Demi cucu, apa saja nenek dan datuk sanggup buat! Daripada tak boleh, terus kata boleh semata-mata tak mahu menghampakan harapan cucu yang sesekali balik ke kampung. Kadang kita sebagai ibu bapa terpaksa mengalah bila anak-anak dapat ‘lesen besar’ dari nenek dan datuknya.
Begitulah kasih sayang orang tua kita bila dengan cucu. Tambah pula bila jarang-jarang balik, terubatlah kerinduan yang dipendam selama ini. Malah bila dapat tahu anak cucu nak balik, segala persediaan dah dibuat awal-awal untuk mengembirakan hati insan tersayang.
Sama jugalah situasi yang dikongsi oleh seorang pengguna di TikTok atas akaun @ciknanaa yang berkongsi mengenai idea ibu mertuanya sanggup buat kolam mini di ruang tamu rumah semata-mata untuk cucu.
@_ciknanaa Kolam budak jer😅✌🏻 #batupahat #johor ♬ Cinta Pertama – Welcome Ezal
Idea ibu mertuanya itu untuk memberi keseronokan pada cucu-cucu yang datang ke rumah. Maklumlah kanak-kanak dan air memang tak boleh dipisahkan. Jadi ini antara satu kegembiraan untuk seorang nenek selagi ada peluang untuk melayan cucu.
@_ciknanaa Selepas mandi nenek nya, akan buang segala air dan bersih kan sampai kering. Ini kolam ngak 24hour air di dalam. Biasa nya 2 hour aja😉. #johor ♬ This to this – Hisokaswildcard💀🔪🖤⛓🛹
Kolam ini hanya akan berfungsi bila cucu datang sahaja. Jika tak ruang kolam ini akan dijadikan tempat untuk berehat dan menonton televisyen. Fungsinya dua dalam satu!
Dalam video lain yang dikongsikan juga, bagi tujuan keselamatan, paras air yang diisi hanya paras buku lali saja demi keselamatan cucu.
@_ciknanaa Untuk cucu jer, so air pun gitu jela🥰 #batupahat #johor ♬ bunyi asal – _CikNanaa
Sementara itu, memandangkan ada yang bertanya persoalan bagaimana air dimasukkan dan dikeluarkan, Cik Nanaa turut berkongsi video bagaimana ibu mertua melakukannya.
@_ciknanaa Mil kita memang seorang kelakar, ada jer idea pelik dia. Tengok kat kepala tu, dia pakai konon nak takut kan cucu. Tapi maaf cucu tak takut🤣. #johor ♬ bunyi asal – _CikNanaa
Dengan hanya menyambung paip khas, air dapat dimasukkan dan dikeluarkan dengan cara lebih selamat. Tiadalah isu mengangkat baldi air semata-mata nak memenuhkan ruang kolam tersebut.
Hebat sungguh kasih sayang nenek! Ini bukan cucu je seronok balik kampung, orang dewasa pun boleh lepak sekali tepi kolam tu sambil menonton televisyen. Kenangan ini sungguh mahal dan pasti menjadi memori terindah semua cucu bila besar nanti.
Kredit: TikTok ciknanaa
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)