Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki, Ryan Sky Dalton, 7, melengkapkan hidup Ning Baizura dan suami dalam melayari kehidupan berumah tangga. Sejak mempunyai anak, Ning Baizura lebih selesa memberi tumpuan pada anak lelakinya itu.
Dengan kehidupan Ning yang lebih low profile dan bebas gosip, itu yang diharapkannya agar Ryan dapat membesar dan bebas seperti kanak-kanak seusianya. Ditambah pula untuk tahun 2020 ini, cabarannya agak besar.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, keterbatasan untuk Ryan bersosial bersama rakan-rakan juga terhad. Walaupun masa banyak dihabiskan di rumah, Ning dan suami sentiasa pastikan anaknya seperti seorang ‘kawan’ dan sentiasa memanfaatkan masa dengan aktiviti yang membantu perkembangan Ryan.
Semua ini dilakukan demi memastikan Ryan sentiasa ada aktiviti yang sesuai dengannya dan tak cepat bosan.
Sebelum ini, Ning sendiri akui mengalami tekanan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, Mac lalu kerana terlalu banyak tawaran menyanyi dibatalkan.
Dalam mengharungi cabaran getir itu, penyanyi bersuara soprano ini bertuah kerana keluarga adalah sumber inspirasi untuk dirinya cekal dan tabah.
“Mujur saya dikelilingi keluarga yang sangat memahami. Dalam menghadapi situasi itu, bagi kami, komunikasi itu penting.
“Saya cuba hindari perasaan sedih dan atur perancangan supaya kehidupan jadi lebih baik demi masa depan anak,” katanya.
Mula belajar bisnes online
Sebagai persediaan masa depan, Ning berkata, sepanjang PKP, dia menambah pengetahuan dengan mempelajari selok membina perniagaan atas talian.
“Mahu atau tidak, kita kena akur situasi hari ini yang tidak sama dengan sebelumnya. Justeru, saya mengambil beberapa kursus perniagaan melalui pelantar digital.
“Rasa seronok apabila kita dapat belajar perkara baharu. Ini membuka mata kita melihat sesuatu daripada perspektif berbeza,” katanya.
Ning mengambil pendekatan ini kerana memikirkan masa depan Ryan yang masih jauh perjalanannya dan persediaan harus dimulakan awal.
Sumber: Ig Ning Baizura & Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI