
Setelah tular video penjelasan tentang suami dayus membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, pelbagai riaksi yang diberikan oleh orang ramai.
Terpanggil untuk memberikan penerangan tentang isu ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum berkenaan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki.

“Dengar baik-baik. Hukum yang asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Sesama perempuan walaupun aurat haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.
“Tetapi dalam berubat dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk sempadan darurat, apa yang haram diangkat sekejap. Allah sebut dalam al-Quran, ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’
“Asalnya, ‘Allah haramkan kamu makan bangkai, darah dan babi! Tetapi di padang pasir kamu kelaparan, tak jumpa (makanan) tetapi jumpa bangkai. Ada pilihan lain tak? Tak ada!
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming – Nasheed
“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tetapi jika tidak ada doktor perempuan hanya lelaki. Sedangkan beranak itu kritikal, yang berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.
“Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Apa pula kata dayus? Tak haram! Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?” katanya.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000.
“Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan. Nasib baik dapat doktor perempuan, kalau tak lelaki.. Hukumnya harus kerana tidak ada pilihan!” ujarnya lagi.
Sebelum ini, pasangan pasangan suami isteri, Ustazah Siti Afifah dan Ustaz Zaidi Tohirin menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagaikan mereka sebagai ‘dayus’.
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Comel, Cerah Tapi Muka Macam Mommy Lagi” Isteri Dr. Say Selamat Lahirkan Anak Ke-2

Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin yang mesra dipanggil Dr Say berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak keduanya di instagram hari ini.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)


Menurut Dr. Say, wajah bayi kedua mirip seperti isterinya, Dr. Azura. Tambahnya lagi, Dr. Azura melahirkan anak kedua secara pembedahan pada pukul 8 pagi sebentar tadi.
Saat-saat gembira dan teruja tersebut dikongsi di insta story Dr. Say. Jelas kelihatan di wajah Dr. Say keterujaan untuk menatap cahaya mata keduanya itu.
“Baby ada depan bilikkk, nervous saat cena nii. Comel, cerah tapi macam muka bini saya lagi je”

“Assamualaikum Baby Sefriel”
“Kepada yg terlepas live semalam, bini sy bersalin caesar arini disebabkan pakar kami memberitahu yg bini ada 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean) sebab long time back bini pernah ada major operation pada perutnya yg menyebabkan ada banyak lekatan pada organ2 dalamannya. Jadi kami tak mahu ambil risiko itu & kami pilih caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini. Ace dulu pun dilahirkan melalui emergency caesar sebab tali pusat menjerut lehernya.”

“Menjawab persoalan “siapa jaga Ace?”, well Ace ada kat rumah dijaga family bini sy yg sebelum mereka datang, mereka siap buat RTK test. Polisi @subangjaya_medicalcentre kepada para suami yg ingin menemani isteri di kala pandemik ini adalah once suami masuk bersama isteri ke hospital, suami tak boleh keluar sehinggalah isteri keluar sebab both suami isteri kena buat PCR test sebelum masuk wad. Sy terlepas waktu Ace lahir dulu maka kali ni sy takkan terlepas Sef lahir.”
“Alhamdulillah 8.14pagi 18.8.21 bini sy @azuraabas selamat melahirkan our 2nd baby boy seberat 3.5kg & sepanjang 51.5cm. Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yg cukup istimewa ini. I am now a father of two! Tak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawak Sef balik nanti. Thank you so much for your warm wishes & du’a peeps!”
Sebelum ini Dr. Say pernah meminta doa ramai agar dipermudahkan segala urusan bersalin buat isteri tercinta.
“Bismillahirrahmanirrahim, Moga Dipermudahkan Urusan Bini”
“Kepada yang tak tahu, isteri saya bakal melahirkan putera kami yang kedua melalui pembedahan caesar. Yang menariknya bini bakal bersalin di kala kandunganya 38 minggu 3 hari exactly the same waktu kandungan seperti melahirkan Ace dulu. InsyaAllah pembedahan bakal dilakukan seawal 8 pagi.”

Dr. Say teruja menerima anak kedua kerana terasa seperti menyambut anak pertama dahulu.
“Semestinya kami excited untuk menyambut kelahiran anak kedua kami & tipu lah kalau cakap kami tak nervous sebab lupa dah pengalaman handling Ace awal-awal dulu.”

Tahniah diucapkan kepada pengacara Anugerah Pa&Ma Gala Moms ini atas kelahiran cahaya mata kedua. Semoga kehadiran si kecil ini menambahkan lagi keceriaan dalam rumah tangga Dr. Say dan Dr. Azura!
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Kredit: Dr. Say
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Klik untuk daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi Pun Boleh Kena Diabetes, Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

Bayi pun boleh kena diabetes, jenis penyakit yang tak kenal usia. Dikenali diabetes neonatal, menurut pakar, antara puncanya ialah mutasi gen yang menyebabkan bayi tidak dapat menghasilkan insulin.
Artikel lain: Kandungan Overdue Ibu Diabetes, Bayi Berisiko Tertelan Najis. Mesti Peka Lelehan Air Ketuban
Bayi Pun Boleh Kena Diabetes
Berdasarkan tinjauan ahli pediatrik endokrinologi, pada 2019 sahaja kira-kira 1,500 kanak-kanak di negara ini dikesan menghidap diabetes mellitus atau kencing manis.
Jenis 1 dan 2
Mengulas lanjut, Dr Ch’ng Tong Wooi, pakar perunding kanak-kanak dan pakar endokrinologi kanak-kanak di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), berkata antara gejala yang ditunjukkan oleh bayi penghidap diabetes ialah saiznya lebih kecil semasa dilahirkan, berat badan tidak bertambah, penurunan berat badan serta mengalami rasa lapar melampau.
“Diabetes berlaku disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi. Terdapat beberapa klasifikasi diabetes, dan yang paling kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak ialah jenis 1 dan jenis 2.

“Diabetes jenis 1 selalunya berlaku seawal usia enam bulan ke atas dan ia akan berlaku sebelum pesakit berusia 25 tahun. Angka kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 2 pula tidak sebanyak jenis 1, namun didapati semakin meningkat disebabkan peningkatan masalah obesiti,” jelasnya, menambah bagaimanapun ia tidak bermakna jenis 2 lebih serius.
Ulas beliau, jenis 1 merujuk kepada keadaan autoimun, iaitu apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin (hormon yg dikeluarkan oleh pankreas untuk mengawal kepekatan glukosa dalam darah), sementara jenis 2 bermakna badan mempunyai rintangan terhadap insulin dan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi untuk mengatasi keadaan itu.
Lagi artikel: Diabetes Ketika Hamil, Dr Hamid Arshat Kongsi Cara Kawal Cegah
Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia
Mengenai sebab berlaku kencing manis, beliau berkata ia bergantung pada jenis diabetes.
“Diabetes jenis 1 berlaku disebabkan sistem imuniti menyerang sel beta pankreas lalu menyebabkan pankreas tidak boleh menghasilkan insulin.
“Jenis 2 pula terjadi disebabkan oleh rintangan (penolakan) badan terhadap insulin,” katanya.
Akibatnya, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi insulin yang tidak berkesan namun masih tidak mencukupi, dan dalam jangka masa panjang, ketegangan sel beta akan merosakkan dan mengurangkan penghasilan insulin.

Berdasarkan pengalamannya merawat diabetes dalam kalangan kanak-kanak, Dr Ch’ng melihat kes diabetes semakin meningkat dan membimbangkan.
Justeru katanya, ibu bapa harus mengawasi simptom yang mungkin dialami oleh anak mereka, antaranya kerap membuang air kecil, sering berasa haus, kerap minum air, mudah penat serta mengalami penurunan berat badan secara mendadak.
“Simptom ini jika tidak dirawat, pesakit boleh mendapat diabetes ketoasidosis, di mana mereka akan mengalami kesukaran bernafas, rasa keliru dan mengalami dehidrasi serius,” jelasnya.
Diabetes ketoasidosis adalah satu komplikasi serius bagi diabetes jenis 1, dan jika tidak dirawat seawalnya dengan berkesan boleh mengakibatkan kematian.
Ditanya jika diabetes jenis 1 dalam kalangan kanak-kanak boleh dirawat dan tidak akan berterusan hingga dewasa, pakar itu berkata ia boleh dikawal namun hingga kini belum ada ubat penyembuh jenis 1.
Kurangkan risiko
Sehubungan itu, Dr Ch’ng berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan anak mereka mengambil makanan sihat dan bersenam.
“Kanak-kanak digalakkan bersenam selama 45 minit ke satu jam setiap hari dan tidak makan secara berlebihan, kerana apabila mereka mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.”

