“Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah.”
Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih lena dibuai mimpi, satu keluarga di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai dihancurkan dalam sekelip mata.
Seorang pelajar Tingkatan Lima kini ditahan selepas disyaki menikam ibu kandungnya dan abang sulung hingga maut — dan mencederakan adik bongsunya yang baru berusia 13 tahun.
Ibunya, seorang ibu tunggal berusia 51 tahun, dan abangnya yang berumur 21 tahun ditemui tidak bernyawa di ruang tamu, tubuh mereka berlumuran darah dengan kesan tikaman.
Sementara si adik yang masih hidup ditemui berlumuran darah di garaj rumah, mungkin menyaksikan sendiri detik hitam itu… mungkin juga menjerit meminta tolong yang tak sempat disambut sesiapa.
Ads
Apa yang berlaku dalam rumah itu, hanya Tuhan yang tahu. Tapi yang pasti, tiada yang lebih memilukan daripada kehilangan keluarga… di tangan darah daging sendiri.
POLIS menahan suspek berusia 17 tahun selepas dipercayai membunuh ibu dan abangnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal pihak polis di lokasi telah membawa kepada penahanan suspek berusia 17 tahun yang juga merupakan anak kedua keluarga berkenaan.
Katanya, turut dirampas adalah sebilah pisau lipat dengan anggaran panjang 20 sentimeter yang disimpan di dalam beg sekolah milik suspek.
Ads
“Mangsa wanita merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan anak sulungnya adalah pelajar kolej.
“Kedua-dua mereka mati dipercayai akibat ditikam suspek menggunakan pisau lipat dengan kesan tikaman di leher, pinggang dan belakang badan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang, hari ini.
Ads
DENDAM KENA PAKSA BELAJAR SPM
“Kita syak suspek menyimpan dendam terhadap si mati kerana jiran tetangga mendakwa keadaan rumah tersebut sering berlaku pergaduhan dan remaja itu mengalami tekanan kerana dipaksa belajar, mungkin kerana dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Jenayah ini telah dirancang suspek kerana pisau tersebut telah dibelinya, malah remaja itu juga cuba menghapuskan barang bukti termasuk pakaian dengan kesan darah ke kawasan semak berhampiran tetapi kita berjaya mencarinya,” jelasnya.
Ujarnya lagi, pengakuan awal dibuat suspek mendakwa dia cuba membunuh guru tersebut ketika mangsa berada di dalam bilik tidur sebelum kejadian disedari oleh abangnya yang kemudian turut terkena tikaman ketika bergelut untuk menyelamatkan ibu mereka.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon cantik yang juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata, Puteri Sarah Liyana membuatkan ramai peminat berteka-teki apabila memuatnaik sebuah foto yang menunjukkan dirinya berbadan dua.
Puteri Sarah yang mengenakan dres labuh berwarna hitam putih kelihatan sangat berseri-seri sambil memegang baby bump.
Sumber foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini hanya meletakkan kapsyen ‘Morning’ tanpa penjelasan sama ada dirinya benar-benar hamil mahupun tidak.
Biarpun begitu, ruangan komen dihujani ucapan tahniah yang memuji dirinya semakin berseri-seri. Menurut portal OhBulan!, dia menjelaskan imej mengandung tersebut hanyalah untuk tujuan lakonan tetapi tidak menafikan yang berat badannya sudah naik.
Sumber foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
“Muka saya dah tembam macam mengandung, bila tengok gambar tu macam ‘kena’ pula dengat perut tu. Berat saya dah 59kg sekarang. Saya yang nak tembam, hati tengah bahagia.”
Selain itu, aktres ini turut berkongsi ketika ulang tahunnya pada 1 Disember yang lalu dia sudah memasang azam untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. Namun tambahnya, saman akan diteruskan kerana pihak yang salah mesti didakwa.
Sumber foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
“Saya cuma nak start move on dan jaga diri sendiri untuk bahagia dengan anak-anak. Tahun depan saya nak fokus dengan shooting filem di Jakarta, Indonesia.”
