Keibubapaan

“Demimu Anak.” Anak Jatuh Sakit, Pengorbanan Bapa Bertugas Di Pedalaman Ini Buat Netizen Sebak

Share

Kasih sayang seorang ayah tiada bandingannya. Sebolehnya mahu sentiasa berada di sisi di saat-saat memerlukan. Perkongsian bapa ini amat menyentuh hati, bagaimana usahanya untuk berada di sisi dan pengorbanan orang di sekeliling melihat bersatunya keluarga kecil ini amat memilukan.

Cabaran buat pasangan jarak jauh ialah apabila anak atau pasangan jatuh sakit. Bapa ini, Shauki Abu yang bertugas sebagai pendidik di sebuah daerah pedalaman ini berkongsi perjalanannya menemui si kecil yang terletak di Sibu.

Perjalanan berjam-jam lamanya dan menempuhi pelbagai halangan berbaloi akhirnya anak yang dikasihi berada di pangkuan.

“TAK PEDULI, RISAUKAN ANAK”

Menurut bapa ini, bayinya mengalami demam panas dan perlu dirujuk dibawa ke hospital. Menerima berita yang mengejutkan ini, hati bapa ini tersentak. Apatah lagi apabila anaknya masih kecil dan isterinya juga berseorangan di sana tanpa ahli keluarga menghadapi situasi cemas. Dia yang sedang berada di sekolah terus ke pekan untuk menaiki perahu. Anak adalah segala-galanya.

GURU BESAR & RAKAN GADAI NYAWA HANTARKAN

Perjalanannya dibantu & ditemani guru besar dan rakan-rakan setugas. Bapa ini amat menghargai pengorbanan ketua dan rakan-rakan yang sanggup bergadai nyawa keluar pada waktu malam untuk menghantarnya. Selepas melalui jalan sungai, Shauki perlu pula melalui jalan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

NAIK PERAHU AIR DERAS

Turut dikongsikan rakan & guru besar yang sanggup bergadai nyawa menghantarnya dengan menaikni perahu dengan air deras.

RAKAN ISTERI MEMBANTU

ANAK ALAMI BENGKAK TONSIL & TIDAK AKTIF

Perkara utama yang dicari setibanya di hospital tentulah si anak. Menurut Shauki, anaknya mengalami bengkak tonsil dan sebab itu gula dalam darah menurun dan si kecil jadi tidak aktif.

Manakala rakan-rakan dan guru besar yang menghantarnya tadi pula terkandas kerana air sungai deras akibat melawan arus. Lebih mengharukan ialah rakan-rakannya hanya sempat pulang ke rumah pada jam 4.30 pagi dan terus ke sekolah beberapa jam selepas itu.

BERTAHAN ANAQI, PETANG NANTI ABAH SAMPAI…

Turut dikongsikan bapa ini yang dia akan mengambil bot paling awal untuk ke Sibu.

KAMI KUAT KERANA KUDRAT DARI ALLAH

BERHARI TIDAK KETAWA, ANAK GIRANG SAMBUT KEDATANG BAPA

STAY STRONG ANAQI

AYAH YAKIN ANAQI KUAT

Sumber: Shauki Abu

Published by
Azma ML