Menurut beliau lagi, bagi kanak-kanak yang menghidap diabetes, mereka perlu mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, buta, strok, kerosakan saraf dan masalah jantung.
“Mereka juga harus hadir temu janji susulan bersama pakar endokrinologi secara berkala dan menjalani ujian saringan kesihatan mata setiap tahun,” katanya.
Berhubung dakwaan bahawa rawatan diabetes mahal, beliau berkata ia tidak semahal seperti yang disangkakan.
Penting kesan awal
Sementara itu, Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman SMVC, Dr Lim Kim Piow menegaskan kepentingan bagi setiap individu mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
Menurut beliau, dalam kes diabetes, amat kritikal bagi pesakit mendapat rawatan seawal mungkin.
“Untuk mengelakkan komplikasi, masa adalah kunci utama, dan kajian telah membuktikan bahawa sekiranya rawatan untuk menurunkan gula dengan berkesan dilakukan lebih awal, ia mampu menyelamatkan nyawa.
“Dalam erti kata lain, terdapat ‘golden time’ atau jangka masa penting untuk merawat diabetes secara agresif pada peringkat awal bagi mengelakkan komplikasi berlaku,” katanya.
Diabetes juga menurut Dr Lim merupakan penyakit yang tidak bergejala, iaitu pesakit tidak akan mengalami simptom ketika paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.
Tambahnya, pesakit hanya akan mengalami simptom osmosis ketika bacaan gula dalam darah sudah mencapai belasan seperti rasa dahaga, kerap membuang air kecil atau rasa lapar.
Namun katanya, mereka yang mengalami simptom berkenaan biasanya menganggap itu perkara normal.

“Sebagai contoh, penurunan berat badan secara mendadak adalah tanda paras gula yang tinggi dan bukan disebabkan perubahan gaya hidup. Ini gejala yang sering disalah anggap sebagai penurunan berat badan yang efektif bagi pesakit obes yang sememangnya menghidap diabetes atau pradiabetes yang ingin menurunkan berat badan,” katanya.
Pemakanan dan gaya hidup
Tidak dinafikan pelbagai jenis sajian yang manis dan viral semakin mendapat tempat di hati masyarakat, khususnya golongan muda.
Mengulas mengenainya, Dr Lim tidak menolak budaya pengambilan makanan manis berlebihan mendedahkan generasi muda, terutama kanak-kanak, kepada diabetes.
“Semestinya. Ini kerana kebanyakan makanan dan minuman yang dijual dan dipromosikan di kedai makan, media sosial dan kompleks beli-belah mempunyai karbohidrat dan lemak yang tinggi serta kurang serat.

“Makanan dan minuman seperti ini tidak sihat dan tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang mempunyai diabetes atau pradiabetes yang kebanyakan sudahpun berada dalam keadaan obesiti,” katanya.
Selain itu, Dr Lim berkata, golongan muda yang tinggal di kawasan bandar kini terdedah kepada tekanan kerja yang tinggi, kurang tidur dan kurang bersenam, yang mana turut merisikokan mereka untuk menghidap diabetes.
“Keadaan mereka boleh bertambah teruk apabila digabung dengan pengambilan alkohol, merokok dan vap yang dianggap boleh ‘mengurangkan’ stres. Ini adalah gaya kitaran hidup yang tidak sihat dan boleh membawa kepada diabetes yang boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok,” katanya.
Sumber: Bernama

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahaya Pewarna Dalam Makanan. Memang Anak Suka Tapi Kesannya Jejaskan Kesihatan

Sekarang ni banyak makanan berwarna-warni dijual semata-mata untuk menarik pelanggan. Bagi ibu yang ada anak kecil makanan berwarna ini antara menjadi pilihan kerana boleh tarik anak untuk makan.
Bagaimanapun, tahukah anda di sebalik pewarna itu ada kandungan bahaya yang tak elok untuk kesihatan terutama pengambilannya dalam tempoh yang panjang.

Perkongsian dari Puan Fatin Nabila AH ini sangat memberi input yang berguna dan sebaik-baiknya elakkan dari pewarna tambahan dalam makanan.
Jauhilah PEWARNA tambahan dalam MAKANAN.
Ya betul,
semua kukis ke kek ke roti jala tu nampak suwit cantik ceriaaaa je bila bewarna warni.
Especially Rainbow Cheese Cookies tu kan?
Nampak dapp nyee.
Tapi kesan dia nauzubillah.
Most bahan pewarna buatan industri ni ada kesan terhadap kesihatan dan ada juga yang karsinogenik.
And,
mostly makanan yang ceria warna warni ni bebudak suka. Ceria lah katakan. Kena dengan jiwa anak anak.

Tapi pernah ke kita fikirkan,
Apa jadi pada HATI anak anak kita?
Apa jadi pada organ dalaman anak anak kita?
Ingin Kak Bella tegaskan,
“Ibu bapa yang set dalam tabiat makan harian anak anak, nak makan apa? nak makan sayur ke? nak makan buah ke? nak makan jajan ke? nak bagi makan megi ke? nak ajar minum air kosong je ke? nak ajar minum air gas ke? pepagi wajib minum mailo ke? nak minum cacao ke? ” – You decide.
Kalau kita sikit sikit nak bagi diskaun dekat anak, “Takpe, bukan slalu pun nak makan jajan. Bulan ni baru sekali.” – maka silakan.
Jadilah ibu bapa yang tegas dalam perihal makan anak-anak.
Pilih dan sediakan yang baik baik.