Semoga segala urusan Puteri Sarah dipermudahkan dan ibu ini terus sukses di masa akan datang.
Jangan sesekali menilai seseorang hanya berdasarkan pakaian atau penampilan luaran. Kadang-kadang, yang nampak biasa itulah yang sebenarnya mampu lebih dari yang disangka.
Pengalaman dilayan tanpa hormat di sebuah kedai emas sebelum ini mengajar satu perkara harga diri tidak ditentukan oleh apa yang kita pakai, tetapi oleh siapa kita sebenarnya.
Hari ini, sebagai tanda puas hati, emas dibeli tanpa banyak soal. Bukan untuk menunjuk, tetapi untuk membuktikan bahawa hormat itu sepatutnya diberikan kepada semua, bukan berdasarkan luaran semata-mata
Dia yang juga usahawan, Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed berkata, layanan staf di kedai emas terbaharu adalah jauh lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini iaitu ‘membaling’ cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.
Prince Syed berkata, dia tidak menyangka dirinya telah menghabiskan hampir RM1 juta di kedai berkenaan disebabkan servis yang diterima.
“Allahu, rasa macam nak demam… Habis RM980K shopping di SMS Deen Jewellers! Lepas geram shopping raya kali ni. Itu pun dah harga selepas diskaun semua.
“Bagi saya, nilai RM980K tu sangat berbaloi dengan banyaknya emas yang dapat dibeli untuk raya kali ini. Tapi memang banyak sangat diskaun yang mereka bagi. Alhamdulillah! Memang jauh beza harga.
“Tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir RM1juta ringgit di kedai ini sahaja. “Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai itu tak penting,”ujarnya.
Lepas Geram
Tambahnya, nilai barangan kemas bernilai RM980,000 itu tidak dapat dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa berada disisinya disaat susah mahupun senang.
Moga isteriku akan menjadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup.
“Kita beli apa-apa biarlah cukup sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia, cuma janganlah berlebih-lebih. Ikut kemampuan, insyaAllah,”tulisnya menerusi satu hantaran, awal pagi tadi.
Bukan mudah mahu menguruskan keluarga dalam kesibukan bekerja. Dengan adanya pembantu rumah, sedikit-sebanyak ia dapat meringankan beban tugasan harian yang harus diselesaikan. Aktres cantik dan berbakat besar, Emma Maembong juga menggunakan khidmat pembantu rumah bagi memudahkan urusan hariannya.
Sumber foto: Instagram Emma Maembong
Tambahan pula kini Emma sah hamil anak keduanya, jadi khidmat pembantu rumah sangat diperlukan kerana dia masih sibuk dengan kariernya biarpun mengandung. Selain jadual penggambaran yang padat, pelakon ini juga banyak menerima jemputan bagi memeriahkan majlis-majlis tertentu.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @themariposa7 menunjukkan Emma membawa anaknya Shariq Gariel berjalan sambil ditemani pembantu rumah. Bukan mereka saja, bahkan anak pembantu rumah tersebut juga ada bersama-sama mereka.
Jom, tengok video;
@themariposa7Emma layan anak bibik dia macam anak sendiri, Arshan pun rapat suka sangat. Adore dengan Emma.
Di dalam video itu juga menunjukkan Emma yang melayan kanak-kanak perempuan itu seperti anaknya sendiri. Apabila dipeluk oleh anak pembantu rumahnya, Emma memegangnya sambil tersenyum.
Antara komen warganet;
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, seperti mana layanan baik Emma terhadap pembantu rumahnya, perkara yang sama dapat dilihat pada Shariq. Tidak kekok bermain dengan anak pembantu rumah mereka, jelas terlihat kemesraan antara dua kanak-kanak itu.
Sama-sama kita doakan hubungan keluarga Emma dan pembantu rumahnya sentiasa baik dan terus saling menyayangi serta menghormati. Satu pujian buat Emma dan suami kerana mendidik anak mereka untuk tidak memandang rendah orang lain dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan sesiapa sahaja.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.