Dengan 3 Langkah Mudah, Ibu Boleh Siapkan Kudapan Raya Popia Wonder Cheese Sedap Ni

Share

Kudapan raya mestilah ibu kena siapkan untuk hidangan anak-anak dan para tetamu yang datang berkunjung ke rumah di hari raya nanti.

Bila anak-anak makin membesar dan suka makan, lebih berbaloi ibu buat sendiri kudapan biskut dan kerepek raya. Kalau beli memang tak cukup sebab anak-anak dah makin kuat makan.

Apa kata cuba buat sendiri Popia Wonder Cheese viral yang sangat mudah dibuat dan pastinya sedap dikunyah.

Hari ni kali ke-3, buat lagi kudapan krukk krukk paling senang & sedap.
Popia Wonder Cheezee. Kalau beli makan tak puas. Jadi kita buat sendiri jelah boleh buat selalu.

Bahan-bahan:

1/2 paket kulit popia (digunting & dicarik2)
4 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula

Cuba Resipi Ini: Biskut Kacang Mazola Lejen. Campur Semua Bahan & Uli Sekejap. Siap!

Cara-cara membuat:

1. Kisar semua bahan (kecuali kulit popia)

2. Goreng kulit popia hingga keperangan.

3. Tabur & gaul rata semua serbuk pada kulit popia. (Nak senang boleh goncang perlahan dalam bekas).

4. Siap! Resipi ni boleh dapat 300gram atau 1 bekas besar.

Selamat mencuba!

Cuba Resipi Ini: Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri, Rempeyek Sedap Terlebih Bilis. Padu!

Sumber: Fatihah Aziz

 

 

Published by
Hasnita Sawal