Ceriakan juadah makan dengan warni warni asli dari alam.
Allah dah jadikan sayuran dan buahan ni ada 7 warna semuanya jika dihimpunkan semua jenis yang ada dalam dunia. Pasti setiap satu warna itu ada fungsi dan sebab dia dijadikan.
Tapi tahukah apa yang ada dalam pewarna?
???
#1_Tartrazine (E102 atau Yellow 5).
Tartrazine adalah pewarna kuning yang banyak digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan. Selain berpotensi meningkatkan hiperaktiviti kanak-kanak, pada sekitar 1- 10 dari sepuluh ribu orang , tartrazine menimbulkan kesan samping langsung seperti urtikaria (ruam kulit), rinitis (hidung meler), athma, purpura (kulit lebam) dan anafilaksis sistemik (shock).
#2_Sunset_Yellow (E110, Orange Yellow S atau Yellow 6).
Sunset Yellow adalah pewarna yang dapat ditemukan dalam makanan seperti jus oren, jus nenas, aiskrim, keju, jeli, minuman soda dan banyak ubat-ubatan. Untuk sekelompok kecil individu, konsumsi pewarna aditif ini dapat menimbulkan urtikaria, rinitis, alergi, hiperaktif, sakit perut, mual, dan muntah.
Dalam beberapa penelitian sainstifik, zat ini telah dihubungkan dengan peningkatan kejadian tumor pada haiwan dan kerosakan kromosom, namun kadar konsumsi zat ini dalam kajian tersebut jauh lebih tinggi dari yang dikonsumsi manusia.
Kajian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) tidak menemukan bukti insiden tumor meningkat baik dalam jangka pendek dan jangka panjang kerana konsumsi Sunset Yellow.
#3_Ponceau_4R (E124 atau SX Purple).
Ponceau 4R adalah pewarna merah hati yang digunakan dalam berbagai produk, termasuk selai, kuih, agar-agar dan minuman ringan. Selain berpotensi memicu hiperaktiviti pada kanak-kanak, Ponceau 4R dianggap karsinogenik (penyebab kanser) di beberapa negara, termasuk Amerika Serikat, Norwegia, dan Finlandia.
US Food and Drug Administration (FDA) sejak tahun 2000 telah menyita permis dan makanan buatan Cina yang mengandung Ponceau 4R. Pewarna aditif ini juga dapat meningkatkan serapan aluminium sehingga melebihi batas toleransi badan.
#4_Allura_Red (E129).
Allura Red adalah pewarna merah jingga yang banyak digunakan pada makanan dan minuman. Allura Red sudah dilarang di banyak negara lain, termasuk Belgia, Perancis, Jerman, Swedia, Austria dan Norwegia.
Sebuah kajian menunjukkan bahawa reaksi hipersensitif terjadi pada 15% orang yang menggunakan Allura Red. Dalam kajian itu, 52 peserta yang telah menderita gatal-gatal atau ruam kulit selama empat minggu atau lebih diikutkan dalam program diet yang sama sekali tidak mengandung Allura Red dan makanan lain yang diketahui dapat menyebabkan ruam atau gatal-gatal.
Setelah tiga minggu tidak ada gejala, para peserta kembali diberi makanan yang mengandung Allura Red dan dimonitor. Dari pengujian itu, 15% kembali menunjukkan gejala ruam atau gatal-gatal.
#5_Quinoline_Yellow (E104).
Pewarna makanan kuning ini digunakan dalam produk seperti aiskrim dan minuman tenga. Zat ini sudah dilarang di banyak negara termasuk Australia, Amerika, Jepun dan Norwegia karena dianggap meningkatkan risiko hiperaktiviti dan serangan athma.
Tahu tak uolls,
dalam teh pun depa buh pewarna. Bukan teh hijau yang femes itu, tapi teh kuning cicah biskut mayat tu. Itu teh hijau beli di Siam, memang ada pewarna tambahan.

Pilih makanan sihat
Last but not least,
Pilihlah makanan yang Halal dan Thoiyyib.
Makanan yang baik untuk badan.
Makanan yang ada manfaat untuk kesihatan.
dan jaga juga makanan jiwa kita.
Makanan rohani yang akan membawa kita ke jalan Allah.
P/S: Sekarang dah ada jual ekstrak pewarna natural dari sumber tumbuhan untuk tujuan bakeri atau masakan. Harga agak mahal tapi sumbernya lebih baik. Kalau rajin lebih, buat esktrak warna sendiri.
Sumber: Fatin Nabila AH
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


