Dengar Anak Cakap Tak Elok, Terus Tegur. Bila Terbiasa Lagi Susah Nak Ajar

Share

Elok-elok kita ajar anak jangan cakap yang bukan-bukan tiba-tiba boleh pula terkeluar perkataan kurang senang di dengar. Masa ni apa ibu ayah akan fikir? Terus marah, pukul atau hanya diam diri.

Mungkin ada sesetengah ibu bapa akan terus tegur. Ya tindakan ini betul tetapi jika anak masih dengar benda yang sama dia akan ulang dan tetap cakap perkataan yang bukan-bukan.

Apa ibu bapa nak buat sekiranya dengar anak cakap perkataan ni. Berikut perkongsian dari Wawa Shauqi mengenai tindakan sewajarnya ibu bapa boleh lakukan.

“Bapak kau!” Terkejut betul bila itu yang keluar dari mulut anak saya. Sebelum ni, pernah juga mulutnya menyebut “babi” dan “bodoh”. Rasa nak melompat keluar jantung!

Sedih saya. Umur baru 3 tahun. Tapi dah ‘dicemari’ perkataan-perkataan sebegitu. Sangkaan saya, biarlah anak-anak bergaul dengan rakan sebaya. Biar dia belajar bersosial.

Tapi lepas habis bermain, vocab-vocab sebegitu yang dibawa pulang.

Itulah anak-anak.

Menurut Maria Montessori, 6 tahun pertama, otak anak macam sponge. Mereka serap apa je yang dilihat. Tanpa ada kebolehan untuk menapis sama ada ia perkara yang salah ataupun betul. Apa yang dilalui mereka secara rutin adalah benda normal dan betul belaka.

Kalau perkataan ‘bodoh’, ‘gila’, bebal yang biasa didengar, itu jugalah berkataan yang akan biasa dikeluarkan di mulut mereka. Kalau jerit pekik dan mata jegil yang kita dengar dan tunjukkan pada anak, itu juga yang akan mereka potray pada tingkah laku mereka.

Sebelum anak didedahkan dengan dunia luar, dipengaruhi dunia sosial dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai latar, kita sediakan mental anak dengan pesan, nasihat dan ‘lukisan’ sempadan.

Kita takkan mampu kawal anak orang lain, tapi kita kawal dan didik anak kita.

1) Berkawanlah dengan kawan anak kita. Dengan cara ni, kita dapat selidik latar kehidupannya. Jadikan diri kita dan anak kita insan yang memberi nilai kepada anak tersebut. Mungkin anak tu sendiri apa yang dibuat/ disebutnya salah. Connect, before correct.

2) Bacakan buku cerita tentang akhlak atau pesan kepada mereka akan adab-adab bergaul.

3) Doa doa dan doa, semoga anak-anak kita dikelilingi dengan orang yang baik, dan mampu mempengaruhi orang lain jadi baik.

Jom kita ajar anak bercakap yang baik-baik. Biar mulut mereka ini, mulut yang menyebar manfaat bila dah besar.

Sumber: Wawa Shauqi

Published by
Wan Amy