan, terlalu senang untuk dijaga adik. Ibu tahu adik dah gembira di sana.
Tak sangka itu lambaian terakhir adik
Bukan itu saja, tiga hari sebelum adik pergi, adik baru pandai lambai tangan. Ibu tak sangka rupanya itu lambaian terakhir untuk kami.
Perancangan ibu untuk sambut hari lahir ibu bersama-sama juga tak kesampaian kerana adik dah pergi dulu. Ibu reda dan ibu tetap akan tunggu pengadilan buatmu.
Jenazah adik Afiq itu telah selamat dikebumikan pada 30 April lalu selepas solat Asar. Disebabkan pemergian secara mengejut, kakak kepada adik Afiq turut sama merasai kesedihan itu sehingga dia pun turut terkesan.
Kakak sentiasa rindukan baby
Ibu tak kuat nak tengok kakak macam ni. Kakak paling rapat dengan baby, selalu tidurkan baby, selalu buatkan susu kat baby, selalu pakaikan pampers baby. Sabar ya sayang.
Kini apa yang diharapkan oleh ibu adik Afiq dan seluruh ahli keluarga adalah semoga ada pengadilan buat bayi lelakinya itu. Dia percaya undang-undang akan dapat memberi hukuman setimpal kepada pelaku tersebut.
Kredit: Biey Adawiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI