
Baru-baru ini, Ina Naim, bekas isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah berkongsi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Dalam pada itu menerusi satu sesi live TikTok, Ina menjelaskan mengenai perkahwinan keduanya setelah setahun pemergian suaminya.
Kata Ina, Ina kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat memberikan sokongan dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang dalam fasa remaja.
Katanya lagi, anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal suaminya dan berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.
Atas faktor itu, Ina memberitahu dia perlu berkahwin setelah pemergian suaminya, demi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Tambahan pula, dia mengakui tidak dapat menguruskan seorang diri anak-anaknya.
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Dalam sesi live itu juga, wargamaya turut bertanya mengenai majlis perkahwinannya pada 8 November ini, tanpa berselindung Ina memberitahu dia dan bakal suami mengadakan majlis secara sederhana hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat sahaja.
“Setiap Orang Berhak Bahagia”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komem rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap Ina bahagia dengan kehidupannya.
“Tahniah Ina Naim,,semoga kekal hingga akhir hayat..”
“Semoga dipermudhkn segala urusan.. Aamiin”
“Ina berhak untuk bahagia mcm org lain.”
Sumber: Tik Tok
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama, Timang Cahaya Mata Lelaki!

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota semalam tepat jam 10.01 malam.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertaiment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
Bayi seberat 3.1kg itu adalah anak sulung Nabila, hasil perkahwinannya dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung tahun lalu.
Nabila 32 meluahkan rasa syukurnya selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya Allah kurniakan Amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberi sokongan tidak berbelah bagi selama ini,” katanya dengan penuh rasa syukur dan terharu.
Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media social miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.
Terdahulu Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Calon Pilihan.” Nak Tumpang Kasih, Wanita Ini Usaha Menangi Hati Ibu Mertua

Dalam sesebuah pernikahan, kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja. Bahkan kita berkahwin dengan keseluruhan keluarganya. Baik buruk setiap satu, harus kita terima dengan hati yang terbuka. Tidak perlu bersangka buruk, tetapi kita teruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini apabila ibu mertuanya tidak dapat menerima dirinya di dalam keluarga suami. Ibu mertuanya mempunyai calon lain, tetapi suaminya tetap memilih untuk mengahwini dirinya.
Ikuti kisah penuh inspirasi, bagaimana Julia memenangi hati ibu mertuanya itu.
Terima kasih admin siarkan penulisan saya. Assalamualaikum semua, nama saya Julia (bukan nama sebenar). Saya berumur 28 tahun. Saya baru je kahwin hujung tahun lepas. Apa yang ingin saya ceritakan ni, mungkin kita semua boleh sama-sama belajar dari pengalaman saya ni.
Saya anak yatim piatu. Ada dua beradik. Hanya ada saya dan abang. Abang dah berkeluarga, ada 4 orang anak. Waktu saya beritahu abang yang saya nak kahwin, dia yang paling happy. Katanya bertambahlah orang yang akan menjaga dan menyayangi saya, seperti mana yang dia buat pada saya.
Okay, berbalik pada cerita perkahwinan saya. Suami saya namanya Iqmal (bukan nama sebenar). Dia tua 3 tahun dari saya. Dia seorang lelaki yang sangat baik, lembut tutur kata, kerjanya juga bagus dan dia sangat penyayang. Selepas lebih kurang 6-7 bulan kami berkawan, Iqmal bawa saya ke rumahnya untuk berjumpa keluarga dia.
Pengakuan Lain: [“5 Kali Gugur, Tak Ada Rezeki Nak Ada Anak. Salah Satu Kehamilan Wanita Ini Adalah Kembar]
Alhamdulillah, keluarganya menerima saya dengan baik. Ayah Iqmal dan adik-beradiknya semua baik-baik. Tapi, saya perasan ibunya macam ‘jauh’ sikit. Tak mesra dan kurang bercakap. Iqmal kata ibunya memang macam tu, jenis pendiam dan lambat nak mesra. Kuranglah sikit rasa risau dalam hati saya waktu tu.
Selepas Iqmal bawa saya berjumpa keluarganya, dia minta untuk bercakap dengan abang saya. Saya setuju dan pertemukan dorang. Rupanya waktu tu Iqmal nak minta izin abang untuk menikahi saya. Abang setuju memandangkan Iqmal lelaki yang baik dan ada kehidupan yang stabil.
Jadi, kami buat majlis merisik kecil-kecilan di rumah abang. Selain abang, ada juga keluarga Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang yang mewakili keluarga kami. Rasa bersyukur sangat waktu tu, sebab terasa seperti ada arwah ayah di majlis saya. Keluarga pakcik saya semuanya baik-baik dan tak berkira untuk bantu mana patut.
Waktu majlis merisik tu, saya perasan ibu Iqmal tak ada. Ada juga makcik saya yang bertanya di mana ibu Iqmal, kenapa tak ikut sekali. Tapi ayah Iqmal beri alasan yang ibunya kurang sihat jadi memang tak dapat ikut. Tak mahu batalkan majlis, jadi ibu Iqmal minta ayah dan adik-beradiknya yang lain wakilkan dia.
Naluri saya waktu tu macam ada yang tak kena. Saya rasa macam alasan tu tak munasabah. Kalau betul ibu Iqmal tak sihat, kenapa semua orang datang ke rumah abang saya. Takkan seorang pun anaknya tak ada yang temankan ibu Iqmal?
Dipendekkan cerita, dua bulan selepas majlis merisik, kami menikah. Buat bersederhana sahaja. Tak nak membazir, jadi buat yang mana perlu sahaja. Baju nikah jugalah baju yang saya pakai untuk majlis doa selamat. Kami tak ada buat adat bersanding, saya tak mahu membazir.
Selepas bernikah, Iqmal ajak saya untuk bercuti di kampungnya. Kata Iqmal, untuk saya lebih kenal rapat dengan keluarganya. Di rumah Iqmal pun kami tak buat kenduri besar-besaran. Sama juga, buat kenduri doa selamat saja. Saya setuju dengan cadangan Iqmal, tak mahu bercuti ke mana-mana untuk honeymoon. Nak duduk di kampung dulu.
Apa yang saya perasan, ibu mertua saya hanya bercakap dengan saya bila perlu. Tapi bila bersembang dengan orang lain, mulutnya bukan main ‘riuh’. Saya tahu, mesti ibu mertua saya kurang berkenan dengan saya. Tak mahu fikir negatif, saya tanyakan hal sebenar pada Iqmal.
“Bukan salah Sayang. Sebenarnya Ibu memang ada calon lain untuk Bie. Tapi, Bie tak mahu. Sebab Bie kenal sangat dengan perempuan yang dia nak jodohkan Bie tu. Depan kita memang baik, tapi sebenarnya tidak. Bie pernah nak bertunang dengan dia. Dua hari sebelum majlis, dia kantoi dengan Bie. Keluar pegang-pegang tangan dengan orang lain. Jadi, Bie fikir dia tak berminat nak kahwin dengan Bie,” begitulah penjelasan Iqmal.
Barulah saya tahu kisahnya. Kata Iqmal, ibunya sangat ralat dengan kejadian tak jadi bertunang tu. Budak perempuan yang sepatutnya jadi isteri Iqmal tu anak kepada arwah kawan baik ibunya. Sebab tulah, ibu Iqmal nak sangat anak-anak dorang disatukan.
Iqmal kata, abaikan je. Sebab bukan dia saja-saja batalkan pertunangan. Dia siap tunjuk bukti gambar perempuan tu dengan kekasihnya. Siap simpan sampai sekarang. Gambar tu, Iqmal ada tunjukkan pada saya. Saya percayakan Iqmal, tapi saya kesian pada ibu mertua saya. Mungkin dia ralat sebab saya yang jadi menantunya, bukan calon yang dia pilih untuk Iqmal.
Sejak hari tu, saya nekad untuk ambil hati dia. Biarpun dia tak makan kalau saya yang masak. Atau kalau saya mengemas, dia akan ubah semula. Saya buat tak tahu. Saya kuatkan hati. Sebab saya dah tak ada emak, jadi saya sanggup buat apa saja untuk memenangi hati ibu mertua saya. Untuk saya menumpang kasih, sumpah demi Allah SWT, saya sayangkan ibu mertua saya.
Ada suatu hari tu, ibu mertua saya nak ke pasar. Tapi semua orang tak dapat temankan dia. Saya curi peluang tu, saya offer diri nak ikut dia. Mula-mula dia kata tak jadi pergi. Tapi saya pujuk-pujuk, akhirnya dia pergi jugak. Dalam kereta dia tak banyak bercakap, tapi saya tak peduli. Saya ajak je dia bersembang, walaupun kadang-kadang tak ada respon.
Balik dari pasar, saya buka cerita kehidupan saya dan abang. Sejak kecil kami dah jadi yatim piatu. Waktu tu umur saya 10 tahun dan abang pula 16 tahun. Abah dan emak saya meninggal dunia kerana kemalangan. Waktu tu, dorang nak ke tempat kerja. Motor yang dorang naik, dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.
Pengakuan Lain: [“Sampai Lari Dari Rumah.” Suami Imbas Kenangan Lucu Pilih Nama Anak Dengan Isteri]
Sejak ketiadaan abah dan emak, saya dibesarkan oleh abang. Abang budak bijak di sekolah. Cikgu tak bagi berhenti belajar, jadi waktu tu setiap perbelanjaan kami untuk bersekolah adalah atas ihsan cikgu-cikgu. Mungkin sebab dorang nampak potensi saya dan abang, jadi dorang sanggup support kami berdua.
Tapi untuk makan, abang buat kerja part time. Basuh pinggan di warung. Kadang-kadang abang ambil upah potong rumput di rumah orang. Saya nak tolong abang, jadi saya ambil upah lipat kain jiran-jiran. Sebenarnya bukan dorang tak boleh lipat sendiri, tapi lebih pada nak bersedekah. Saya takkan lupa jasa baik jiran-jiran kami waktu tu.
Walaupun ibu mertua saya senyap je tak respon, saya terus bercerita. Saya beritahu dia, saya bertuah dapat jadi menantu dia. Dia seorang ibu yang baik, anak-anaknya semua ‘menjadi’. Semuanya ikhlas, bukan sebab saya nak bodek atau apa. Saya beritahu dia, saya beruntung kahwin dengan Iqmal yang masih ada ibu ayah. Dapatlah saya menumpang kasih, merasa ada orang tua.
Saya pendekkan cerita, lebih kurang 6 bulan saya menikah ni, saya belum ada rezeki untuk mengandung lagi. Tapi saya bahagia dengan kehidupan saya. Saya ada Iqmal yang cintakan saya dan keluarganya yang melayan saya dengan baik sekali. Ibu mertua saya terutamanya, sekarang dah macam kawan. Boleh dibuat bergurau dan berkongsi masalah. Alhamdulillah, ini pun rezeki untuk saya.
Saya sayangkan keluarga saya dan saya tak putus berdoa semoga ukhwah antara kami terus kuat dan bahagia begini sampai bila-bila. Alhamdulillah, inilah perkongsian saya. Harap boleh jadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua. Sayangilah ibu mertua seperti mana kasihnya kalian pada emak sendiri. In sha Allah berkat hidup kita.
Untuk rakan-rakan yang membaca, mohon untuk tolong doakan saya dan Iqmal untuk dapat baby nanti. Kami masih menunggu berita gembira yang itu. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan saya ini. Saya doakan agar kita semua terus bahagia dengan kehidupan kita. Jaga diri semua. Assalamualaikum.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, bolehlah klik di KONGSI CERITA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiaku Hingga Hujung Nyawa.” Ucapan Sweet Dr Wan Azizah Untuk Suaminya

Biarpun pergolakan politik Malaysia belum reda, sebagai seorang isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap setia menjadi tulang belakang suaminya.
Beliau sempat memuat naik sebuah ucapan khas buat suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun rasmi Twitter.
Ringkas tetapi sweet. Itulah gambaran kepada ucapan dari beliau kepada suaminya.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40. pic.twitter.com/KIAIJptjWN
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama.
Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” tulis beliau di catatan akaun media sosial meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat isterinya menerusi laman Facebook beserta gambar mereka berdua memotong kek dengan tanda pagar #duniaakhirat #tilljannah
Selamat ulangtahun perkahwinan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Thank you.#duniaakhirat #tilljannah
Posted by Anwar Ibrahim on Tuesday, February 25, 2020
Hantaran berkenaan menerima lebih 20,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu.
Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI